Hello! Hari ini nak share dengan kalian semua beberapa jenis pencuci muka yang pernah aku pakai and masih dipakai sampai sekarang. Before that, what works for me, might not work for you. This is just my personal experience. Aku dan skincare memang tak dipisahkan.
First and foremost, pencuci muka jenama Simple. Aku rasa semua orang pernah pakai. Sebab cleanser simple ini paling gentle. Tak ada sebarang irritation bila cuci muka.
Aku sempat pakai dalam tiga (3) atau empat (4) botol sebelum bertukar kepada pencuci muka jenama lain pula. Tapi pada pendapat aku, aku berpuas hati dengan pencuci muka ini.
Secara keseluruhannya memang bagus, murah dan mudah sangat untuk didapati. Hanya perlu membeli di drugstores yang berhampiran seperti Guardian mahupun Watsons.
Second, Coalface Soap by Kayman Beauty. Kayman Beauty? Kalian pernah dengar tak? Kayman Beauty ini salah satu local product tapi jangan bimbang sebab dijamin selamat daripada sebarang mercury atau bahan bahan larangan. Kalau search twitter founder Kayman Beauty (@NabellaAnuar) ini, kalian boleh tengok banyak positive feedback soap ini daripada para pengguna.
Aku sendiri dah membeli sebanyak lapan (8) kali. Harga RM39 untuk satu buku tapi boleh tahan sampai empat (4) bulan kalau pandai jaga sebab sabun mudah cair kalau terdedah dengan air. Aku start pakai since Julai 2018 sebab breakout teruk.
Punca utama aku breakout adalah disebabkan aku berpraktikal dan ulang alik pergi tapak pembinaan, jadi memang sangat terdedah dengan habuk, debu, panas, peluh dan termasuklah persekitaran yang tak bersih.
Faham faham sendirilah tapak pembinaan macam mana kawasannya. Bukannya bersih sangat kan? Sudahlah begitu, night routine itupun hilang entah kemana HAHAHA. Bila rajin, memang lengkap night routine, tapi bila dah malas, memang kirim salam.
Aku pakai sekali dengan garden of eden yang botol hijau kecil itu. Memang menjadi! Hilang terus jerawat di dahi. Memang tak naik dah lepas tu. Parut pun pudar cepat. Serious talk! Memang tak tipu. Walaupun harga eden itu agak mahal dengan kuantiti dia, tapi sangat berbaloi!
Pakai sikit saja sudah memadai, memang sudah cukup untuk cover satu muka hehehe. Bau dia pun boleh tahan. Siapa yang tak suka, memang menyerah awal hahaha. Contoh? Kakak aku sendiri. Dia cakap boleh sakit kepala bila pakai eden.
Third, aku pernah pakai Coalface Cleanser by Kayman Beauty juga. Tapi aku sempat pakai sebotol sahaja sebab tak suka. Harga RM49. Sekarang dah tukar botol baru dan lagi cantik. Tak tahulah kenapa tak suka, rasa macam tak menjadi dengan kulit muka aku. Jadi, aku lagi suka sabun punya pencuci muka.
Dan, pencuci muka yang terakhir iaitu daripada jenama Alluskin. Founder Alluskin ialah seorang doktor iaitu Doktor Aen. Local product juga and dijamin selamat daripada sebarang bahan bahan terlarang.
Dalam Alluskin Purifying Cleanser ini ada glycolic acid yang bertindak sebagai alpha hydroxy acids (AHA). Tapi jangan risau. Pencuci muka ini masih selamat untuk dipakai setiap hari. Harga RM49 dan boleh bertahan dalam sebulan lebih kalau berjimat cermat.
Jadi, buat masa sekarang aku masih pakai Coalface Soap by Kayman Beauty. Ada niat dihati nak cuba Mimpimika Salicylic Acid Deep Cleansing Cleanser pula. Tapi belum ada rezeki. Apa apa pun, sebelum try produk baru, sila patch test dahulu. Jangan menyesal di kemudian hari kalau tiba tiba purging ataupun breakout. Macam mana pula dengan kalian? Pencuci muka apa yang kalian pakai? Mana tahu lain kali aku boleh cuba juga hehehe.
me pakai safi gamat ja.. itu ja sesuai ngn kulit muka for now
ReplyDeleteSafi pun okay kan? Pernah pakai tapi tak ngam, habis naik merah kat bahagian jawline :(
Deletebr nk pakai mary kay hhehee.. tukar produk.. yg lama tu dah bosan ;)
ReplyDeleteWow mary kay, pernah jugak nak pakai tapi over budget so cancel niat dulu hehe 😂
DeleteSaya tukar2 juga, sekarang try nutox pulak mcm serasi..tapi rasa nak cuba yang lain jugak hehe
ReplyDeletePernah try sekali nutox member punya, tapi takk ngam jugak, habis naik jerawat kat dahi 😂 Perasaan nak mencuba pencuci muka yang lain tu selalu ada kannnn
Deletecari produk yang bagus tau... sayang kulit plz,, heheheh
ReplyDeleteYa betul, sayangi kulit muka kita. Once breakout, makan masa jugak nak pulih. Macam saya, almost one year tuk pulih breakout di dahi. 2019, breakout semula di pipi 🥲
DeleteCurrently pakai Althea. Sebelum ni bertukar tukar juga. Once muka breakout kena pilih yang sesuai dengan kulit muka. Paling penting beli dari drugstore yang diyakini selamat digunakan :)
ReplyDeleteTak pernah tahu Althea pun ada produk pencuci muka, ingatkan just tempat shopping hehehe
Deleteada, boleh tengok kat website. Selain Kproduct ada produk Althea sendiri :)
DeleteBaik, nanti saya cuba tengok. Mana tahu boleh try produk Althea pulak. Thank youuu 🥰
DeleteSaya pengguna safi since sekolah sampai umur 20, Pada umur 20 tahun tukar skincare lain sbb saje nak tukar. hahahah no alasan
ReplyDeleteWow memang betul betul setia dengan safi ni HAHAHA 😂 Tapi betul lah, takde alasan tukar pencuci muka. Kalau saya more kepada nak mencuba benda baru hahaha
Deletedulu sy pakai pencuci muka simple. okayy jaaa. skng jaaa da tukar pencuci ainaa skincare.haha
ReplyDeleteskng sy pakai simple moisturiser jaaa.
Yes, simple memang ngam dengan semua orang kot hahaha. Ohh ainaa skincare, selalu dengar jugak positive feedback bila pakai ainaa skincare. Haah pernah jugak try moisturiser simple punn okay jugak.
Deletesetakat ni shida masih kekal yg lama..dah 7 tahun mggunakan cosmoderm..setakat ni okay lg :)
ReplyDeleteWow begitu setia ye sampai 7 tahun masih pakai cosmoderm :D
Delete