Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada semua Muslimin dan Muslimat yang merayakan pada hari ini.
Hari yang ditunggu tunggu oleh semua orang yang beragama Islam setelah selesai menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan selama 30 hari. Maaf dipinta kepada semua kawan kawan bloggersku sekalian andai kata ada komen dari aku yang mengguris hati kalian.
Alhamdulillah, walaupun beraya dalam keadaan dunia menghadapi pandemik Covid-19, kita tetap harus meraikannya sebagai tanda kemenangan setelah selesai berpuasa pada bulan Ramadhan yang lalu.
Larangan merentas daerah dan negeri bukanlah penghalang untuk kita meraikan hari raya dengan penuh ceria. Walaupun aku terpaksa bekerja di pagi raya, tapi masih boleh meraikannya di tempat kerja hehehe.
Terlalu banyak benda yang dirindukan. Antaranya rindu nak main bunga api! Dulu dulu main bunga api depan rumah, tak berani nak main mercun sebab takut hehehe.
Ayah pun tak bagi main mercun sejak kecil lagi, walaupun nak main mercun pop pop pun tak boleh HAHAHA. Padahal lempar atas lantai macam tu je, bukannya macam mercun bola yang memang kena cucuh dengan api.
Sekarang nak main bunga api pun tak boleh, duduk apartment macam mana nak main hohoho. Tengok dari jauh saja orang main mercun yang tembak ke langit. Yang warna warni itu. Mercun 30 das rasanya namanya hehehe.
Kuih raya? Dulu tersangatlah rajin buat kuih raya, sekarang kuih raya tunjuk sahaja 😆 Dulu selalulah juga buat tart nenas, kuih dahlia, cornflakes madu dengan biskut coklat. Tapi itu dululah. Masa arwah mak masih ada lagi.
Terpaling suka, cornflakes madu! Tak sempat hidang hari raya, memang habis dulu HAHAHA. Tart nenas memang wajib dibuat masa arwah mak ada. Siap ambil tempahan lagi. Arwah mak sakit sakit pun tapi masih gigih siapkan tart nenas.
Juadah hari raya? Antara juadah wajib pada hari raya ialah nasi minyak, sate dan kuah kacang. Sate biasa tempah dari orang, pagi raya baru bakar! Memang tugas aku dan abang ketiga bakar sate pagi raya walaupun aku sendiri tak makan sate. Best bakar sate walaupun berasap muka hahaha.
Lepas arwah mak dah meninggal, kakak kedua lah ambil alih tugas memasak untuk juadah hari raya. Kadang-kadang buat nasi kunyit, kadang-kadang buat nasi dagang, ada juga buat nasi arab. Tengok atas mood kakak kedua aku. Kita tak boleh lawan sebab bukan kita yang memasak hehehe.
Skill memasak arwah mak turun kepada kakak kedua aku, sebab itu kakak kedua aku ambil alih tugas memasak untuk hari raya lepas pemergian arwah mak. Memang sebiji sama rasa masakan kakak kedua dengan masakan arwah mak.
Tapi memandangkan kakak kedua tengah berpantang, memang tak larat nak memasak. Lagipun tak boleh merentas daerah juga huhuhu. Tapi untuk tahun ini, kakak ketiga aku semangat nak masak nanti raya! Mentang mentang dia cuti, semangatlah nak memasak. Cuba kalau dia kena bekerja, memang tidak lah nak memasaknya HAHAHA.
Macam mana persiapan hari raya para pembaca sekalian? Apa juadah wajib disediakan pada hari raya? Soto? Lontong? Rendang? Macam mana dengan kuih raya? Kuih dibuat sendiri atau kuih tunjuk sama macam aku juga? 😂
Apa apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin aku ucapkan sekali lagi kepada semua yang membaca post entri ini. 11 jari disusun memohon kemaafan andai kata ada tersilap bicara. Jangan sedih sedih tak dapat balik beraya, moga moga ada hikmah disebalik yang berlaku ini.
Aku akhiri post entri dengan serangkap pantun yang berbunyi,
Andai langkah membekas lara,Ada kata menusuk sukma,Ada tingkah menoreh luka,Maka maafkanlah kesilapan saya.
Meh lawan pantun raya meh 😛
Salam syawal tiqah...
ReplyDeleteMaaf zahir batin ye
Salam lebaran 1442H
ReplyDeleteMaaf zahir dan batin
dah berdentum-dentam bunyi mercun..Selamat hari raya, Tiqah..maaf zahir & batin..
ReplyDeletePantun raya..hehe..
Ketupat rendang diatas meja
Lemang terdampar ditepi bara
Tak balik raya tidak berduka
Syawal dirai dengan gembira
Salam aidilfitri
ReplyDeleteSedapnya sate di pagi raya. Tapi juadah wajib saya rendang kena ada. Biskut/kuih raya non hado.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin
kita tak pandai nak berpantun wak..ampunnn
Uisk mengapa tidak makan sate?
ReplyDeleteOh kalau sini rendang dengan nasi impit atau lemang.
Selamat Hari Raya.
selamat hariraya maaf zahir batin dari wak yg jauh dimata.,
ReplyDeletepsl bangunan ratusan pura tanjung sabtu tuh wak penah smpi sekali beberapa tahun yg lepas (2014)., ;p
Selamat hari raya ❤
ReplyDeleteselamat hari raya aidil fitri. maaf zahir dan batin...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya dik 🌹
ReplyDeleteselamat hari raya Atiqah :)
ReplyDeleteEhhh, ada 11 jari ker?? Salam Aidilfitri ye...Maaf jugak jika ada terasa pape.... Tahun ni, Nona banyak beli Kuih raya .. tapi tunjuk tunjuk gitu..Hehe~
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir batin
ReplyDeleteselamat menyambut hari raya, maaf zahir batin dari saya sekeluarga :)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya, Atiqah. Maaf zahir batin.
ReplyDeleteAkak datang raya ke-4 ni nyanyi lagu raya :)
salam aidilfitri maaf zahir batin.. stay safe =)
ReplyDeletejemput join GA di blog :
https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
Selamat hari raya Tiqah.
ReplyDeleteMaaf zahir batin..
Baru je sempat jenguk ke sini.
Alamak.. Ilham berpantun tak datang la Atiqah. Hehe. Selamat hari raya, maaf zahir batin. Menu raya tahun ni sikit sebab dah berempat je.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri Atiqah..
ReplyDeletesalam aidilfitri ke 6 buat Tiqah sekeluarga... mohon ampun dan maaf atas salah silap sama ada yg disengajakan atau tak... jemputlah dtg ke rumah eh ehh ;-)
ReplyDeleteNak balas pantun, tak reti lah plak. Kita cakap straight to da point je lah. Haha. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ampun & Maaf sekiranya ada kesilapan secara tak sengaja atau sengaja. eh. haha. Gurau je. Apapun raya tetap diraikan walaupun raya tahun ni lain dari yang biasa. Duk rumah je..Moga tahun depan, raya kita normal seperti sebelum kes COVID ni. Rinduuuu nak jalan-jalan pi raya rumah orang, balik kampung, jammed kat highway..hehe
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri Atiqah. Mohon maaf andai ada tulisan yang menyentuh rasa. Nasi kunyit tu macam nasi kuning ke?
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
ReplyDeleteSelamat hari raya untuk Atiqah juga. Maap zahir batin. Akak pun suka tart nenas. :)
ReplyDeleteSelamat hari raya atikah.. maaf kalau ada salah silap komen di sini
ReplyDeleteSelamat hari raya!!! Maaf zahir dan batin!!
ReplyDelete