Pengalaman Bekerja di McDonalds Bahagian 2

Pengalaman Bekerja di McDonalds Bahagian 2

Sambungan daripada Bahagian 1. Boleh baca di sini: Bahagian 1. Semua bahagian aku pernah dapat. Hari pertama masuk kerja, aku dapat bahagian paling senang iaitu packing fries. Newbie kan? Takkan terus dapat bahagian susah. Dalam seminggu juga kerja aku kena packing fries. Panas ya kawan-kawan kalau dapat bahagian packing fries.

Goreng fries bukan goreng atas dapur macam biasa kita buat di rumah. Cara begitu untuk kuantiti sedikit bolehlah goreng, tapi tidak bagi Mcd. Jadi macam mana cara goreng fries McD? Caranya ialah dengan meletakkan bekas besi fries di bawah mesin fries dan fries automatik keluar sendiri (mesin fries boleh detect bekas besi fries tu) dan terus letak bekas besi yang sudah dipenuhi dengan fries ke dalam minyak yang panas. Kalau tak silap aku, masa diambil untuk goreng fries lebih kurang dalam 4 minit 30 saat. Eh lebih kurang lah rasanya, aku pun dah lupa hehehe.

Minggu kedua aku duduk di bahagian lobby. Customers tak ramai, bestlah HAHAHA boleh relax relax sikit. Tapi bila customers ramai, kirim salam. Memang kena get ready mental dan fizikal. 

Makanan tumpah, minuman tumpah, aiskrim tumpah, sos tumpah itu perkara biasa berlaku. Tak campur dengan habuk dan puntung rokok lagi, memang bersepah atas lantai di bahagian luar lobby. Whyyyyyyyy susah sangat nak buang dalam tong sampah yang disediakan eh? Hisap rokok pandai sangat, tapi buangnya merata. Sumpah, itu perkara yang paling annoying dan menyebalkan bagi aku. 

Aku pernahlah bergenang air mata sambil lap tray sebab aku sangat stress masa itu. Dan memang TERLAMPAU RAMAI customers dine-in. Aku tahan daripada menangis sebab tak nak lah menangis teresak esak. Sudahlah masa itu tak ada covid lagi, mana ada pakai mask. Memang boleh tahu aku menangis HAHAHA. Lantaklah hidung merah ke mata merah ke, memang tak boleh nak fikir apa dah.

Punca air mata bergenang adalah kerana aku dah terlampau letih, dah kerja lebih daripada 10 jam dan otak dah serabut dan fikir nak balik je, tapi disebabkan tak cukup staff, aku kena overtime (OT). Aku pun tak tahu kenapalah aku terlebih emosi sangat padahal sebelum ini bukan tak pernah hadap customer ramai-ramai HAHAHA. 

Perempuan, biasalah kan? Boleh tak macam itu? Hehehehe. Nasib baik dapat manager yang bertugas masa itu baik dan pujuk aku suruh bertahan sekejap sementara tunggu crew lain datang ganti tugas aku. Aku geram jugalah dengan crew yang sepatutnya masuk shift pukul sekian sekian tapi lambat datang dengan alasan terlajak tidur. Cliche kan alasannya? Nak kerja, buatlah cara nak kerja. Janganlah menyusahkan orang lain dengan alasan lapuk.

Aku tak kisah pun kalau OT sebab dapat gaji lebih HAHAHA tapi ada hari tak berapa nak okey, memang tak nak lah aku OT. Kalau nak relax sikit, duduk di bahagian cashier. Cuma satu benda saja aku tak reti, aku tak reti nak buat aiskrim cone tu. Tak menjadi HAHAHA. Auto gelabah kalau naik order aiskrim cone sundae vanilla banyak-banyak! 

Lepas sebulan kerja kalau tak silap aku, manager letak shift pagi untuk aku. Masuk waktu opening which is pukul 7 pagi dan balik dalam pukul 3 petang. Itupun kalau boleh balik awal lah HAHAHA. Pagi pagi tenang sikit, tapi bila masuk lunch hour, dah tak tenang dah, dah kelam kabut sebab customers dah mula ramai.

