Hello! Assalamualaikum! Baru berkesempatan untuk menaip sebab hari ini merupakan hari yang begitu productive bagi diriku. Diberi peluang untuk buat kerja selama beberapa jam hehehe. Alhamdulillah. Actually, hari ini tolong kawan buat dilapidation survey work di Gong Badak. Untuk pengetahuan kalian, dilapidation survey work ini dilakukan untuk mengenalpasti kecacatan pada sesebuah bangunan ataupun rumah.
Maksudnya, aku akan ambil semua kecacatan pada rumah especially kecacatan jenis retak (crack) yang besar dan high depth. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca disini. P-Con ini salah satu syarikat yang menjalankan dilapidation survey work ini juga. Tapi kerja aku hari ini tak ada kena mengena dengan syarikat P-Con ini. Jangan salah faham pula ya.
Itu saya! Hahaha. Acah acah sekejap sebelum sambung buat kerja lepas makan tengah hari HAHAHA! Ambil gambar untuk kenang-kenangan. Pengalaman baru. Padahal masa belajar dah buat dah dilapidation survey work ini. Tapi belajar dengan kerja mana sama kan kan kan? Hehehe. Kalau time belajar, santai santai saja, tapi kerja ini rasa nervous betul pada permulaan itu. Tapi bila dah setel satu rumah itu terus okey.
Terus gembira dan seronok walaupun penat HAHAHA! Tapi biasalah itu, kerja apa saja yang tak penat kan? Kerja menghadap laptop pun penat, penat mata kannnnn.
Jadi, inilah antara contoh-contoh gambar kecacatan yang ada pada bangunan berdasarkan kerja yang aku buat pagi tadi. Dilapidation survey ini pun salah satu scope of work bagi Building Surveying. It was fun! Aku berterima kasih kepada kawan satu kelas aku semasa ijazah sarjana muda tempoh hari iaitu Fatihah sebab sudi ajak aku buat kerja walaupun untuk beberapa jam sahaja. Boleh lah dapat duit poket sikit hehehe.
Nanti next time ajak aku lagi! Aku suka okey buat kerja kerja macam ini sebab kerja ini memang benda yang aku belajar. Jadi bila lagi aku nak praktikkan apa yang pernah aku belajar kan?
Bagus jika ada building surveying ni..
ReplyDeleteMemang dah ada, tapi masih ramai tak tahu kewujudan Building Surveying ni :)
Deletewah best juga eh belajar dalam bidang ni kan :)
ReplyDeleteBest! Sebab saya memang minat bidang macam ni hehehe :D
DeleteOuh baru tahu tentang dilapidation survey ni
ReplyDeleteNext time saya cerita details lagi hehehe
DeleteLama tak tempoh masa survey utk satu satu bangunan?
ReplyDeleteMasa bergantung kepada keadaan rumah tu, kalau terlampau banyak defects, memang boleh habis masa berjam jam jugak lah kat satu rumah tu, sebab nak kena inspect dari pintu pagar sampai ke roof 😂
DeleteDilap survey! Dulu masa kerja contractor, ada gak buat kerja-kerja dilap ni :) Penting sangat untuk buildings yang dekat dengan construction works
ReplyDeleteYasssss! Buat dilap ni pun sebab ada kerja piling nanti berhadapan rumah rumah ni semua
Deletenice!!! future arkitek la kan ni
ReplyDeleteHahaha takde future architect pun, future building inspector je hehe :)
DeleteBagus tu dapat pengalaman dan dapat duit poket tepi sekali. Ye betul, kerja apapun penat :)
ReplyDeletePengalaman yang berharga sebab first time buat, kalau tak biasanya buat masa belajar je hehehe. Dapat duit poket tu Alhamdulillah ☺️
DeleteSis. Klau dip BS smbung degree selain drpd kos BS apa lagi yg boleh. Etc seni bina atau civil eng. boleh ke?
ReplyDeleteKalau macam kawan saya, dia dapat QS, EM. Seni bina atau civil engineering tu saya kurang pasti.
Delete