"Digalakkan untuk memakai double face mask dan face shield jika berada di tempat-tempat berisiko tinggi seperti di hospital. Di tempat awam tidak perlu memakai double face mask tapi wajib memakai face mask" - Director General Dr. Noor Hisham Abdullah
Baru perasan, akaun rasmi twitter milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dah tutup ruangan komen. Terlampau banyak komen negatif yang diterima sampai terpaksa ditutup ruangan komen.
Okay berbalik kepada tajuk iaitu double face mask. Hanya wajib dipakai double face mask dan juga face shield jika berada di kawasan yang berisiko tinggi seperti di hospital. Tapi kalau berada di kawasan yang tidak berisiko tinggi, hanya wajib memakai face mask sahaja.
Nak pakai double face mask pun tidak mengapa, tak ada masalah. Extra precaution orang cakap :)
Perkongsian daripada Doktor Nimelesh, sekiranya anda ingin memakai double face mask, anda mestilah:
- Menggunakan topeng kain yang mempunyai pelbagai lapisan kain / Use a cloth mask that has multiple layers of fabric
- Pakai topeng muka pakai buang dibawah topeng kain tersebut / Wear a disposable mask underneath a cloth mask
- Topeng kain harus menolak tepi topeng pakai buang ke wajah anda / The cloth mask should push the edges of the disposable mask against your face
- Pastikan anda dapat melihat dan bernafas dengan mudah / Make sure you can see and breathe easily
JANGAN LAKUKAN PERKARA INI / DO NOT DO THIS
- Jangan gabungkan dua topeng muka pakai buang anda. Topeng pakai buang tidak dicipta untuk dipakai dengan ketat dan memakai lebih daripada satu tidak akan membantu / Do not combine two disposable face mask. Disposable masks are not designed to fit tightly and wearing more than one will not improve fit
- Jangan gabungkan topeng muka KN95 dengan topeng muka yang lain. Sekiranya anda menggunakan topeng muka KN95, gunakan satu sahaja pada satu masa tertentu / Do not combine KN95 mask with any other mask. If you use KN95, use only one at a time
Tq for sharing dik :)
ReplyDeleteSama sama, semoga membantu :)
Deletekesian kan KKM asik kena kecam sampai terpaksa tutup komen
ReplyDeletevirus covid sekaarang makin dahsyat sampai kena 2 layer mask dah, haihh
Itulah, terlampau ramai mengecam, sampai kena tutup ruangan komen.
DeleteKannn, memang dah teruk sangat dah sampai disarankan pakai double face mask ni :')
Tq sharing dik baru betul2 paham... nak pegi klinik dan hospital rasa seriau
ReplyDeleteSaya duduk tepi hospital ni punn seram sejuk tengok ambulance non stop keluar masuk, tak tahu kes apa. Tapi memang serammm seriauu.
DeleteTak dapat bayangkan kalau terpaksa pakai double face mask . Susah nak nafas
ReplyDeleteSamalah, tak dapat bayangkan macam mana lemasnya kena pakai double face mask, tapi apakan daya. Keadaan dah tak sama macam dulu kan. Terfikir frontliners yang lencun dengan peluh pakai PPE tu lagi kasihan kan :(
Deletehurmmm double face mask
ReplyDeleteTaka boleh bayangkan betapa lemasnya kannn
DeleteTerasa sangat wabak ini makin mengganas di negara kita. Ya Allah.... hamba-Mu hanya mampu berusaha dan berikhtiar, selebihnya tawakkal pada-Mu!
ReplyDeleteAamiin aamiin ya rabbal alamin. Semoga Allah perkenankan doa kita semua.
DeleteKan, memang betul betul mengganas dah sekarang ni tapi masih ada yang anggap covid ni mainan :')
Nice sharing :) baru tahu pasal topeng uka N95 tu.
ReplyDeleteSama sama akak, semoga membantu :)
DeleteTerima kasih atas perkongsian. Semoga sama-sama kita dapat putuskan rantaian wabak amin
ReplyDeleteSama sama.
DeleteAamiin aamiin ya rabbal alamin. Semoga Allah perkenankan doa kita semua :)
Sama-sama kita usaha ye..setuju, pakai double mask untuk extra precaution di tempat awam pun boleh
ReplyDeleteBetul, kita jaga kita, kita usaha untuk diri kita, keluarga dan masyarakat. Sama sama membendung wabak covid19 ni :)
DeleteBila dah nasihat pakai double mask tu, kita boleh faham betapa bahayanya virus C19 ni bertindak. Kesian KKM terpaksa tutup komen. Netizen pun macam tak faham ke kerja dorang kan.
ReplyDeleteKan kak fiza, memang dah teruk dah covid19 sekarang ni, tapi still masih ada segelintir yang ingat covid ni main main :')
Deletesebab xde mask kain... so aritu k ret double kan aje guna face mask yg pakai buang...
ReplyDeleteTak rasa lemas ke kak ret? Saya pakai satu tu pun terasa lemasnya :')
Deleteakak baru order face shield...harap2sempat sampai sebelum akak masuk kerja Khamis nanti
ReplyDeleteMudah mudahan sempat sampai sebelum kak SA masuk kerja. Sekarang memang dah kena extra precaution dahh, sebab covid ni dah merata rata ada kann kak SA. Moga moga kita semua selamat daripada covid19 ni. Aamiin.
DeleteOoo... baru ingat nak pakai 2 layer, 3 ply disposable face mask tu. Pakai satu pun dah rimas. Camana nak pakai 2. Tapi untuk pergi hospital nanti, bulan depan. Tak ada mask kain.
ReplyDeleteBetul kak nur, pakai satu pun dah lemas, inikan nak pakai double face mask tapi apa boleh buat. Covid dah makin berbahaya sekarang, seramm kita tengok angka kes yang makin meningkat setiap hari :')
DeleteBaru start pakai double mask pgi ni time kuar gi kerja sebab akak naik LRT. mula2 cam lemas rasa. dah lama sikit baru selesa..
ReplyDeleteOhhhh LRT mesti sesak and ramai orang kan, memang kena double face mask lah, takut tuuuu bersesak sesakk. Itulah kak fiezz, satu lapis pun dah lemas, inikan dua lapis. Tapi apa boleh buat kan kak fiezz, keadaan dah tak sama macam dulu. Covid dah makin mengganas :')
DeleteKKM dah penat nak layan komen2 negatif ni. cukup lah dorang dh penat nak hadap situasi ni bertambah pula dengan manusia komen tak pakai otak..
ReplyDeleteAkak pulak dari dulu pakai double mask, tapi kain kat belah dalam. Kulit tak tahan mask pakai buang tu. Jerawat naik mencanak
ReplyDeletemujurlah memang ada beli topeng muka kain.. face shield je tak ada, habis dijadikan mainan anak-anak.. hehehe.. kena beli dekat DIY lah nanti sebab next week ada temu janji di klinik kesihatan.. huhuhu..
ReplyDelete