Baru aku tahu | Yes, aku baru tahu pagi semalam yang majikan lama aku dah bukakan akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih dikenali sebagai KWSP untuk aku. Kalau aku tak pergi pejabat KWSP semalam, memang sampai bila bila lah aku tak tahu HAHAHA. Tak cakna sungguh!
Tahun 2017 aku sempat kerja start bulan April sampai September. Kerja sebab cuti lima bulan masa tu. UiTM nak selaraskan kemasukan pelajar degree dan diploma jadi terpaksa panjangkan cuti semester biar pelajar degree habiskan satu semester, kemudian cuti semester kemudian masuk sama sama dengan pelajar diploma yang memang tengah cuti semester. Faham tak sebab aku pun pening dengan ayat aku hahaha.
Alhamdulillah sempatlah makan makanan McDonalds selama lima bulan. Tapi tapi masih tak jemu nak makan sebab McDonalds kan ada kepelbagaian makanan hehehe. Okey kembali kepada tajuk, pagi semalam teman kakak aku bukakan akaun KWSP sebab dia dah nak start housemanship (HO) dalam bidang farmasi. Jadinya, aku pun nak bukalah jugak akaun aku sendiri. Senang betul daftarnya sebab tak payah pergi kaunter. Kiosk ada disediakan. Tapi masalah bagi aku, bilamana dia tak dapat detect ibu jari kanan aku.
Tangan kanan aku memang selalu bermasalah kalau melibatkan hal hal cap ibu jari ni. Sampai dulu dulu masa nak buat kad pengenalan ke nak buka akaun bank ke, pekerja bank tu geleng kepala hihihi sebab susah betul nak detect. Jari aku tak ada menggelupas ke rosak ke apa ke, tapi maybe sebab jari lebih kot yang jadi masalah. Aku rasalah hehehe.
Turn kakak aku daftar, keluar maklumat diri dia. Aku pun pelik kenapa aku tak ada pun keluar details diri aku tadi. Tanya polis yang berjaga kat situ, mungkin aku dah pernah buka akaun. Install apps di telefon dan register apa yang patut, papp keluar sejumlah duit dalam paparan apps tu. Tak adalah sampai berjuta juta, tapi adalah sikit sikit. Speechless sekejap aku HAHAHA. Sebab tak pernah tahu tentang kehadiran duit tu. Rupanya manager McDonalds dah carumkan untuk aku masa aku kerja haritu.
Terus google, boleh ke nak keluarkan duit dari akaun KWSP. Eh! Aku tergelak besar jugaklah kat dalam pejabat KWSP tu bila tengok baki akaun aku. Sampai sekarang buka tutup buka tutup apps KWSP tu sebab tak percaya. Over kan?!
Bagus juga majikan ada buat caruman.
ReplyDeleteWah puas makan McD secara percuma. Betul itu menu McD macam-macam dan bertukar-tukar. Pernah rasa pening tidak masa ambil pesanan sebab menu baru? Hehe.
Pernah je pening HAHAHA. Sebab belum terbiasa dengan menu baruu tu. Tapi bila dah lama lama tuu dah okey dah hehehe.
DeleteMaknanya majikan prihatin kan...alhamdulillah sekurang- kurangnya Atikah dah ada akaun KWSP...nanti dah kerja gaji tetap kena plak buat income tax....kan?
ReplyDeleteBetul tu, nanti kerja kena buat income tax pulak hehehe.
DeleteDia punya cross tu lain macam hahahaah :)
ReplyDeleteHAHAHAHAHA excited kejap sebab tengok akaun kwsp masa tu, terus google :D
DeleteHahahha buat lawak sungguh bdk ni... 😅😅 Rezeki tu..
ReplyDeleteHahahaha alhamdulillah rezeki yang tak disangka sangka :D
Deletebaguslah McDee peka n cakna kpd pekerjanya biar pun kerja sekejap je. sbb abe kie dgr ada majikan yg culas nk carumkan duit epf pekerja2nya. Mmg jahat tul la mrka tu.
ReplyDeleteMemang jahat lah majikan yang buat macam tu, betul betul tak peka dengan pekerja diorang.
DeleteHaish! nampak sangat muda remaja tak ambil tahu benda-benda macam tu eh! tiberrr...
ReplyDeleteTerbaiklah McD patuh mencarum untuk pekerja mereka.
Alhamdulillah rezeki tidak disangka ya
Hehehe sebab pernah tanya manager, tapi manager cakap takde bukakan pun. Alhamdulillah ada rezeki yang tak diduga hehehe.
Deletehai sy singgah sini. jgn lupa komen my blog.
ReplyDeleteMama Yan pernah keje part time masa cuti semester kat shakeys pizza... pun ada caruman EPF. Tak sampai RM100 pun dalam epf tu masa tu
ReplyDeleteKira baguslah majikan carumkan untukk kita kan. Walaupun tak banyak tapi still ada jugak sikit sikit kan.
DeleteHaha, masa akak baya awak pun blur jugak. Mana la faham benda2 penting gini. Takpe, take your time.
ReplyDeletesimpanan utk masa tua nnti.. aminn
ReplyDeleteps. apps kwsp nak login pon kena pakai thumbprint gak kann?
hahahahahahahaha tergelak besar akak. biasa laaa tuu atiqah. akak pon cmtuuu tau..
ReplyDeleteExcited lain macam bila tahu kan..hihi..faham faham perasaan itu :)
ReplyDeletethis is the happiness surprise !!!
ReplyDelete