Pelajar Dipaksa Calit Kemaluan?

Pelajar Dipaksa Calit Kemaluan? | Kontroversi tak tajuknya? Harap harap tak ada yang salah faham. Baru baru ini viral di sosial media apabila ada seseorang wanita yang meminta pendapat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al Bakri. 

Ia berkenaan isu yang agak sensitif iaitu isu ada sesetengah sekolah yang memaksa pelajar perempuan membuktikan bahawa dirinya sedang haid (period).

Menurut wanita tersebut, sekolah yang melakukan perkara sedemikian meminta pelajar perempuan untuk mencalit kemaluan dan kemudian ditunjukkan kepada pengawas atau guru. Perkara ini dibuat setiap kali pelajar memberi alasan mereka tidak dapat bersolat. 


Menurut Mufti Pulau Pinang iaitu Wan Salim Wan Mohd Noor memberitahu dan menjelaskan bahawa sesiapa pun tidak wajar memalukan seseorang dengan memeriksa bahagian sulit individu tersebut.

Setiap orang mempunyai maruah diri yang wajib dihormati oleh orang lain termasuklah hak menutup bahagian bahagian sulit tubuh mereka daripada dipertontonkan oleh orang lain.

Agama Islam sendiri melarang keras umatnya melihat aurat orang lain walaupun dengan alasan untuk melaksanakan kewajipan yang dituntut seperti menghalang seorang pelajar perempuan daripada berdalih untuk meninggalkan kewajipan solat.

Baca sini: Astro Gempak


Berdasarkan pengalaman aku masa sekolah menengah, aku pernah berdepan dengan situasi macam ini. Tapi bukan aku yang diperiksa. Pelajar pelajar perempuan yang dipaksa tunjuk bukti mereka sedang haid adalah batch aku dan memang aku kenal.

Mostly yang diperiksa itupelajar perempuan yang agak nakal. Biasalah zaman sekolah menengah kan, ada yang nakal, ada yang baik dan sebagainya. Biasanya yang terpilih untuk diperiksa ini ialah muka muka yang kerap sangat tak boleh solat.

Ada saja yang period masa itu tapi tak diperiksa pun oleh ustazah. Yang period dan tak perlu diperiksa semua pakat tengok apa yang berlaku masa itu termasuklah diri aku. 

Jadi pelajar perempuan yang terpilih diperiksa oleh ustazah beratur depan tandas yang ada berdekatan dengan surau sekolah, semua tunggu turn nak calit dan tunjuk kepada ustazah. 

Bila memang terbukti pelajar perempuan tersebut sedang period, ustazah lepaskan dan suruh duduk di luar surau sementara tunggu aktiviti di dalam surau selesai. 

Yang kantoi menipu, tak pasti dikenakan tindakan apa. Mungkin dipanggil ke bilik disiplin sekolah. 

Ada yang raba sebab nak rasa ada pakai pad ataupun tidak. Kalau period mesti pakai pad kan? Jadi yang tak pakai mungkin menipulah. Tapi kalau ada yang pakai panty liner saja macam mana ya? Mungkin period dah nak habis, jadi pakai panty liners sahaja.

Pada pendapat kalian? Perkara ini wajar atau tidak wajar?

Pada pendapat aku, perbuatan ini tidak wajar. Ya tahu ustazah buat semua ini untuk membuktikan bahawa pelajar perempuan yang terbabit tidak menipu semata mata malas bersolat. Tapi itu masih salah.

Ya, solat itu wajib. Aku tak kata solat itu tak wajib. Kita memang sedia maklum bahawa solat itu tiang agama. Tiang tak kukuh, robohlah rumah. Begitu juga dengan solat. Tak solat, sia sia sajalah kita hidup selama ini.

Tapi tak perlulah sampai suruh pelajar mencalit kemaluan mereka semata mata untuk membuktikan mereka period. Ada banyak cara lain lagi contohnya sediakan buku period.

Masa aku tingkatan 4, aku pindah ke sekolah teknik. Duduk di asrama. Memang ada disediakan buku period. Tulis nama dan catat bila kita start period sampai habis period. 

Memang buku itu dipantau oleh warden asrama. Warden akan check senarai nama pelajar, dan panggil pelajar yang period berbelas belas hari. Warden akan bertanya soalan berkaitan period, dan kalau lebih 15 hari, dah dikira istihadah. 

Tak ada pula warden nak suruh calit dan tunjuk kepada dia. 
Tak ada pula warden nak raba raba semata mata nak tahu pakai pad ataupun tidak. 

