If You Are An Aunt

If You Are An Aunt, What Do Your Niece or Nephew Call You?

If You Are An Aunt, What Do Your Niece or Nephew Call You? | Che Su. Yes che su. Su is for bongsu hehehe. Che itu sebab aku panggil arwah nenek aku pun "Che" so macam turun temurun lah, bila ada anak saudara, automatik ada che di depan. Itu untuk kaum Hawa lah. 

Tapi beza dengan kakak kedua. Kalau kakak kedua, dia jadi mak alang. Rasa pelik rasanya kalau panggil che alang? Kaum Adam panggil ayah. Ayah long, ayah chik, ayah teh. Tunggu anak saudara besar sikit, dia panggil 'Najihah' kadang kadang. Sebab apa? Sebab dengar mak mereka merangkap kakak aku panggil aku najihah, jadi mereka pun panggil nama aku sekali. 

Tak selalu pun, jarang jarang saja panggil nama aku. Sebab kalau panggil aku macam itu, nanti mereka kena bebel sebab macam tak sopan panggil mak saudara macam itu. Mak saudara bukan kawan kawan kan hehehe.

Anak kepada sepupu tu dikira apa ya? Dua pupu eh? Ke apa? Aku lemah sikit lah bahagian macam ini, tahu sepupu, tapi bila sepupu dah dapat anak, anak dia jadi macam mana dengan aku? Dua pupu ke? Tiga pupu ke? Jangan kupu kupu sudah HAHAHA. Anak kepada sepupu pun panggil che su. Memang sepupu sendiri suruh panggil che su, kita pun okey saja. As long as, tak panggil panggilan yang buruk ke teruk ke sudahlah hehehe. 

Anak saudara dah 7 orang, tapi bakal menjadi 8 orang in shaa Allah awal bulan 5 ni keluarlah dia. Baby yang ditunggu tunggu selepas 10 tahun perkahwinan, Alhamdulillah Allah bagi juga akhirnya. Lima hero dan tiga heroin. Riuhnya bila bergabung. Boleh huru hara dalam rumah! Pakej sekali dengan sakit kepala sebab buas dia tak boleh bawa berbincang HAHAHA. Suara pun boleh jadi macam suara ella! 

Tapi kalau bagi telefon, barulah senyap. Tapi itulah, bagi gadget memang lah senyap tapi tapi tak ada komunikasi lah antara satu sama lain, dah duduk hadap telefon sepanjang hari. Lepas itu masing masing awkward bila dah besar. Kan? So macam mana dengan kalian? Apa panggilan yang anak saudara kalian panggil? Mind to share?

Nota jemari: Ada yang bahasakan diri as mama, mommy, dan sebagainya kan dengan anak saudara. Rasa macam comel pulak hehehe

34 comments

  1. nice sharing... dah lama tak jumpa anak2 sedara, yang jumpa pun sekejap jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, saya pun dah lama takkk jumpa. Duduk jauh jadi susahlah sikit kan nak berjumpa.

      Delete
  2. of course la uyum panggil "nina" je hahahah terasa muda sentiasa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA memang sentiasa muda sebab tak ada panggilan Makcik atau Aunty di depan :P

      Delete
  3. Akak anak sulung panggil Mak Long.
    Samalah pening apabila budak-budak balik, rumah berkecah macam tongkang. Hendak jalan kena hati-hati takut terpijak Lego

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak NA, riuh betul kalau diorang datang rumah, yang tak ada sakit kepala boleh sakit kepala hahahaha

      Delete
  4. Naniey bahasakan diri as mommy. hehe.. bile berkumpul kat rumah nenek habis ruang tamu.. nak berebut mainan ke apa gasaklah kat situ. belajar sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel bahasakan diri as mommy. Rasa macam mak kandung pulak tapi mak sedara yang sebetulnya hehehe

      Delete
  5. Nama panggilan untuk Sha kalau belah suami Mak Uda.. Belah Sha pula Mak Yang.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbeza panggilan sebab berbeza kedudukan dalam adik beradik kan kak sha? Hehehehe

      Delete
  6. anak buah akak panggil maklong, belah akak... belah suami panggil mokde

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbeza panggilan sebab based on kedudukan dalam adik beradik kan kak dana? Hehehehe

      Delete
  7. Anak-anak buah panggil kak PC ummi. Kalau anak-anak sepupu kakim PC panggil maklong.

    ReplyDelete
  8. anak-anak buah panggil mak long. anak2 sepupu pun sama, akak bahasakan diri mak long jugak..tak reti lah nak pnggil pnggilan apa kalau anak2 kepada sepupu. so guna je lah gelaran yang sama. senang. tak pening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kann, pakai je gelaran sama, tak pening pening.

      Delete
  9. Anak adik beradik sendiri panggil ucu. Kalau anak anak sepupu tu anak saudara. Budak budak ni kadang suka terikut panggilan orang dewasa. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ucu sebab bongus kan hehehe, comel la panggil ucu, tak tua lah kak fizah :P

      Delete
  10. Anak-anak sedara panggil Atam. Tapi kalau sedara jauh panggil Mak Long. Nak cerita nape ada 2 nama nanti kena buat entry. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah kena buat entry ye kak sal, nanti saya tunggu kak sal ceritakan hahaha :D

      Delete
  11. yaya bongsu jadi memang panggil maksu yola..hehe xramai nak buah pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita bongsu, yang beza mak dengan che je hehehe

      Delete
  12. Mak Long, Mak Yong, Yong ... ikut pelat mulut masing-masing 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha comel je "ikut pelat mulut masing masing" :D

      Delete
  13. achik!!! hahaha suka betul dengar dorang jerit panggil nama chik chik amam jum...hahaha
    rindu betul nak dengar suara dorang jerit2
    tapi bila depan mata, ya Allah serabut naudzubillah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah asal achik je ajak amam.
      Betull! Bila depan mata rasa serabut, tapi bila lama tak jumpa, rasa rindu!

      Delete
  14. Anak-anak buah panggil kita aunty heheheee.

    ReplyDelete
  15. akak anak sulung so anak² buah panggil IWA.. anak buah belah husband plak panggil MAKWA.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur takk makwe, tapi wa tu stand for apa ye kak mim?

      Delete
  16. Tak ada anak sedara lg nasib ada anak sendiri dh 😆😆

    ReplyDelete
  17. Kalau belah mama dipanggil Qhala
    Belah Ba dipanggil Massi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh Qhala dan Massi, menarikk! Lain daripada yang biasa dipanggil :D

      Delete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)