Contract Staff Sempena Hari Raya Aidilfitri di KFC | Apa macam tajuk post entri kali ini? Biar betul aku dah mula bekerja? Hehehe.
Alhamdulillah, aku diterima bekerja sebagai contract staff di Kentucky Fried Chicken atau biasa kita panggil KFC.
Alkisahnya bermula apabila aku ternampak iklan KFC mencari pekerja sempena Hari Raya Aidilfitri bila aku siap membeli di KFC. Belikan snack plate untuk kakak kedua aku sebelum dia bersalin tempoh hari.
Keluar pintu, nampak iklan ditampal di pintu kaca KFC. Apalagi, terus ambil gambar. Fikir punya fikir, 06 May baru aku whatsapp person in charge untuk pengambilan pekerja ini.
Aku ambil masa 5 hari untuk berfikir sama ada nak bekerja ataupun tidak 😂 Pengalaman bekerja di McD beberapa tahun yang lepas terimbau kembali HAHAHAHA.
Baca disini: Pengalaman Bekerja di McD Bahagian 1
Dan juga disini: Pengalaman Bekerja di McD Bahagian 2
Dan dan disini juga: Pengalaman Bekerja di McD Bahagian 3
Aku whatsapp person in charge pukul 4.25 petang, dan dalam masa dua saat, person in charge dah reply whatsapp aku. Laju betul!
Dan hari khamis malam Jumaat, aku telah selamat ditemuduga oleh manager di KFC. Aku pergi lepas berbuka dalam pukul 9 malam macam tu. Temuduga pun biasa biasa sahaja. Lebih kepada briefing skop kerja di KFC nanti.
Ahhhhhhhhhhhh! Nervous! Poyo kan? Hahahaha. Aku dah lama tak bekerja, jadi macam ini lah. Nervous, takut, sakit perut dan macam macam lagi. Padahal ini bukan pekerjaan pertama aku.
Aku akan start bekerja bermula 10 May iaitu pada hari ini sehingga 20 May. 11 hari sahaja hehehe. Jadi nanti aku busy dan tak sempat nak blogwalking setiap blog untuk selama 11 hari. Tapi aku akan usahakan juga untuk buka blog setiap hari walaupun sekejap. Harap harap aku larat lagilah untuk blogwalking hahaha.
Aku dengan pekerjaan yang berunsurkan fast food restaurants memang tak boleh dipisahkan kan? Hahahaha. Dulu McD, dan sekarang KFC. Tak apalah, janji cari rezeki yang halal. Bukannya buat pekerjaan yang haram kan hehehe.
Lepas ini nak kena cari tshirt putih, kasut hitam dan stoking hitam. Raya pertama dan kedua dibenarkan memakai baju raya tapi ya Allah susahlah nak buat kerja kalau pakai baju kurung. Nak bergerak ke sana ke sini dalam keadaan laju mungkin agak terbatas kan?
Tapi boleh saja kalau nak pakai tshirt putih, tak ada masalah. Tapi bak kata manager masa temuduga tempoh hari, nak terasa suasana hari raya, nak nampak comel masa hari pertama hari raya, elok pakai baju raya hehehe.
Okay kawan kawan bloggersku sekalian, wish me luck! 😛
Nota jemari: Nak kena ingat menu KFC lah lepas ini 😆
Kerja waktu raya. Hehe. Kutip pengalaman di KFC.
ReplyDeleteHehehe haah kutip pengalaman di KFC pulak, haritu di McD :D
DeleteWah rezeki nak raya ni hehehe..
ReplyDeleteSelaamt bekerja tiqah.. Jgn noti2 eh.. Eh eh kfc area mana tu?
Boleh la kak ret kerja 11 hari hehehe daripada terperap dalam rumah tak buat apa kan hahaha.
DeleteBaikk! Kita behave je! Hehehe. Kfc area rumah je, nak pergi jauh jauh susah sebab tak ada transportation :')
Selamat bskerja . Pengalaman kerja dihari raya seronok juga tau
ReplyDeleteThank you CCL. Haah memang seronokkkk kerjaa time raya sebab kita tak beraya mana punn hehehe.
DeleteOh, boleh ya kerja 11 hari sahaja.. anw, selamat bekerja, kerja comel2 okey
ReplyDeleteBoleh je Sk sebab contract staff untuk hari raya je. Thank youuuu Sk! :D
DeleteAlhamdulillah..Tahniah Atiqah. Selamat berkerja & take care.
ReplyDeletePakai baju raya nanti ambil mood raya ye :)
Thank you kak fiza! Itulah, kena pakai baju raya jugak ni first raya biar ada mood raya :D
DeleteAlhamdulillah!! good luck ya !
ReplyDeleteThank youuuu alot atie! :)
DeleteRezeki tu alhamdulillah . Lepas ni boleh la makan kfc
ReplyDeleteAlhamdulillah rabia, rezeki kutip pengalaman di kfc pulakk hehehe.
DeleteGood luck Atikah...rezeki jangan ditolak...at least gain extra money kan
ReplyDeleteThank youuuu kak SA! Betul tu kak SA, gain extra money and new experience di kfc. Haritu di mcd hehehe :D
DeleteSelamat bertugas, Atiqah. Selamat mengumpul pengalaman. Jangan lupa jaga diri baik-baik ya.
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat bekerja tikah. Asalkan dpt income halal pun dh kira bagus. Masih ramai yg tak bekerja masa pkp ni. Pengalaman lebih berharga
ReplyDeletealhamdulillah.. 👍👍👍
ReplyDeletewah keren kerja di kfc, sering makan paha dong hihi
ReplyDeleteSelamat bertugas ye, Atiqah. Seronoknya, hari-hari la makan keepci. Hehe..
ReplyDeleteSelamat bekerja ye. Alang-alang tak boleh raya, baik kerja kan boleh cari duit sampingan
ReplyDeletewah.tahniah..goodluck . :)
ReplyDeleteWow, tak pernah try kerja camnih..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. cari pengalaman kan Atiqah..
ReplyDeleteMenarik ni kumpul pengalaman banyak2 tau!
ReplyDelete