Blog Lama vs Blog Baru

Blog Lama vs Blog Baru

Actually malam ini tak ada idea nak tulis pasal apa hehehe. Jadi fikir punya fikir, teringat dekat blog lama. Dah tak ingat dah link blog lama apa sebenarnya. Dah selamat dipadam buat selama lamanya bulan January haritu :') 

Aku dah berblogging since 2011, memang aktif gila dan followers blog lama hampir mencecah seramai 2000 orang. Tapi since 2013, aku start masuk sekolah asrama iaitu sekolah teknik, aku terus tinggalkan blog lama. Memang tak ambil kisah langsung.

Masuk asrama memang tak sempat nak blogging, mana boleh bawa laptop pergi asrama. Nanti hilang, menangis bucu katil pulak hahaha. Blog lama aku memang selalu buat giveaway dan memang aktif lah senang cerita. 

Ceritanya, aku bosan masa intern tempoh hari, duduk melepet dekat office sebab tak pergi site, aku buka blog lama aku. Terus delete semua post. Memang kosong terus post entry aku pada waktu itu. Lepas tu, eh eh gatal tangan pergi delete. 

TAK FIKIR PANJANG LANGSUNG! 

Acah nak aktif blogging balik tapi pakai email baru dan link blog baru. Itu pasal terus pergi padam blog lama. Eh eh, sekarang menyesal pula hahaha. Tapi tidak mengapa, benda dah jadi, memang salah aku juga. Tapi aku bersyukur juga sebab melalui blog baru ini juga aku kenal ramai bloggers baru. 

Semuanya aktif aktif blogging ya. Macam macam post update setiap hari. Aku rasa followers blog lama pun semua dah menyepi and dah tak aktif blogging rasanya. Blog lama dulu memang tempat luahan hati, zaman-zaman cinta monyet. Memang betul betul luahan hati. 

Kena reject, kena tinggal, gaduh dengan kawan dan macam macam lagi. Semua diupdate. Adoii bila difikir-fikirkan balik, terasa malu pula hahaha. Tapi zaman tak berapa matang lagi kan, sekarang pun bukan matang sepenuhnya tapi much better than before lah hihihi. 

Jadi sekarang, blog baru aku ini harap sampai bila bila. Tak delete delete dah lepas ini. Ingat senang ke nak bina blog dari awal banyak kali. Letih juga hehehe. Kiranya nak betul betul serious lah dengan blog baru ini, tak nak dah main main macam blog lama. Bak kata pepatah, benda yang lama jangan dikenang, tapi jadikan pengajaran hehehe.

Nota jemari: Hari ini spend time dengan member intern, lepak kat kedai makan tepi pantai sambil makan mee sup. Tak dan ambil gambar, semua kebulur, sampai saja makanan terus makan. Selfie pun tak sempat juga sebab rancak berborak, bergosip hehehe.

34 comments

  1. alaaa rugiii nyaaaa! akk dulu ponn ada blog lain. da padam gak.. tp rasa time tuu tak de followerr kutttt.hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh kiranya ni second blog lah?
      Takpelah, melalui blog baru ni saya kenal blog akak hehehe :D

      Delete
    2. alolo sweetnyaaaaa.hehehe

      Delete
  2. Samaaaa....tapi takdelah seramai awak followers tu. Tapi ramailah...huhuhu

    Cuma saya tak delete, tapi ada satu dua teknikal isu dan memang nak rebranding. Sayang memang sayang, tp betullah...perkara lepas jadi pengajaran.

    Harap dengan blog baru ni lebih apa orang kata, lebih berkualiti. Haaa...semoga atiqah berjaya capai hasrat blogging yang diingini!