Jadi pendapat kalian macam mana? Marilah kongsi pendapat sama sama :)

20 comments

  1. Ermm smp mcm tu sekali.. Adoii kita yg bc ni pun dh rs geli.. Apatah lg nk tjuk darah kat org.. Adoii.. X patut la.. Ustazah plk tu, dia patut tahu kot mcm x elok nk tjuk mende tu.. Ish x paham sungguh

    ReplyDelete
  2. Wow.. Entry ini mengundang trauma zaman sekolah. Hahaha. Akak sekolah harian je, memang ustazah akan tanya bila masuk waktu solat asar, tapi takdela sampai tahap check. Cuma bila diorang tahu kat luar kita freehair, syak tu lebih sikit.

    ReplyDelete
  3. Hurmmm....baru nak sedar ye. Kelakar sebab berzaman hal ni diamal, sekarang baru nak aware. Dah berlalu sudah zaman tu. gitu jelah nya...memang tak wajar...

    ReplyDelete
  4. Tak tahu la nak komen macam mana. zaman k.naniey dulu ustazah raba nak tengok pakai pad ke tak. Nasib baik k.naniey tak pernah kena benda2 macam ni.
    Kalau calit2 ni tak perlu la. memalukan je. Yang tengok tu sanggup ke nak tengok darah. Haish..

    ReplyDelete
  5. Memang tak patut lah kes macam ni berlaku dan drag sampai sekarang. Mujur sekolah saya dulu tak ada hal macam ni. cuma strict bab kain dalam, baju jarang dan tudung labuh sikit tu je lah.

    ReplyDelete
  6. Zaman akk dedulu Ustazah sekadar bertanya & nasihat jer. Kalau murid tu menipu itu antara dosa dia dengan Allah. Sebabnya bukan budak kecik lagi nak diketuk nak kena disuruh bagai. Udah besar & udah baligh dah pon. Tapi kalau sampai nak calit-calit ni memang tak patut lah pada akak. Kalau akak...akak pon tak hengen nak tengok.

    ReplyDelete
  7. Rasa macam kurang elok pula caranya.

    ReplyDelete
  8. Rasanya tak perlu sampai macam tuh sekali, maruah dan aurat pelajar muslim perempuan perlu dijaga.

    ReplyDelete
  9. Tak perlu sampai calit tunjuk bukti period. Kira mengaibkan pelajar perempuan itu. Sian kat dia. Pasti dia akan simpan memori tak best ini hingga akhir hayat dia. Sib baik masa saya sekolah dulu, tak pernah kena macam ini :)

    ReplyDelete
  10. geli le pulak, nak tunjuk darah haid kt orang lain..huhu..too extreme..

    ReplyDelete
  11. wak yg xde kena pon rasa calit mencalit ni dh mcm jatuhkan maruh je kann., huhuhu

    ReplyDelete
  12. bc entry ni trs teringat zmn dok asrama dulu. bla didapati ramai x puasa, siaplah kena spot check. plg sy x lupa kena tunjukkan pad yg beradarah tu. serius! ni berlaku dulu. bezanya x viral je sbb xde hp hehehe

    ReplyDelete
  13. Sekolah akak dulu ada, dia raba, check pakai pad ke tak. Tapi, takdelah suruh calit, tunjuk darah. Tak wajar, pada pendapat akak.

    ReplyDelete
  14. tak pernah ada pengalaman camni sebab tak sekolah asrama..tapi macam tak wajar la jugak nak buat gitu...tapi agaknya ustazah tu pun dah geram sebab budak2 nakal ni dia takut saja2 nak tinggalkan solat agaknya...

    ReplyDelete
  15. Tak ada lah ustazah zaman sekolah rendah dgn men nk bt sampai mcm tu sekali. Seram pulak yg alami

    ReplyDelete
  16. Kak Amie dulu duduk asrama. Memang pernah dengar ada kawan kena raba nak pastikan pakai pad atau tidak sebab tak turun musolla untuk solat jemaah. Warden buat begitu sebab memang ada yang sengaja tinggalkan solat. Yang calit tu tak adalah.

    ReplyDelete
  17. Uiii tak perlu la sampai macam tu sekali... Geli tu nak suruh calit dan tunjuk darah...

    ReplyDelete
  18. calit? euiii. xpenahhhh laa. check period ke takk tuu biasa laaa. kadang2 budak2 tuuu nak lari dari solat.. sibuk cakap datang bulan.. part calit darah niii mmg geli laaa cite dia,,..

    ReplyDelete
  19. Wadaw,,, bahaya banget tuh,, perlu ditindak lanjuti

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)