Petang petang biasanya tak ramai mana customer, tapi lepas saja waktu Maghrib, fuhhh! Lagi ramai daripada lunch hour tadi. Aku pernah masuk kerja pukul 10 pagi dan balik pukul 12 tengah malam. Mahu menangis aku bila tengok jadual, kena masuk kerja pukul 7 pagi untuk keesokan harinya :')

Uniform? Gaji? Cuti? Kawan kawan? Bersambung di bahagian 3!

30 comments

  1. mencabar jugak yek keje bahagian lobi tuh... yelah dapat jenis manusia yang makan bersepah pastu lepas makan tak kemas, mana yang bwk anak pastu anak-anak makan sepah sampai tumpah jatuh2...

    akak kalau makan kat mana-mana fast food lepas makan meja mesti kemas, buang sampah siap-siap pastu lap meja... biar senang orang nak makan lepas tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah agak mencabar kalau makanan minuman tumpah tumpah. Setakat lap tray, sapu sampah tu okey lagi lah hahaha. Bagusssssnya kak dana, siap makan terus kemas kemas, memudahkan kerja orang, in shaa Allah, Allah permudahkan kerja kak dana :)

      Saya kalau dapat customers yang macam kak dana ni, memang saya rasa bersyukur sangat. Sebab apa? Sebab memudahkan kerja saya nak lap meja lepas siap makan.

      Delete
  2. Memang kena kuat mental fizikal tu. Nampak mudah tapi bukan mudah nak buat hari hari. Manager kalau okay, okaylah. kalau sebaliknya lagilah kena jiwa kental. part aiskrim cone tu memang biasa dengar susah nak buat. pernah juga order drive thru adik tu gelabah sebab tak boleh buat aiskrim cone tu. kena ada skill nak celup coklat tu kot. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, manusia biasalah kan kak fiza. Ada mood ok ada mood tak ok hehehe. Time tak ok tu memang kecundang jugak lah akhirnya hahaha.

      Part aiskrim tu betul sangat kak fiza! Aiskrim chocotop! Kalau aiskrim tak cair tak apa, boleh celup dalam coklat terus, tak jatuh jatuh. Tapi kalau aiskrim agak cair, bila celup dalam coklat, terus jatuh sekali dalam bekas coklat tu. Dah kena buat yang baru hahahaha. Sebab tu gelabah kalau ada minta order aiskrim chocotop hahaha.

      Delete
  3. Oh, nampak macam rilek2 bro jer kerja McD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan harinya rilek rilek je Sk, yang tak rilek bila mood dah rabak hahahaha.

      Delete
  4. seronok juga baca pengalaman awak ni. tapi bab alasan kawan awak shift awak tu terlajak tidur, it's not cliche. mungkin dia bebetul terlajak tidur melainkan hari2 dia guna alasan yg sama. bidang fast food macam ni memang perlu kekuatan mental fizikal sebab perlu serve customer. semua nak pantas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh untuk alasan tidur tu, orang yang sama dan alasan yang sama hahah. Saya lupa nak mention masa tulis tadi. Betul, memang kena pantas semuanya, kalau tidak get ready lah nak kena marah dengan customers hehehe.

      Delete
  5. nampak macam rileks, tapi mencabar juga yer. BUkan senang nak senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada hari rileks, ada hari tak rileks. Tak rileks tu time mood dah rabak dah kak zarida hehehe. Betul tu, bukan senang nak senang. Pengalaman tu pun penting :)

      Delete
  6. Setiap hari mendatangkan pengalaman baharu. Semakin lama semakin mendapat rentak yang gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak PC, pengalaman tu penting.

      Delete
    2. betul kata PC.
      mostly yg lama keje situ, pakar dah.
      cepat. tangkas.

