Jaringan Prihatin TuneTalk


Jaringan Prihatin TuneTalk | Program Jaringan Prihatin adalah salah satu inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dan salah satu misi #Belanjawan2021 bagi membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid19 ini. 


Golongan B40 yang layak untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh menebus sebanyak RM180 sehingga RM300 dalam bentuk subsidi pelan data bulanan atau subsidi telefon pintar.


Siapa sini pakai line TuneTalk? Angkat tangan! Hehehe. Tadi tengah tengah nak check baki hotspot, tiba tiba nampak Jaringan Prihatin ini. Terus apply. 




Alhamdulillah dapat RM180. Tapi dapat bukan dalam bentuk duitlah.


RM 180.00 dibahagikan selama 12 bulan = RM 15.00

Jadi, plan yang biasa aku ambil jadi RM 33.00 sahaja. Discount RM 15.00

RM 48.00 - RM 15.00 = RM 33.00

Bolehlah daripada tak ada langsung kan? Hehehe. 

Aku suka langgan plan RM 48.00 Unlimited sebab unlimited semuanya HAHAHA. Nak tengok korean drama bila bila masa pun boleh, hotspot pun ada sebanyak 5 gb. Kalau dah habis hotspot, boleh add on RM 3.00 sahaja untuk 5 gb selama 3 hari.

Bagi aku, keburukan add on hotspot ini adalah hanya selama 3 hari. Patut buat sampai expired plan lah kan? 😖

Jadi kepada pengguna TuneTalk sekalian, jangan lupa redeem rebate ini. 

Nota jemari: Plan subsidi telefon itu aku tak berapa faham, jadi kalian boleh pergi terus ke website TuneTalk okey ;)

18 comments

  1. X pernah pakai tune talk.. Masih ngan celcom walau kdg celcom ni pun dh jd mcm maxis.. Hidden rate memanjang huhu.. Tp sbb ada kontrak lg tu yg menten je la dl

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya punn celcom gakk tapi tak tahan lama sebab data cepatt nauu habis, pindah ke maxis, mahal sangat pakej nya, last last ambik tunetalk hahaha. Berbaloi jugaklah rasanyaaaa.
      Ohhhh sebab kontrak, memang kena kekalkan la dulu kak ret, nanti langgar kontrak pulak hahaha.

      Delete
  2. Tidak guna Tune Talk.
    Macam ok sahaja pekej yang Atiqah ambil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya, plan tunetalk best! Hehehe. Internet pun lajuuuu, tunetalk ni pun bawah celcom jugakkk. Sama macam RedOne.

      Delete
  3. tak pernah pakai tunetalk. macam best plan dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya best! Berbaloi dengan harga. Kawasan saya pun lajuuu je coverage tunetalkk. Tunetalk ni pun bawah celcom tapi laju lagi daripada celcom hahaha

      Delete
  4. Replies
    1. Nanti nanti dah bosan pakai line sekarang, boleh lah tukar ke tunetalk hehehe

      Delete
  5. Wah...untungla Atikah...Akak x pernah pakai telco lain selain Maxis...heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua telco ada kalau tak silap kak SA. Tapi boleh redeem sekali jelah incase kak SA da banyak nombor hehehe.

      Delete
  6. Suka pakai tune talk sebab plan 48 tu lah.. semua unlimited.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay, geng! HAHAHAHA, tapi memang betul, best kan tunetalk ni. Bagi saya, berbaloi la pakej langganan dia tu :D

      Delete
  7. Alhamdulillah, rezeki Atiqah. Kak Amie pakai Maxis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah hehehe. Maxis pun boleh redeem jugak kak amie. Untuk semua telco bolehhh redeem. Try lah kak amie :D

      Delete
  8. Bagus gak ada subsidi untuk perkhidmatan telco ni. At least, kurangkan komitmen membayar langganan setiap bulan tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak fiza, kuranglah jugak bebanan setiap bulan lepas ni untuk langgan internet hehehe.

      Delete
  9. ok la ni, Tiqah.
    membantu juga meskipun bukan dlm bentuk tunai.
    jadik la kan.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)