    Dulu pernah follow satu blog ni, belog kidal jugak..tapi dah tak ingat full url..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Followers ramai pun kalau tak aktif semuanya, tak okey jugak hahaha. Betul, jadikan pengajaran hehehe. Move on dengan blog lama.
      Aamiin aamiin ya rabbal alamin AO! Semoga kita sama sama capai hasrat yang diingini :D
      Ohh yeke, tapi saya serious tak ingat link url blog lama saya :D
      Kot kot tu blog saya kot hahahaha

      Delete
  3. samalah kita. blog lama tu tempat luahan perasan. bila start balik blogging terus buat blog baru baru ada semangat sikit..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yasssssss, blog baru, email baru, link url baru. Semangat dia lain maciam HAHAHAHA :D

      Delete
  4. Sayangnya delete blog lama tu, at least boleh setting untuk bacaan sendiri. Tentu banyak kenangan dan sejarah tercatat dalam tu. Tapi menyesal tak berguna, orang tua kata.. makin diingat makin ralat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terfikir pulak masa tu nak privatekan blog huhu, takpe sekarang fokus new blog je. Blog lama dah boleh lupakan hahaha.

      Delete
  5. betul kan... dulu k ret pun ada blog lama... dah delete..
    bila pikir balik, sayang nyaaa sebab kat situ byk sangat cerita2 'spesel' ..
    pape pun lets move on... kita jaga blog baru plak k :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak ret, banyak cerita special tapi bila baca balik rasa kelakar hahaha. Kannnn, fokus kat blog baru sekarang :D
      Lupakan blog lama hahaha

      Delete
  6. hehe inilah blog akak dari dulu sampai sekarang, akak delete post2 sengal je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Post post sengal yang bila baca balik, rasa malu hahaha

      Delete
    2. hahahaa... kanns.. pos-pos sengal Mrs. A revert to draft.
      Sengal pun tak mo deleted.

      Delete
    3. Okay lah tu revert to draft. Bila bosan bosan, boleh baca balik post sengal tu hahaha. Kalau dah delete, tak boleh dah nak baca balik hehehe.

      Delete
  7. Sayangnya blog lama tu. Boleh aje privatekan blog tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak fikir panjang Mrs. A, pergi delete terus then menyesal hahaha :')

      Delete
  8. Rabia start blog tahun 2016 . tukar template blog sokmo. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Blog lama tu memang sokmo la tukar template. Jenis suka tukor tukor template hahaha.

      Delete
  9. hehe. Semoga blog yang baru ini akan terus sukses dengan artikel lebih menarik. hehe

    ReplyDelete
  10. sayangnya dh terdelete. hahah. apa pun harap stay blogging.

    ReplyDelete
  11. fokus pada blog baru la now. Sayang terdelete. Xleh nak recover

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah fokus kat blog baru lah jawabnya hahaha. Nak buat apa pun tak boleh dah sebab dah delete forever blog lama :(

      Delete
  12. walau pun kita rasa mcm blog lama ni tanak org baca dah tapi bila dah terdelete sayang gila rasa kan.. huhuhu i taknak delete sbb ni a huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul atie, rasa malu nak bagi orang baca blog lama, tapi bila dah delete ni menyesal pulak. Padahal boleh je start over dengan blog lama hahaha.

      Delete
  13. Sayangnya terdelete blog lama. Tak boleh nak recover :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, dah tak boleh recover. Sayang betul :')

      Delete
  14. iye btolla kata wak kann blog bukanlah hakmilik kekallls., hehehe

    tapi blogspot ni pon takut gak tiba2 host dia kena jual pastu dorang tutup semua host2., silap2 kita punye blog pon kena delete jugak., baik ada backup ye., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishhh, boleh jadi macam tu jugak ke wak? Macam mana nak backup tu wakkk :D

      Delete
  15. ala sedihnya delete blog lama. mungkin ada baiknya delete dan mulakan dengan yang baru, aura baru dan mood baru :)

    ReplyDelete
  16. sayangnya delete... akak menyesal gila delete 1st blog akak dlu... sbb tu la cerita bodo² zaman mula tulis blog.. nasib baik lah akak x delete blog ni...walaupun lama x aktif tp thn lepas selamat diaktifkan balik

    ReplyDelete
  17. Betul tu. Sayangnya sebab bukan senang nak naikkan brand blog tu. Semoga lebih berjaya dengan blog baru ni.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)