Hari Kedua Bekerja dah Off Day

Hari Kedua dah Off Day | Ya teman teman, hari kedua bekerja dah off day. Off day bukan sebab aku yang minta tapi memang manager yang tetapkan. 10 Mei aku masuk shift petang iaitu pukul 5 petang sampai 2 pagi. Lama tak bekerja, badan asyik relax, tak ada buat kerja berat, jadi bila start kerja semalam, badan macam work shock juga hahaha.


Tak adalah berat sangat kerjanya, sebab aku ditugaskan duduk di bahagian cashier. Fuhhh first day dah kena ambil order customers! Mencabar juga sebab aku tak berapa fasih lagi dengan monitor cashier KFC tu. Menu KFC pun aku ingat ingat lupa 😂


Takut okey jaga bahagian cashier. Kalau duit dalam drawer tak cukup, memang kena potong gajilah jawabnya. Kalau bawah RM 10.00, boleh diterima lagilah. Dah kalau tak cukup sampai mencecah RM 100.00, mahu tak menangis teman teman?


Mula mula masuk blank sekejap sebab tak tahu nak buat apa, lepas itu manager ajar macam mana nak ambil order, eh lepas itu dibiarkan aku seorang diri uruskan cashier. Nervous. Nak ucap "Hai selamat datang, makan sini ke bungkus?" pun terketar-ketar! HAHAHA.


Suara dah macam perempuan melayu terakhir begitu. Tapi bila dah lama lama eh dah hilang suara ayu, suara letih dah keluar. Dia letih sebab tak boleh duduk, kena berdiri selalu. Lenguh pinggang yang utama, lenguh kaki itu biasalah. 


Bila balik kerja dan dapat baring atas katil, ya Allah nikmatnya! Balik kerja terus mandi dan solat isyak. Terus sapu minyak angin biar berangin satu badan! Lagi lena nak tidur. Memang lena sungguhlah sampai terbabas sahur aku :')


Menyesal lah tak sahur masa pukul 3 pagi sebelum tidur tu, tapi apa boleh buat. Terlajak tidur, sampaikan alarm telefon berbunyi pun tak sedar. Sampaikan kakak aku pun terbabas bangun pukul 7 pagi, cepat-cepat pergi mandi dan siapkan diri untuk masuk kerja. Itupun housemate merangkap kawan kakak aku yang kejutkan kami berdua. 


Dia dah pelik tengok bilik kami sunyi sepi saja, mujurlah dia tergerak hati pergi kejutkan kami. Kalau tidak, memang lambatlah kakak aku masuk kerja HAHAHA. Puasa 29 Ramadhan, tahap kelaparan sampai terketar ketar satu badan. Puasa 28 Ramadhan, berbuka makanan yang diberikan oleh KFC iaitu nasi kolonel (nasi ayam), ayam goreng satu ketul, air pepsi dan coleslaw. 


Bukan selera aku makan nasi tak ada lauk, memang makan nasi kolonel dengan ayam goreng semata mata. Tekak aku memang tak boleh nak telan kalau tak ada kuah. Makan nasi kolonel dalam tiga atau empat suap sahaja. Terus aku ratah ayam goreng seketul. Balik kerja, tidur dan terlajak sahur. Kesudahannya, satu badan terketar ketar. 


Memang tak pernah lah terketar ketar satu badan, memang dah cakap dekat kakak, rasa nak berbuka. Memang tak larat, nak muntah pun ada, pening kepala dan macam macam. Tapi Alhamdullilah, berjaya juga tahan diri daripada berbuka waktu tengah hari. 


Eh eh bila dah berbuka 29 Ramadhan, foodpanda rider hantar lambat pula makanan. Kita punyalah order awal awal, pukul 8 lebih baru dapat makanan. Rider ada cakap, dia berbuka sekejap tapi tak expect lah sampai 8 lebih baru dia hantarkan makanan aku. Apa boleh buat, benda sudah berlaku.


