Korean Drama: Prison Playbook

Korean Drama: Prison Playbook

Korean Drama Prison Playbook | Drama bersiri yang menggambarkan kehidupan tahanan dan juga kakitangan di penjara. Sebuah drama yang bergenre komedi dan ditayangkan pada 22 November 2017 hingga 18 Januari 2018. Dibintangi oleh Park Hae Soo, Jung Kyung Ho, Krystal, Lim Hwa Young dan ramai lagi.

Info drama:
  • Tajuk: Prison Playbook
  • Pengarah: Sin Won Ho
  • Penulis: Jung Bo Hoon
  • Network: tvN
  • Episode: 16
  • Tarikh tayangan: 22 November 2017 hingga 18 Januari 2018
  • Negara: Korea Selatan
Sinopsis
Je Hyeok (Park Hae Soo) adalah seorang best relief pitcher di Korea. Dia akan pergi ke United States untuk menandatangani kontrak dengan pasukan liga utama. Pada suatu malam, dia terdengar suara adiknya menjerit meminta pertolongan dan melihat seorang lelaki berlari keluar dari apartment adiknya. 
Je Hyeok dan lelaki tersebut bergaduh dan Je Hyeok memukul lelaki itu dengan menggunakan batu. Atas kesalahannya itu, Je Hyeok diberi hukuman penjara 1 tahun kerana menggunakan kekerasan yang berlebihan. 
Sementara itu, rakan Je Hyeok iaitu Joon Ho (Jung Kyung Ho) bekerja sebagai seorang pegawai di penjara dan dia menantikan kehadiran Je Hyeok di penjara.
Macam biasa, recommended! Drama Prison Playbook ini tersangatlah underrated tapi sebenarnya drama ini sangat sangatlah best! Walaupun genre komedi, tapi banyak unsur unsur pengajaran yang ada dalam drama ini. Boleh release stress tengok drama ini tapi ada juga scene-scene sedih yang sampai menitiskan air mataku begitu hehehe.

Boleh tengok macam mana kehidupan seorang tahanan semasa di dalam penjara. Seludup itu ini, rasuah pegawai penjara, pukul sana sini dan banyak lagi. Tapi ini kisah seorang tahanan berdasarkan negara di Korea Selatan. Kalau di Malaysia mungkin sama? Ataupun mungkin berbeza? 

Dalam drama ini, ada yang jahat jadi baik. Yang dah keluar penjara, masuk penjara balik sebab dia tak ada sesiapa di luar penjara. Sebatang kara. Yang dia ada hanyalah kawan kawan disebalik tirai besi.

Pegawai penjara tu tersangatlah baik. Tak makan rasuah! Tak semua orang jahat kan, masih ada yang mempunyai hati nurani kan? Rasa nak tengok balik lah lepas post drama ini, serious memang best! Tak tahu kenapa underrated, mungkin sebab pelakon-pelakon bukan kegemaran ramai? Rasanyalah hehehe.

Korean Drama: Prison Playbook
Korean Drama: Prison Playbook
Korean Drama: Prison Playbook

18 comments

  1. Cerita Korea kalau dalam prison mesti best punya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tak dapat dinafikan memang best kalau drama dalam prison :D

      Delete
  2. Menarik!! tp mcm xde tgk kt netflix...

    ReplyDelete
  3. ada baca jugak beberapa blog yang kata drama ini best, tapi akak was-was cumanya bila baca kat sini terus rasa nak tengok... akak suka layan drama komedi dari drama cinta...
    best tengok gaya penjara mereka, sebab macam duduk dalam 1 bilik yang ada macam-macam kelengkapan bukan duduk dalam tempat penjara yang biasa kita tengok di malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tau kak dana, nanti akak try tengok dulu hehehe.
      Samalah, saya pun lagi suka layan drama komedi daripada drama cinta.

      Delete
  4. Kehidupan dalam penjara tu sendiri sebuah cabaran.. Seronok tengok diorang beradaptasi antara satu sama lain.. Hubungan ibarat adik beradik dan saling menerima.. Tapi ending dia tu.. sakit hati tau..

    ReplyDelete
  5. pernah tengok episod 1 lepastu lupa nak sambung haha nanti layan balik lah sebab ramai yang recommend drama ni

    ReplyDelete
  6. mmg best..tak sangka Paeng tu baik..selalu berlakon jd jahat je..
    mcm best je penjara dlm drama ni..siap ada tv..biiik pun besar..hehe..

    ReplyDelete
  7. jalan cerita sangat menarik. korea drama mmg best best sebab selalu cerita lain daripada lain. ada di netflix kan kak. nanti nak tgk la. hihi

    ReplyDelete
  8. Wow boleh la masuk list mama suka genre komedi

    ReplyDelete
  9. alamak!!!! ada Jung Hae In laaaa. adoiiiii handsomeeee terukkkkk. hahahaha

    ReplyDelete
  10. Wow menarik jln cerita.. bila agaknya boleh tgk hahaha. Adoi

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)