Keputusan Final Semester UiTM

Dua hari lepas, result final semester aku keluar. Alhamdulillah. Maka, berakhirlah kehidupan aku sebagai seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan di UiTM Seri Iskandar. Kebiasaannya, kalau practical training memang akan dapat result yang tersangatlah elok unless pelajar ada masalah dengan supervisor universiti mereka atau supervisor di company mereka berpraktikal.Tapi, Alhamdulillah sekali lagi. Aku dapat kedua dua supervisor yang sangatlah baik dan tak kedekut markah. Baik supervisor uitm mahupun supervisor company aku practical. 

Masa mula mula dapat supervisor UITM, aku takut and ketar lutut jugalah sebab lecturer itu bekeng! Bekeng is garang. Bekeng is from negeri Darul Iman hehehe. Untuk practical training, aku buat report pasal "Maintenance work at Sekolah Tunas Bakti (P) Marang, Terengganu". Dah selalu ikut penolong jurutera pergi site visit untuk project itu, jadi terhasillah report based on maintenance work sekolah tersebut. 

Tersangatlah mudah report practical sebab tak boleh lebih 60 pages. Tapi aku tetap terlebih HAHAHA. Syok menaip katakan sampai tak sedar dah masuk 70 pages. Dan english exit test aku mujurlah lulus walaupun speakingnya berterabur. Masa speaking test tu, aku banyaklah juga terkeluar "emm, emm, apa lagi ya" sebab tak ada idea nak speaking. Diberi 5 soalan dalam masa 20 minit kena speaking. 

Walaupun ada masa preparation untuk setiap soalan, tapi tetap tak cukup. Bagi soalan on the spot, so otak kena ligat lah fikir nak cakap apa. Aku pula perut meragam sebab nervous punya pasal. Turn speaking aku pula pukul 2.20 petang, otak jammed betul! 😆

Dan dan abang J&T datang hantar parcel pula. Kalut lah aku bangun pergi ambil parcel sampai tergelak lecturer. Untuk writing test pula tersangatlah bagus. Sebab tak perlu bercakap, hanya menulis dua karangan dan kemudian hantar melalui UFuture. Soalan pun agak senang. 

Dapat 4.0 untuk GPA. Masa diploma tempoh hari pun dapat 4.0 juga untuk GPA. Memang mudah nak score kalau practical training ni. Dan CGPA pun naik lah sikit daripada semester lepas. Alhamdulillah. Dah lega dah untuk degree. Sekarang tengah fokus mencari kerja, semoga ada rezeki dapat kerja nanti. Aamiin.

Keputusan Final Semester UiTM

16 comments

  1. wah tahniah tiqah....
    pasni dah ready nak masuk alam pekerjaan plak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak ret!
      Haah ready dah ni nak masuk alam pekerjaan hehehe :D

      Delete
  2. Alhamdulillah dipermudahkan untuk grad.
    Harap dipermudahkan juga dapat kerja. Amin.

    ReplyDelete
  3. graduate dengan TS, dah bagus sangat ni ;)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah result sangat cemerlang tu. Semoga cepat rezeki dalam dunia kerjaya. Amiin YRA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamiin ya rabbal alamin kak. Terima kasih :)

      Delete
  5. Alhamdulillah..Tahniah Atiqah! Semoga terus berjaya dengan cemerlang dan mendapat pekerjaan yang baik. Aaminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih banyak banyak :)

      Delete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)