Amalan untuk Perempuan yang Haid untuk Mendapat Pahala Lailatul Qadar.
"Ruginya period di 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Tak dapat nak beribadah untuk mencari malam Lailatul Qadar."
Jangan risau, walaupun kita tengah berhadas besar, masih ada amalan yang boleh dilakukan untuk mendapat pahala Lailatul Qadar.
- Berdoa dan berzikir.
Kita boleh berdoa dan berzikir tanpa henti. Perbanyakkan berdoa dengan apa sahaja doa kebaikan dan juga berzikir seperti bertahmid, bertasbih, bertakbir, bertahlil dan sebagainya.
- Mendengar al Quran.
Tak ada masalah untuk seseorang wanita yang tengah berhadas besar untuk mendengar al Quran. Walaupun tidak boleh membaca al Quran, tapi kita masih boleh mendengar alunan merdu surah daripada al Quran. Mendengar al Quran pun merupakan satu ibadah dan salah satu cara mengambil manfaat daripada al Quran.
- Menuntut ilmu.
Menuntut ilmu khususnya fardhu ain merupakan ibadah yang utama. Bahkan ia lagi afdal berbanding solat sunat. Cara untuk menuntut ilmu ketika berhadas besar, kita boleh membaca, mendengar kuliah atau ceramah ilmu.
Lagi satu, menyediakan juadah sahur kepada orang yang berpuasa turut menghasilkan pahala ibadah pada malam Lailatul Qadar.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang mempersiapkan (peralatan) bagi mereka yang berperang, dia juga dianggap telah pergi berperang. Dan sesiapa yang menjaga kebajikan keluarga seseorang yang pergi berperang, dia juga telah dianggap pergi berperang.'
Apa sahaja ibadah yang tidak disyaratkan bersih dari haid yang dilakukan, yang tidak disebutkan dalam beberapa contoh di atas, maka ia akan menghasilkan pahala beribadah pada malam Lailatul Qadar.
Sumber: Muhammad Fahmi
hari hari sedaiakan sahur untuk umat dalam rumah ni
ReplyDeleteAlhamdulillah, simple amalan yang boleh dilakukan untuk dapat pahala.
Deleteamin amin.... bila la dapat rezeki tgk mlm lailatulqadar
ReplyDeleteKannn, semoga kita semua dapat bertemu malam Lailatul Qadar kan kak ret.
DeleteAlhamdulillah.. walaupun cuti puasa, masih boleh mengejar malam Laialatul Qadr
ReplyDeleteBetul tu kak fiza, walaupun cuti tapi banyak amalan yang boleh dilakukan untuk kejar malam Lailatul Qadar :)
DeleteAlhamdulillah. Terima kasih perkongsian.
ReplyDeleteSemoga bermanfaat :)
Deletekalau sediakan makanan utk org berpuasa pun dpt pahala jg kan?
ReplyDeleteDapat :)
DeleteSemua amalan yang baik dilakukan dikira mendapat pahala.
Terima kasih, share ye, Atiqah. Akak hari-hari bangun sediakan sahur, walau hari uzur. Zikir sambil bawa kereta pun boleh. Tak payah buka radio. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, walaupun simple je, bangun dan sediakan sahur pun dah boleh dapat pahala kan kak nur :)
DeleteAlhamdulillah, masih banyak yang boleh dilakukan oleh wanita yang uzur sepanjang fasa terakhir Ramadan ini 😊
ReplyDeleteNasib baik sudah lepas uzur. Kira dapat solat waktu malam Qadr. Tapi memang waktu uzur akak banyakkan doa waktu mustajab.
ReplyDeleteMarilah berdoa mudah-mudahan kita bakal bertemu dengan malam lailatul qadar.
ReplyDeleteAlhamdulilah,dapat pahala jugak yee qalau menyediakan sahur tuu. Best tuu 😆
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Walaupun ABC tetap dapat mengutip pahala..
ReplyDeleteNice sharing AN
ReplyDelete