Menang RM 60 daripada blog Amie's Little Kitchen Sempena 20, 000, 000 Juta Pageviews

Bukan main panjang lagi tajuk entri kali ini ya hahaha. Tak tahu nak letak tajuk apa, kita bedal jelah letak tajuk panjang panjang macam itu hehehe.

Saja nak berkongsi bila dapat duit raya RM 60.00 dari kak Amie sempena 20, 000, 000 juta pageviews di blog kak Amie sendiri iaitu Amie's Little Kitchen.

Semalam kak Amie ada post tentang cabaran tangkap pageviews 20 juta di Amie's Little Kitchen. Masa tu pageviews dah hampir cecah 20 juta. Kalau tak silap dalam 19, 991, +++. Fikir fikir rasa macam tak lama dah nak cecah 20 juta pageviews jadi kita buka blog kak Amie melalui telefon.

Maka gigihlah seketul Atiqah Najihah buka blog kak Amie setiap beberapa jam sekali semata mata nak tangkap pageviews 20 juta. Sambil sambil itu baca post lama kak Amie yang tahun 2011 punya. Lama sudah kak Amie berkecimpung dalam dunia blog ini ya. 

Kita cuba cuba, mana tahu ada untung kan? Belum cuba belum tahu hehehe. Hari itu dah dapat duit raya RM 50.00 sempena nama baru di top commentator di blog kak Amie juga. Alhamdulillah rezeki 😊

Last refresh tiba tiba pageviews dah jadi 20, 000, 006 juta. Cepat cepat screenshot then email kepada kak Amie. 


Rasa amazed gila bila ada beberapa orang bloggers yang berjaya screenshot exact figure which is 20, 000, 000 juta! Dan bloggers itu adalah kak NA, Mama Cella dan kak Farrah! Ingat kita dah paling laju, tapi ada lagi yang paling laju! Rasa wow sangat! 

Mula mula baca entri kak Amie, ingatkan tak ada rezeki dah nak menang since ada tiga orang bloggers berjaya screenshot exact figure, tapi kak Amie tetap bagi hehehe. Siap ada kategori nombor satu, dua dan tiga lagi! 

Apa apapun, tahniah diucapkan kepada bloggers lain hehehe. Untuk kak Amie, terima kasih diucapkan :) Semoga kak Amie dan keluarga dilimpahkan rezeki yang berterusan dari Allah s.w.t. 

Nota jemari: Rasa macam nak buat giveaway tapi takut orang boring kalau hadiah tak menarik 😂

27 comments

  1. tahniah dik... rm60 tu boleh shopping baju kalo mkn kenyang jugak tu... hehehehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah . Tahniah . Rm60 tu banyak jugak tu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..rezeki di bulan Syawal..

    ReplyDelete
  4. Syukur alhamdulillah..rezeki tu..

    ReplyDelete
  5. Alhamduillah dapat juga duit raya hehe

    ReplyDelete
  6. fuhhh rezeki terpijak namanya!

    ReplyDelete
  7. best kan dapat duit raya...!!
    Ha ce tiqah buat GA... hadiah x kisah janji sernok2 je pun hahaha

    ReplyDelete
  8. tahniah2 kira duit raya tuh

    ReplyDelete
  9. Tahniah atiqah. Nanti try kena no 2.8j blog mama Pula ye

    ReplyDelete
  10. Hebat betul yang dapat tangkap nombor tepat tu. Kita terlebih tepat pulak. Alhamdulillah ada rezeki Atiqah jugak. Tahniah :)

    ReplyDelete
  11. Tahniah.. Banyak tu RM 60. Ramai jugak pemenang

    ReplyDelete
  12. Tahniah. Haha sebenarnya tidak boleh lari pandangan kalau nombor hendak dekat. Akak ada pengalaman nombor sudah dekat tetiba ada masalah internet sekejap. Apabila refresh sudah lepas.
    Eh buat sahaja giveaway (asal akak dapati ikut syarat) Seronok juga macam Cik Ako cakap.

    ReplyDelete
  13. Tahniah, Atiqah! Rezeki tu, dapat duit raya. :)

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah...rezeki raya tu

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah, rezeki tak salah alamat

    ReplyDelete
  16. Tahniah awak...hehehe
    Sama2 kita tumpang rezeki Cikgu Amie kan...Alhamdulillah

    ReplyDelete
  17. Tahniah, Atiqah! Alhamdulillah, ada terselit rezeki kita...
    Buat je GA, akak akan join. Hadiah jangan kira menarik ke tak, yang penting boleh meriah-meriah rapatkan ukhuwah :)

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah. Rezeki Allah. Dapat dua kali duit raya heheheeee.

    ReplyDelete
  19. Rezeki penangkap no hahah. Murah rezeki blogger2 yg lain

    ReplyDelete
  20. Tahniahhh, try ler.. buat giveawayyy hehehe... Ada je yg nak join .. atau ajak org len sponsor sekali..

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah.. Betul-betul rezeki syawal tu.. hehehe..
    Sha pernah cuba tapi terlepas je.. hahaha..

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)