Kembali Bersiaran

Kembali bersiaran lagi kita dalam sesi "Penat bekerja tak akan pernah habis" hahaha. Penat betul sampai tak sempat nak blogwalking. Memang balik kerja, terus basuh baju, mandi, solat, makan dan tidur. 

Itulah rutin harian aku sejak bekerja ini. Kadang kadang teringin nak blogwalking tapi bila dah mendarat atas katil, terus belayar ke alam mimpi HAHAHAHA. Kadang kadang tak belayar ke alam mimpi pun, tapi dah best mendarat dah jadi malas nak bangun on laptop pula hehehe. 

Hari ini sempat on blogwalking itupun sebab hari ini kerja shift petang, pukul 4 petang sampai 10 malam. Shift untuk esok tak tahu lagi sebab tak keluar jadualnnya lagi. Harap harap dapat shift pagi, pukul 8 pagi. Best! Tenang betul. Customers tak ramai hohoho. Lagi satu, boleh balik pukul 5 petang. Malam boleh berehat hehehe.  

Masih berbaki 5 hari lagi bekerja sebagai contract staff KFC hehehe. Harap harap lah tak bersambung sebab dengar cerita seorang staff, mulanya dia pun start as contract staff juga, tapi lama lama dah jadi pekerja tetap dah. Ohhhhh, saya tidak mahu itu 😂

Bukan tak seronok, tapi itulah. Tak tahu nak terangkan macam mana. Dulu dah pernah kerja McD, dan sekarang KFC. Macam teringin pula nak cuba kerja di bidang yang bukan food & beverages hehehe. Tahu tak boleh memilih pekerjaan, nak nak zaman sekarang, susah nak cari kerja tapi macam mana nak cakap ya hahaha. 

Alhamdulillah, aku dah makin bertambah pro kendalikan cashier. Dah boleh ingat menu makanan yang dijual di KFC hehehe. Cumanya kadang kadang masih tertukar burgernya. Nampak burger macam sama tapi tidak rupanya. 

Masih struggle untuk pasang balik bekas minuman air milo, orange juice dan mangga lepas siap dibasuh HAHAHAHA. Buka pandai, tapi bila nak pasang balik dah lupa macam mana caranya aku buka. Terpaksalah minta bantuan orang lain. 

Aku kalau dah pandai, tak adanya saja saja minta perhatian orang suruh tolong pasangkan. Tapi masalahnya masih tak berapa nak ingat. Kalau tersalah pasang nanti kan, rosak pula mesin airnya. Jadi nak tak nak terpaksa minta tolong orang. Dapat yang sudi tolong, Alhamdulillah. Dapat yang terbalik biji matanya bila diminta pertolongan, terima sahajalah hahaha. 

Biasalah. Tak semua orang sudi menolong. Tidak begitu teman teman? Hehehe. Bayi yang lahir tak ada yang pandai terus berjalan kan? Begitu juga dengan aku yang baru masuk bekerja tak sampai seminggu.

Makanan? Hmmmmmm baru seminggu bekerja dah jemu ya Allah hahaha. Aku tak tahulah yang kerja dah bertahun tahun itu macam mana. Aku tak tahu kenapa, belakangan ini selera makan tak ada mana. Makan nasi tak pernah habis. Selalulah kena bebel dengan staff KFC yang rehat sekali dengan aku.

Even nasi minyak yang pihak KFC sediakan (catering) sempena Hari Raya Aidilfitri pun tak mampu dihabiskan. Makan tak sampai lima atau enam suap, terus rasa kenyang.

Satu suap itupun bukannya banyak sangat aku suap ke dalam mulut, memang sikit saja. Memang betul betul tak ada selera. Berat badan confirm turun! Punyalah susah nak naikkan satu kilogram, tapi nak turun satu kilogram itu senang betul! 

Masih banyak benda untuk diceritakan tapi takut jadi sesi luahan hati hahaha. Sampai ketemu di lain hari. 

22 comments

  1. hahaha bau ayam tu jadi hilang selera kot...
    ada member k ret dulu manager KFC kat tapah.. dia pun slalu citer pengalaman keje ngan KFC...
    memang muak kata nya tengok ayam tu hahah...

    bertabah ye tiqah... lg 5 hari je kan.. chaiyok!!

    ReplyDelete
  2. Hehe jemu makan ayam kalau hari-hari. Nasi minyak? Mengapa ada catering ya?
    Harap bertahan lagi 5 hari. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi minyak sempena hari raya hehehe. Pihak KFC tempah catering, jadi boleh lah staff merasa suasana hari raya sambil bekerja gituuuu hehehe.

      Delete
  3. Bila sudah berada disituasi yang sudah melaluinya apa yang di dalam persekitaran pekerjaan, lebih tahu. Ada yang betah untuk bertahan ada yang memilih tidak. Apa pun moga success ke depannya nanti.

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya, Atiqah. Semoga semua urusan kerja Atiqah dipermudah. Don't worry, semua tu pengalaman untuk jadikan kita lebih baik esok hari. Take care :)

    ReplyDelete
  5. Jadikan satu pengalaman ya kerja elok2

    ReplyDelete
  6. stay strong physically & emotionally...5 hari lagi..

    ReplyDelete
  7. kena multitask tu. Sambil nak ambil order, nak ingat menu lagi.
    Tak lama dah tu 5 hari je..

    ReplyDelete
  8. dah lama sikit nanti oklah tu. selamat hari raya sis

    ReplyDelete
  9. Tak apalah, pengalaman nanti boleh guna untuk cari kerja lain. Uit, jangan tak makan nanti makin kurus. Haha.

    ReplyDelete
  10. bertabahla dgn baki 5 hari tuu., ;p

    ReplyDelete
  11. pengalaman berharga tu.... sbb bkn semua org boleh kendalikan service dgn baik smbl layan pelanggan yg ada 1001 kerenah dan perangai...

    ReplyDelete
  12. Bukan senang nak kerja bahagian makan dan minuman ini.. Banyak nak kena ingat.. Memang mencabar.. Chayook!! CHayook untuk baki 5 hari lagi.. You can do it..

    ReplyDelete
  13. Selamat kembali bersiaran. Bekerja dalam F&B ni memang letih lain macam. Dapat bayangkan dia punya penat dan struggle dengan segala benda baru belajar. Dapat pulak yang macam malas nak tolong tu. Memang tak syok betul. Takpelah pengalaman mengajar kita dan lebih bersyukur. moga ada rezeki dapat kerja dalam bidang yang Atiqah nak. Aaminn..

    ReplyDelete
  14. Jumpa lagi. perut kena ada alas, nanti masuk angin tak selesa pula nak buat kerja.

    ReplyDelete
  15. Saya pernah juga berpengalaman kerja di restoran seumpamanya tu.. Yang tak best, kena cukur misai.. dulu² suka jaga misai.

    ReplyDelete
  16. Pengalaman berharga tu, Atiqah. Nanti dah tua, mesti akan kenang semula. Kena makan bila kerja, sumbat je, walau takde selera. Nanti perut masuk angin, susah.

    ReplyDelete
  17. kenapa akak yang terasa penat ni.. moga sentiasa sihat ye Atiqah :)

    ReplyDelete
  18. Penat kerja cari duit tu allah suka. Semoga dipermudahkan urusan hari2

    ReplyDelete
  19. Kerja f&b ni memang penat. Tapi pengalamannya menarik kan? Hehe.. Apa yang penting, sentiasa cuba dapatkan rehat yang cukup dan jaga kesihatan... Walau tak ada selera pun, jangan sampai tak makan ya!

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)