Selamat Hari Ibu untuk semua ibu ibu di luar sana! Sebagaimana kita sedia maklum, sambutan Hari Ibu di Malaysia akan disambut pada setiap hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei, maka 09 Mei 2021 merupakan tarikh Hari Ibu bagi tahun ini.
Pada setiap tahun, setiap anak pasti menunggu ketibaan Hari Ibu dan Hari Bapa bagi menghargai pengorbanan ibu bapa mereka yang telah banyak berjasa membesarkan mereka.
Bagi anak anak yang sudah kehilangan ibu atau bapanya, pasti perasaan sedih membelenggu dirinya. Rasa sedikit cemburu apabila melihat kawan kawan menyambut Hari Ibu bersama ibu masing masing sedangkan diri kita sendiri sudah tiada ibu untuk diraikan.
Tidak mengapa, jangan bersedih dan jangan cemburu. Setiap yang hidup pasti akan mati. Antara cepat atau lambat sahaja, lambat laun kita akan tetap pergi menemui PenciptaNya.
Jadi apa yang boleh kita lakukan untuk anak anak yang sudah kehilangan ibunya? Kita boleh mendoakan untuk mereka yang telah pergi. Doa bukan hanya Hari Ibu, tapi berdoalah setiap hari dan setiap kali selesai solat fardhu. Moga moga Allah perkenankan doa kita.
Syurga di bawah telapak kaki ibu.
Ada seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata:
"Wahai Rasulullah, saya ingin berjihad menegakkan agama Allah."
Rasulullah bertanya,
"Adakah ibumu masih hidup?"
Jawab lelaki tersebut,
"Ya."
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tetaplah engkau berada dekat dengan kaki ibumu, di sanalah syurga berada."
(Riwayat At - Thabrani)
Pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu memang tidak dapat diukur dan dibandingkan dengan apa benda sekalipun. Satu kisah dan iktibar yang dipetik daripada hadis Riwayat Al Bukhari iaitu kisah Juraij bersama ibunya yang menunjukkan betapa ampuhnya doa seorang ibu yang dekat dengan Allah s.w.t, doanya akan dikabulkan dengan segera.
Berdasarkan hadis hadis itulah, Islam mengangkat tinggi darjat seorang ibu berbanding seorang ayah dalam memperoleh pengabdian anak kepada diri masing masing.
(Sumber: Syurga di Bawah Telapak Kaki Ibu)
Kepada arwah ibuku, Hasfiah binti Othman,
Selamat Hari Ibu!
Walaupun ma dah tiada di dunia, tapi setiap tahun adik tetap akan ucap Selamat Hari Ibu untuk ma. Hanya doa yang mampu dihulurkan untuk ma yang berada di alam kubur sana. Moga moga doa yang dititipkan oleh setiap anak anakmu dapat membantu ma di alam sana.
Dan terima kasih ya Allah untuk 12 tahun, Engkau pinjamkan dan hadirkan Hasfiah binti Othman sebagai ibuku. 12 tahun yang cukup bermakna 💜
Al Fatihah buat arwah ibu Hasfiah binti Othman. Moga rohnya tenang di sana bersama hamba-Nya yang beriman.
ReplyDeleteAamiin aamiin ya rabbal alamin, terima kasih kak amie :)
DeleteHanya kenangan dan doa dapat dititipkan.
ReplyDeleteSemoga roh arwah tenang di sana. Amin.
Kenangan terindah kak NA.
DeleteAamiin aamiin ya rabbal alamin, terima kasih kak NA :)
Selamat hari ibu
ReplyDeleteSelamat hari ibu untuk ibu rabia jugak :)
DeleteAlfatihah buat arwah ibu Atiqah. Semalam alhamdulillah sempat rai dengan beberapa slice kek dr SR.
ReplyDeleteBestnyaaa boleh celebrate! Selamat hari ibu untuk ibu AO :)
DeleteAlfatihah buat ibu atiqah . Semoga rohnya dicucuri rahmat
ReplyDeleteAamiin aamiin ya rabbal alamin, terima kasih CCL :)
DeleteAlfatihah buat ibu atiqah.Semoga kenangan itu tak pernah akan hilang
ReplyDeleteAlfatihah buat arwah ibu Atiqah, Hasfiah binti Othman
ReplyDeletePengorbanan seorang ibu melahirkan dan membesarkan anak tak ternilai harganya.
Jgn lupa sedekahkan doa setiap hari utk mama tikah. Inshaallah doa sepantas kilat sampai ke sana.
ReplyDeleteAl fatihah buat arwah ibu Atiqah, Hasfiah binti Othman..
ReplyDeletesemoga rohnya sentiasa dirahmati Allah..