Perkongsian daripada Adnin Roslan.
Sebagaimana kita sedia maklum dengan isu isu semasa yang sedang berlaku, di bumi Palestin sedang berlaku pertempuran antara Briged Al Qassam dan Yahudi laknatullah. Ramai yang takut bila berlaku pertempuran antara Palestin dan Israel, dan Palestin menang, kiamat semakin menghampiri kita semua. Tapi betul ke, kalau Palestin menang, kiamat dah dekat?
Menurut Adnin Roslan, sekarang ini musim orang ramai bermain sentimen dan ramalan tentang hari kiamat. Terlampau banyak mesej berantai, ceramah agamawan yang mengaitkan virus Covid19 dan isu Palestin ini dengan petanda hari kiamat dan kemunculan Dajjal.
Ya, kiamat memang sudah menghampiri kita.
Dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi baginda sudah berpesan bahawa kiamat memang sudah dekat. Tapi Nabi s.a.w sendiri tidak pernah tahu bila dunia ini akan kiamat. Hatta malaikat sendiri pun tidak tahu bila akan kiamat. Hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui.
Perhatikan firman dibawah:
Jelas Allah sebut dalam Al Quran, alih alih wujud orang yang sesuka hati meramal bila dunia ini akan kiamat. Para ulama' menentang perkara ini adalah kerana apabila kita meramal bila kiamat akan berlaku, akan wujud dua golongan iaitu:
Golongan awal yang akan malas beramal dan berterusan membuat maksiat dengan alasan "nanti dah nak kiamat, aku bertaubatlah."
Dan
Golongan kedua pula ialah golongan orang yang mudah putus asa, takut, anxiety yang mana mereka akan kata "takutnya kiamat, malaslah nak kerja, malaslah nak belajar, malaslah nak kahwin, sebab kiamat sudah dekat, duduk rumah dan masjid sajalah."
Nabi s.a.w ajar dalam satu hadis iaitu bila dah kiamat dan di tangan kamu masih ada benih, maka Nabi s.a.w suruh tanam benih tersebut. Maksudnya, Nabi s.a.w. nak suruh kita beramal bersungguh sungguh walaupun kiamat sudah dekat.
Nabi s.a.w bersabda:
Hikmah kiamat dirahsiakan adalah sama dengan hikmah Allah rahsiakan kematian kita semua. Hikmahnya adalah agar kita sentiasa bersedia.
Kembali kepada tajuk:
Betulkah kalau Palestin menang, kiamat sudah dekat?
Kiamat memang sudah hampir, dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi, nabi s.a.w. bersabda
"Jarak diutusnya aku dan hari kiamat seperti dua jari ini (jari telunjuk dan jari tengah) HR. Bukhari
Bila berlakunya kiamat? Wallahua'alam...
Kalau Palestin menang kali ini, ia bukanlah tanda besar kiamat.
Tanda besar kiamat ialah kemenangan islam secara TOTAL iaitu umat Islam bersama sama Imam Mahdi dan juga Nabi Isa a.s. yang akan membunuh Dajjal dan semua orang yahudi.
Hatta, orang yahudi yang bersembunyi dibelakang batu atau pokok sekalipun, batu dan pokok tersebut akan berkata kata bahawa ada orang yahudi dibelakangnya. Dan akhirnya, orang yahudi tersebut akan dibunuh.
Tugas kita ialah beramal, berdakwah, lazimi majlis ilmu, berakhlak, memberi manfaat untuk orang, membantu saudara Islam yang memerlukan, beribadah dan membuat persiapan untuk mati.
Kerana akhirnya, kematian itu hakikatnya satu kiamat juga pada diri kita sendiri.
Dan bila bila masa sahaja kematian itu boleh datang.
Wallahua'lam.
Jangan lupa, doakan untuk saudara saudara kita yang berada di Palestin, Syria, Ughyur dan juga kepada semua umat Islam.
Allahuakhbar
ReplyDeleteThank you share, barulah faham sekarang ni.
ReplyDeleteterima kasih berkongsi...
ReplyDeletebagi sy laa... sama ada palestin mng atau tak... ya betul kiamat mmg dekat dgn kita. cuma kita je tak rs yg kiamat tu tu dekat. kalau ms nabi hidup, nabi dah berbicara fsl kiamat, jd tak usahlah terkejut kalau kiamat semakin mendekat. cuma kita jelah... dah bersedia ke belum nak hadap kiamat ni?
Terima kasih berkongsi..
ReplyDeletesemoga kita semua akan terus memperbanyakkan amal sebagai bekal di akhirat..
syukran for sharing..
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi, sesungguhnya percaya kepada hari kiamat itu adalah Rukun Iman.
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian...
ReplyDeleteAllah maha besar maha mengetahui segalanya. Perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Walaupun kita tahu ada tanda-tandanya, itu mengingatkan kita untuk terus menambah amalan kebaikan dan sentiasa bersedia. Semoga saudara kita disana terus kuat dan mencapai kemenangan jugak. Aaamin...
ReplyDeleteKiamat memang hampir tidak semestinya ketika Palestin menang.
ReplyDeletetak suka dengan orang yang suka sebar sesuatu yg tak pasti, buat orang takut waluapun niatnya baik....
ReplyDeleteAllahu Akbar. Mari berpegang kepada rukun Islam dan rukun iman.
ReplyDeleteApa yang sudah tertulis di al-Quran mestinya benar, cuma kita tak tahu bila waktunya tiba. Apa yang penting kita perlu saling memperingati terutama ahli keluarga untuk terus beribadat kepada Allah SWT.
ReplyDeletePada akak, tak perlu fikir bila. Baik kita buat persiapan masing-masing.
ReplyDeletefollow here..semoga palestin diberi kemenangan..
ReplyDeleteThank for sharing Atiqah. Ada juga tengok video2 berkaitan dengan kiamat ni.
ReplyDeleteGeram tul la bila baca ttg serangan Israel terhadap Palestine ni. Lagi rasa sedih sbb negara2 Islam lain cuma berdiam aje. Arrghhh!
ReplyDeleteP.S. Jom join GA yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.
http://www.zukidin.com/2021/05/happy-birthday-giveaway-by-abam-kie.html
Save Palestin. Doa buat saudara-saudara kita di sana.
ReplyDeleteApa pun yang bakal terjadi kepada mereka, bukan alamat kiamat atau tidak. Kita ni sebagai 'yang percaya' perlu sentiasa bersedia.
pernah baca gak pasal ni..seramnyaaa lahaiii
ReplyDeleteKiamat semakin dekat bila tiba pandemik covid ni iaitu kiamat kecil. Kena siap sedia
ReplyDeleteTanda-tanda kecil dah banyak. Cuma yang besar belum muncul lagi.
ReplyDelete