Zakat Fitrah | Ya zakat yang wajib di bayar di bulan Ramadhan al Mubarak. Alhamdulillah sudah selesai bayar zakat fitrah pagi tadi. Walaupun aku masih belum bekerja, tapi duit elaun yang abang kedua aku bagi setiap bulan, aku gunakan sedikit untuk membayar zakat fitrah bagi diri aku.
First time aku bayar zakat fitrah untuk diri sendiri tahun ini. Kebiasaannya abang kedua ataupun ayah aku akan bayarkan. Tapi tahun ini, aku cuba bayar sendiri. Tak mahal pun, dalam RM 7.00 sahaja.
Cara nak bayar pun senang dan mudah. Seperti sebutan ABC dan Alif Ba Ta hehehe. Aku bayar online sahaja melalui e-zakat Online MAIDAM. Senang betul proses pembayarannya, cuma isi maklumat diri dan bayar melalui bank pilihan kita. Tak sampai lima (5) minit sudahpun selesai.
- Zakat fitrah ialah zakat yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat syarat yang ditetapkan.
- Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya atau keluarganya atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas matahari terbenam akhir Ramadhan.
- Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri Negeri.
- Wajib: Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari Satu Syawal
- Afdal: Sebelum solat Hari Raya
- Sunat: Sepanjang bulan puasa
- Makruh: Selepas solat Hari Raya sehingga matahari terbenam Satu Syawal
- Haram: Selepas terbenam matahari Satu Syawal
alhamdulillah selesai dah berzakat :)
ReplyDeletealhamdulilah dahhh bru jaaa buat masa awal ramadhan :)
ReplyDeleteBagus juga bayar sendiri.
ReplyDeleteWak bayar zakat kepada amil aje
ReplyDeleteAlamak...akak belum lagi..biasa bayar zakat kepada amil je...esok insyaallah akak nak pi bayar...
ReplyDeleteAyah akak still insist nak bayarkan zakat even though akak n adik pompuan dah keje. So layankan je as long as dia hepi. Kalau tak nanti keluar ayat drama Melayu rashid sibir. Adoi
ReplyDeletekat johor zakat fitrah kena bayar ikut jenis beras yg kitorg makan.. huhuhu
ReplyDeleteNak kena ingatkan encik suami pasal zakat fitrah ni, takut terlupa.
ReplyDeleteAlhamdulillah. selesai satu kewajipan :)
ReplyDeleteAlhamdulillah dah selesai dah ye Atiqah..
ReplyDeleteK.Naniey belum lagi ni.
Akak belum lagi ni. Insya-Allah akan diuruskan minggu ni 😊
ReplyDelete