      Delete
  7. Semua kerja ada tekanan kan..Dania mintak nak kerja MCD ni akak tak rasa dia boleh walau dia sanga lasak..takut emosi dan mental dia tu x leh tahan...tapi dia nak jugak..nak cuba katanya...sabar jer la...akak pernah kerja 7 Eleven..tak hectic sanagt macam fast food lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak SA. Semua kerja ada tekanan tersendiri. Dia ata keupayaan masing masing macam mana nak handle tekanan tu. Kalau macam saya, bila mood tak ok je saya emosi sikit. Tapi hari hari lain ok je. Perubahan hormon barangkali hahaha. Fun je kerja mcd ni kak SA. Dania boleh try ;)

      Delete
  8. Laa, cian Atiqah, kerja long hours. Giler penat. Pengalaman berharga tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah kerja long hours tu mood jadi ok tak ok hehehehe. Padahal sebelum sebelum ni okey je. Betul tu kak nur, pengalaman tu penting :D

      Delete
  9. Hehe memang nampak susah buat swirl aiskrim itu.
    Penat lama berdiri, layan pelanggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yassssssssss! Nak buat swirl tuuuu tak menjadi, tangan saya keras kot hahahaha. Selalulah kena bebel dengan manager sebab swirl tak menjadi, last last saya surrender, tak nak dah buat aiskrim cone tu. Buat aiskrim mcflurry boleh tahan lagi hahaha. Part berdiri tu memang penat sebab tak boleh duduk kan hehehe.

      Delete
  10. masa gi McD medan mara, nampak happy je krew2 semua..rupa2nya kerja teruk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari hari lain ok je, yang tak ok time mood dah rabak hehehe.
      Fun je kerja di mcd, penat tu normal kan :D

      Delete
  11. I salute those who works like you. I don't think I can ever do that. I think I'm new here. Followed you!!

    ReplyDelete
  12. dulu masa wak study obersila sgt.. fast food ada self service maksudnye pas makan kemas ssndiri sbb dorg xde service charge mcm kita.. skrg kadang2 pon wak kemas gak.. tgk mood laa.. hahaha

    ReplyDelete
  13. Pergh!! Memang sangat-sangat mencabar kerja ini.. tambah bila waktu sibuk, double penat.. Sha emmang amalkan kemas sisa makanan kalau makan dekat fast food or kedai makan.. Permudahakan urusan orang, Allah permudahkan urusan kita.. gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama, Sha. aida didik anak gitu.
      meja kemas. sampah buang sendiri.
      tak susah mana pun.
      biar kita buat, org lain tgk, diorang pun follow, kan :)

      Delete
  14. Selalu tonton di televisyen suasana di belakang restoran di luar negara, memang semuanya tak menang tangan. Costumer pulak mestilah nak layanan terbaik. Kita yang tengok pelayan restoran dan tukang masak pun naik semput. Agaknya begitulah yang Atiqah alami sewaktu bekerja di McD ya.

    ReplyDelete
  15. umpama frontliners la pekerja fastfood ni.
    semua nak cepat. memang sibuk la time lunch & dinner.
    now akak rasa ok skit sebab cashier da kurang keje, ada mesin oder tu kan.
    boleh la santai-santai. anta oder ke meja customer.
    tak la stress dek kerana line di cashier terlalu ramai.

    ReplyDelete
  16. Saya selalu salut kalo melihat staff di restoran franchise seperti ini, bisa tahan kerja trutama saat customers ramai :D. Bagi pemula, mungkin itu membuat stress di awal yaaa . Tapi kalo sudah biasa, mungkin sudah tau rentaknya jadi ga terlalu gelabah lagi :)

    ReplyDelete
  17. rupanyaa kita punya pengalaman yg sama sis... huhu.. 1st day kerja di mcd trus kena di waktu petang yang ramai customers,hbis jaa waktu kerja then masuk kereta terus nangisss teresak2.. penat dan sakit kepala... huhuhu...

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)