Okay kembali kepada pekerjaan, sepanjang jadi cashier, perkataan maaf tak henti henti aku sebut. Minta maaf dekat customers sebab tak jumpa cari menu 😆 Dah tak terbiasa lagi dengan monitor menu, memang tak jumpa carilah menunya. 


Mujurlah customers memahami situasi aku iaitu pekerja baru. Customers siap cakap "Tak apa adik, perlahan lahan, nanti salah tekan menu kena marah dengan manager pula kan."  


Kadang kadang, ada juga tanya pekerja KFC yang lama, dekat mana menu tu terletak. Nasib baiklah pekerja lama tak lokek ilmu nak ajar, walaupun ada yang macam tegas dan berlagak sikit, ala biasalah kan, ala ala senior. Kita junior kenalah bersabar. Tegas semasa bekerja itu biasa. Lepas habis waktu bekerja, okey saja dia bercakap dengan aku. 


Jadi semalam 11 Mei aku dah off day. Tak ada off day sampai tarikh aku habis bekerja iaitu 20 Mei sebab memang sekali sahaja off day nya. Sekarang dah satu negara terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi dah tak boleh dine in dah. Boleh takeaway sahaja.


Masih berbaki 9 hari sebagai contract staff raya for KFC 💦


Nota jemari 1: Esok shift petang iaitu pukul 3 petang dan balik pukul 12 tengah malam. 


Nota jemari 2: Arahan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu arahkan semua perniagaan tutup pada pukul 12 tengah malam pada malam hari raya, dan buka semula pada jam 1 tengah hari bagi raya pertama.

15 comments

  1. Alahaaai terbyg dah kepenatan badannya tu... Shift malam selalunya tak ramai kan. Semoga tiqah istiqomah.. Lagi 9 hari je hehhe.. Ok raya msk kfc lagi la ye.. Gud luck tiqah😘

    ReplyDelete
  2. Memang penat sangat tu bila lama tak bekerja. Sekali kerja overload badan pun tak mampu nak dah. Syukur juga ada off day dapat rehat kejap. PKP ni kira rehat sikit kan sebab tak boleh dine in dan waktu pun dah dikurangkan.

    ReplyDelete
  3. Alahai...dengar Tiqah bercerita akak pulak yang rasa penat😂. Bertabah tau Tiqah.

    ReplyDelete
  4. Eh awal cuti. Lepas ini jenuh pulun kerja.
    Haah tidak boleh makan nasi kosong tanpa kuah.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum sis. Setiap yang berlaku pasti punya hikmahnya. Semoga Allah terus kuatkan semangat Tiqah! dan semoga mendapat rehat yang berkualiti sis!

    ReplyDelete
  6. Allahu..mmg penat kalau kerja kena berdiri sokmo...tambahan puasa lg..semoga terus bertahan utk 9 hari lg..

    ReplyDelete
  7. alahai penat nyaaaa..moga terus kuat yeeee :)

    ReplyDelete
  8. while i dont think i can kerja jumpa org mcm ni.. as kerja kilang ,atie kerja dgn PC and unit saja.. huhuhu

    ReplyDelete
  9. Fuh, meancabar yakmat kalau tak sahur oi! Moga terus tabahhh! Selamat Hari Raya!

    ReplyDelete
  10. Huhuhu dah komen hari tu rasanya... tapi tak muncul

    ReplyDelete
  11. badan penat bila tidur memang terlajak la waktu sahur

    ReplyDelete
  12. Kalau akak la sekarang disurih keje gitu mau 2 hari pengsan. Apa pun, teruskan berjuang dan jaga diri ye

    ReplyDelete
  13. Pergh!! Faham sangat dia punya mencabar tu.. Tambah berdiri je dekat kaunter tu.. seram yang boleh dibayangkan.. hehehe..

    ReplyDelete
  14. sy fhm kepenatan tu... kdg rasa nak give up tp bla fikir semula... nak cari rezeki kan... jd kenalah ketepikan rs tu... chaiyok chaiyok!

    ReplyDelete
  15. Uii kalau tak sahur lagi penat tu rasanya...

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)