Makan Petang di Kelulut, Marang

Makan petang di Kelulut | Petang tadi lepas solat asar, terus siap siap nak pergi makan petang di Kelulut. Untuk pengetahuan para pembaca, Kelulut terletak di Marang, Terengganu. 

Mostly kedai kedai makan di Kelulut ini terletak di tepi pantai Kelulut. Best dan syok makan petang tepi pantai. Makan berdua saja dengan kakak. Biasalah single life hahaha. Mula mula sampai tak ramai mana, tapi bila nak masuk pukul 6 dan ke atas, berderet deret kereta masuk. 

Jadi, order nasi goreng kampung, mee goreng, air batu campur (ABC), milo peng (read as: milo ais) dan sotong celup tepung. First makanan yang sampai ialah sotong celup tepung. Banyaknya kerak! Punyalah banyak sampai tak nampak mana sotong. Tertimbus di sebalik kerak HAHAHA. Tapi sedap! Cuka dia pun sedap. Tapi sikit. Macam tak puas nak cicah sebab sotong tak sempat habis lagi, cuka habis dulu. 

Makan Petang di Kelulut, Marang
Itu dia sotong celup tepung. Memang tak nampaklah sotong itu dekat mana. Kena menyelam baru jumpa! Tengah tengah makan, sampai dah air batu campur dengan milo peng. 

Makan Petang di Kelulut, Marang
Dah cair masa sampai. Mungkin dah siap awal tapi lambat dihantar. Tapi bila dah kacau tu, sedap je. Tapi bahan bahan dalam air batu campur itu sikit. Tak sebanyak dulu. Lepas itu baru sampai mee goreng and nasi goreng kampung. Dua dua itu pun sedap, tapi nasi goreng kampung pedas bagi aku yang tak berapa ngam dengan pedas. Tak habis makan nasi goreng sebab kenyang dengan air sebab pedas. Tak boleh tahan pedas. Lagi satu, kenyang dah sebab makan sotong celup tepung awal awal tadi huhuhu.

Makan Petang di Kelulut, Marang
Makan sambil ditemani angin pantai. Mujur tak panas mana. Best makan sambil tengok pantai. Tengok ombak membadai, indah sungguh ciptaanNya. Dari jauh nampak Pulau Kapas. 

Tak pernah sampai lagi Pulau Kapas. Pulau Redang pernahlah sampai masa pergi lawatan tingkatan 5 tahun 2014 tempoh hari. Dah tujuh tahun dah berlalu dan memori mabuk laut masih segar di ingatan HAHAHA. Makan petang kalian apa pula? 

16 comments

  1. ewah! sedapppppnyaaaaaa. makan petang akk kira makan malam.. mkn roti canai n sardin kari jaaa.hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh lamanya tak makan roti canaii. Okay dah tu dinner roti canai dan sardin, janji kenyang hahaha :D

      Delete
  2. sedapnya abc. dah lama tak makan, teringin pula..hehe

    ReplyDelete
  3. thn lps singgah makan ikan celup tepung di Penarek, Setiu. Tp sygnya ikan tu rasa masam. Rasanya dia masak balik ikan semlm. Kecewa pakcik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin lah dia masak balik ikan yang tak habis semalam. Tapi lain kali jangan serik nak rasa lagi, boleh try kedai lain pulak hehehe.

      Delete
  4. teringin nak pergi pulau redang ni, cepat la habis pkpkb semua ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bessttttt! Snorkeling pun best! In shaa Allah nanti atie akan sampai jugak di Pulau Redang :D

      Delete
  5. halamak.. terus rindu nak ke Terengganu.. Antara negeri yang paling dekat dihati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh antara negeri paling dekat dihati ye. Nanti boleh rentas negeri, marilah Terengganu :D

      Delete
  6. ABC tu Menggoda sungguh. 😂🤣🤭

    ReplyDelete
  7. Bilalah nak sampai ganu nak makan ditepian pantai seafood segala celup tepung. Pernah sampai ganu sekali dua je rasanya. itupun entah zaman bila entah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah nanti satu hari akan sampai hehehe ☺️

      Delete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)