Dugaan Kecil


Dugaan Kecil | Salam Ramadhan al Mubarak dan Salam 5 Ramadhan. Betul betul tak ada idea nak update sebab puasa kan, tak ada pergi mana mana kecuali bazaar. 


Sepanjang lima hari berpuasa, tiga kali aku pergi bazaar. Hari Ahad, Jumaat dan Sabtu. Hari lain semuanya foodpanda hehehe. Biasa aku berbuka makan sejenis lauk sahaja, memang dari kecil lagi makan sejenis lauk pun dah memadai. Contoh, ayam masak merah pun dah cukup. Tak ada sayur pun tak apa. 


Semalam berbuka beli sayur pucuk paku dengan ayam goreng RM 1.00 sebanyak empat ketul. Sahur makan roti gardenia sekeping sapu dengan kaya. Puasa hari ini betul betul letih dan kurang berdaya daripada hari sebelum sebelum ini. Letih dan kurang berdaya sebab apa? Sebab ulang alik ke tandas! Almost 20 kali aku pergi tandas since sahur.


Since sahur kawan kawan :') Sampai sekarang aku tengah taip pukul 7.07 petang, sampai sekarang perut masih sakit. Kalau tandas boleh bercakap, mesti dia akan cakap "asyik muka kau saja yang masuk tandas." 😂


Tak tahulah silap makan ke atau sebab apa. Nak cakap silap makan, apa yang aku makan, kakak aku pun makan. Sama saja makanan kami berdua. Tapi yang membezakan sahur pagi tadi. Kakak aku tak sahur makan roti, sahur makan makanan lain. 


Tadi pergi bazaar pun dah terasa letih dan tak bermaya. Pergi bazaar pun tak senang sebab perut asyik memulas. Kakak suruh berbuka sebab suruh makan ubat since sahur aku dah membuang, air pun minum sikit masa sahur, memang banyak hilang air lah dalam badan. Tapi sayang! Sayang nak tinggal hehehe.


Ini nak makan pun tak tahulah ada selera ke tidak, rasa takut nak makan pun ada, sebab takut terbeli makanan yang dah lama, mana kita tahu kan? Tapi still membeli jugak di bazaar HAHAHA. Sebelum ini ada saja hari sakit perut tapi tak adalah melarat sampai ke petang pun, biasa lepas makan pil chi kit teck aun dah lega tapi since puasa tak boleh nak makan lagi, tunggu lepas berbukalah baru kita makan. Moga moga tak sakit dah lepas ini. Aamiin.

18 comments

  1. perut masuk angin...
    salah makan...
    ada makanan yang x sesuai kat perut tiqah kot?
    Tak gi klinik ke?
    Banyak membuang tu bole buat badan kurang air...tambah2 tengah posa ni..
    bebaik k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram nak pergi klinik hahaha. Haah boleh buat badan kurang air, sebab tu kakak suruh berbuka tapi degil :D Terima kasih kak Ret <3

      Delete
  2. Allah.. dugaan puasa hari ini ye.. Semoga diberikan kesembuhan ye.. Aamiin..

    ReplyDelete
  3. masyaAllah...moga atiqah dah pulihlah dari sakit perut tu...risau kurang air bulan puasa macam ni...macam-macam kebarangkaliannya...
    moga diberi kesembuhan "D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih sakit AO, tapi dah kurang nak dibandingkan dengan siang tadi, harap harap tak berlarutan sampai esok lah. Aamiin, terima kasih AO <3

      Delete
  4. Mudah2an dah pulih seperti sediakala

    ReplyDelete
  5. Allahu..sampai 20kali masuk toilet tu kira tahap sakit perut teruk tu. Mungkin silap makan atau perut tak tahan dengan makanan tu kot. Minum susu kot kot boleh baik. Takpun makan pil arang tu. semoga awak cepat sembuh dan sihat kembali. Aaaminn...

    ReplyDelete
  6. Murahnya harga ayam goreng? Uisk lama juga cirit-birit. Hehe akak pun pernah kena sakit parut sebab rasanya minum susu tidak elok memang memerut dan sekali pakej sakit kepala. Memang seksa. Rasa macam takmo makan.
    Itulah takut kalau sudah terkena kan?

    ReplyDelete
  7. budak2 jamni masih makan pil chi kit yeck aun erk? power pil ni turun temurun.. 😅

    ReplyDelete
  8. Semoga cepat sihat, bulan puasa kena kurangkan makanan pedas ketika berbuka takut perut terkejut haha

    ReplyDelete
  9. Uish, bahaya tu 20 kali. 3,4 kali je rasanya dah lembik badan

    ReplyDelete
  10. huaaa.. this is so bad! get well soon tau....

    ReplyDelete
  11. mak aaiii... sampai 20 kali dik? Aduhai...moga baik-baik saja.

    ReplyDelete
  12. ada termakan mknn expired ke? tu x mustahil boleh menyebabkan cirit birit

    ReplyDelete
  13. Jaga diri....makan jangan sebarang ye...

    ReplyDelete
  14. huuu ni yg paling risau kan..kalau skit pewot time hari biasa @ bulan biasa xpe..ni time pose..mmg menduga sungguh..tp bila terkena tu, bnykkan dri istighfar, selawat bnyk2..sntisa doa moga Allah bagi kekuatan kat diri kita utk lalui walau sbesar & skecil mana ujian DIA.. =) jaga diri tau ^_^

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)