Fakta Kidal

Assalamualaikum! Hello! Hari ini nak bercerita tentang kewujudan blog yang diberi nama "Gadis Kidal Menaip". Ya, kidal. Kenapa kidal? Sebab owner blog ini yakni aku merupakan seorang bertangan kidal. 

Mari aku beritahu beberapa fakta tentang left-handed person. Fakta ini aku baca dan aku petik semula daripada akhbar Metro yang bertarikh 17 Ogos 2020, 6.30 pagi.

13 Ogos pada setiap tahun merupakan Hari Kidal Sedunia. 13 Ogos ini dipilih oleh Persatuan Tangan Kiri Antarabangsa bagi meraikan orang yang bertangan kidal. 

Fakta Kidal
Bill Gates, Rafael Nadal, Leonardo Da Vincci, Rose Blackpink dan ramai lagi merupakan individu yang bertangan kidal yang berjaya. Dr. Azura Hashim iaitu seorang pakar analisis tulisan tangan berkata mengikut kajian yang dilakukan, terdapat kira kira 10 hingga 15 peratus populasi bertangan kidal di seluruh dunia.

Fakta kelebihan si kidal:
  • Berfikiran luar dari kotak pemikiran
    • Berfikir berlainan dengan individu lain.
  • Suka berdaya saing
    • Sangat bagus untuk memiliki seseorang bertangan kidal dalam sebagai ahli pasukan kerana golongan ini tidak mudah berputus asa dan menyerah kalah.
  • Mempunyai kawalan diri yang bagus
    • Memiliki kemahiran yang yang bagus dalam membina karakter seorang insan yang cemerlang.
  • Memiliki kepintaran dan memori yang baik
    • Memiliki kelebihan untuk menggunakan otak dengan sepenuhnya. Oleh itu, mereka mudah memahami maklumat dengan lebih cepat dan mudah mengingati sesuatu perkara dengan baik.
  • Kelebihan dalam pelbagai tugasan
    • Mempunyai kelebihan untuk melakukan banyak perkara dalam satu masa tertentu.
  • Kemahiran berkomunikasi
    • Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang lebih terarah mengikut kajian yang dijalankan oleh Universiti Oxford.
Tak tahu lah fakta ke auta HAHAHA! Itu semua kebetulan semata mata. Ada juga aku baca yang orang left handed pandai melukis tapi tidak bagi aku. Diri aku sebaliknya HAHAHA. 

Kesusahan aku bila bertangan kidal ini, aku susah nak menggunting. Buat kerja, nampak kekok. Meja lipat di dewan kuliah universiti pun tak mesra untuk pengguna bertangan kidal sebab dibelah kanan. Sungguh tidak adil hahaha.

Adik beradik aku ada lapan (8) orang termasuk aku. Empat (4) orang lelaki dan empat (4) orang perempuan. Satu (1) lelaki bertangan kidal dan lagi tiga (3) orang bertangan kanan. Satu (1) perempuan bertangan kanan dan lagi tiga (3) orang bertangan kidal. Tapi both of my parents bertangan kanan. 

Jadi macam mana dengan kalian? Kalian left-handed macam aku atau right-handed? Bagi left-handed, apa yang agak menyusahkan kalian? Mind to share? ;)

8 comments

  1. kidal juga, tapi smua ni auta, sbb satu pun tak kena dgn diri sendiri haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay, kidal geng! HAHAHA kannnn! Semua auta, tak boleh dipercayai hahahahaha :D

      Delete
  2. Right-handed! Biasanya kidal ni tulisan dorang cantik2 dan kemas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Right handed pun apa kurangnya. Cantik cantik and kemas jugak 😁

      Delete
  3. Orang kidal ni unik dan satu keistimewaan. So far family saya ada anak buah sorang dua je kidal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Right handed pun ada keunikan dan keistimewaan tersendiri ☺️

      Delete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)