Penulisan oleh Aiman Psikologi yang dikongsikan di laman twitter miliknya.
Lima (5) Jenis Bahasa Cinta
Menurut Gary Chapman, penulis buku The Five Love Language, manusia ini ada lima (5) jenis bahasa cinta.
Ya, lain orang, lain bahasa cintanya.
Seperti yang ditulis oleh Aiman Psikologi, bahasa cinta ini boleh dimaksudkan dengan sejenis ekspresi seseorang untuk meluahkan rasa sayang pada seseorang.
Cinta tak semestinya terhad kepada cinta antara seorang lelaki kepada seorang perempuan, sesama adik beradik, ibubapa atau kawan kawan pun boleh diterima.
Janji sesama manusia, jangan dengan kucing atau ayam pula 😛
Antara lima (5) jenis bahasa cinta ialah
1. Sentuhan fizikal
Siapa sini suka disentuh dan menyentuh untuk jadi lagi akrab? Jangan salah faham, ada banyak jenis sentuhan fizikal yang boleh kita buat antaranya high five, fist bump, tepuk bahu, peluk dan sebagainya.
2. Kata kata dan puji pujian
Apa apa yang melibatkan percakapan, memang terasa dekat di hati dia.
Contoh:
- "Thanks sebab sudi tolong aku"
- "I love you"
- "Abang dah transfer duit RM200, pergilah buat belanja" EH! HAHAHA
Dengar saja percakapan macam ini, dah berbunga-bunga hati dan telinga dia. Kalau cakap telefon dengan dia pun, dah boleh timbul rasa sayang.
3. Khidmat Servis (Act of Service)
Dia suka bila seseorang lakukan sesuatu untuk dirinya.
Contoh lagi:
- Hantar pergi pasar
- Tolong pasang langsir
- Teman makan sambil release stress
Dia sangat hargai benda benda macam ini. Kalau dia susah, kita tolong, dia akan ingat sampai bila-bila.
4. Masa berkualiti
Spend masa dengan dia, pergi hiking, dating, tengok wayang, window shopping atau sekadar keluar makan bersama. Selagi kalian luangkan masa bersama dia dengan seikhlas hati dan sepenuh hati, memang benda macam ini akan masuk terus ke hatinya.
5. Hadiah atau beri sesuatu
Bagi coklat, bunga, belanja makan atau apa apa sahaja.
Dia sangat suka bila kasih sayang itu physically terjemah melalui objek-objek fizikal macam ini.
Jadi macam mana nak tahu bahasa cinta seseorang itu?
Tengoklah apa yang dia suka buat pada orang lain. Kebiasaannya, bahasa cinta itu terpamer bila dia dengan seseorang.
Boleh jadi suka bagi hadiah, cakap cakap, sentuhan, buat sesuatu atau spend masa bersama.
Macam itu juga kalau kita nak tahu bahasa cinta kita yang mana satu. Tengoklah apa yang kita suka buat pada orang lain tanda kita ekspresikan sayang kita.
Jenis bahasa cinta aku pula kata kata dan puji pujian, khidmat servis, masa berkualiti dan hadiahkan something.
Yang sentuhan fizikal aku kurang sikit hehehe, kalau setakat high five, fist bump tu boleh diterima lagi, yang lain lain kurang sikit. Tak tahu lah kenapa macam kurang sikit. Selalulah kena bebel bila kawan perempuan nak peluk, tapi aku mengelak.
Jadi sekarang aku nak tahu pula bahasa cinta kalian macam mana?
Mind to share? ;)
Cinta pun tak jumpa cari lagi ni 😂
ReplyDeleteHAHAHAHA ala rabia, cinta antara family pun boleh apply, dengan kawan perempuan pun boleh 😂
Deletecinta x mestinye bersatu .. mukin berdua 3 4 dan lain lain., huhuhu
ReplyDeleteAmboi wak, ada cita cita ka hahaha
DeleteAkak tergelak baca komen Wak Lat kat atas. Hehe...
ReplyDeleteSamalah kita, sentuhan fizikal kurang sikit. Lagi-lagi kalau dah berpuluh tahun kawin, jalan bersama, tapi jauh-jauh je. Hehe...
Wak lat tu saje je hahaha.
DeleteTakpe, masih ada yang no 2,3,4 dan 5 dan itu pun masih dikira bahasa cinta :D
betul lah tu, bahasa cinta akak n suami senang je... dia tolong kerja-kerja kat rumah, kita minta apa dia bagi...akak bebel, ke apa ke dia sabar je, hehehe kira dah ok, tak perlu nak suprise bagi hadiah mahal2... hehehhe
ReplyDeleteKannnn, tak payah surprise surprise ni, cukuplah dia tolong kita kerja kerja rumah, faham diri kita, dan tak buat perkara yang menyakitkan hati kita kan kak dana.
DeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteMemang betul semua bahasa cinta ini. Kalau dia tak lahir secara semulajadi pun, kita masih boleh membentukkan. memang indah semua perasaan diwaktu rasa cinta.
Waalaikumussalam SS.
DeleteBetul, kita masih boleh membentukkan bahasa cinta ni. Bila dah sayang kan, sanggup buat apa saja, macam macam cara untuk kita senangkan hati dia kan hehehe.
Rasanya dalam kesemua bahasa cinta tu... kata-kata dan puji-pujian sangat jaranglah hahahaaa!
ReplyDeleteHahahahaha, biasa dah tu bila usia dah meningkat, jarang nak dengar kata kata puji pujian tu. Tapi kalau dia tunjuk melalui perbuatan, sentuhan, itu pun dah mencukupi hehehe
DeleteDua kali akak ulang baca entry ni..bulan puasa ni mata rabun ya rabbi...semua ni tentang bahasa cinta kan..akak nyer pandangan tadi 5 jenis bahasa cina..aduyaiiiii
ReplyDeleteHahaha akak pun sama macam Kak SA. Baca 5 Jenis Bahasa Cina! Adoi, penat puasa ke mata nih ;)
Deletesamalah kita kak suria. hahaha dah pelik dah kenapa bahasa cina dari Aiman Psikologi. Apa kaitan...rupanya bahasa cinta!
Deletehahahahahahha
Alhamdulillah merasai kesemuanya bahasa cinta :)
ReplyDeleteMari kita kaji bahasa cinta :)
ReplyDeleteakak suka bahasa cinta yang no5 tuu . hahaha
ReplyDeleteni fave inventori psikologi yang akak selalu guna masa praktikal kat uni. Guna untuk student sebab mostly student memang ada masalah cinta. So bile tau love language masing2 senang nak tackle partner. hehe..
ReplyDeleteBahasa cinta akak pula 1,3 dan 4.. hehehe
ReplyDelete