Awas dengan Kemunculan Happy Hypoxia

Happy Hypoxia.


Pernah dengar tak Happy Hypoxia? Apa itu Happy Hypoxia?


Happy Hypoxia ialah komplikasi kandungan oksigen rendah. Orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada dengan Happy Hypoxia yang boleh menjadi pembunuh senyap tidak bergejala dalam kalangan pesakit Covid19.


Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa iaitu seorang Pakar Perunding Perubatan dan Paru-Paru Pusat Perubatan Sunway Velocity berkata hypoxia berpunca daripada pelbagai penyakit terutama paru-paru dan jantung yang menyebabkan kerosakan pada otak, paru-paru dan organ dalaman badan sekaligus membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.


Keadaan itu boleh berlaku apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus (%). 


Tahap pernafasan pesakit hypoxia boleh menjangkau sehingga 40 hingga 50 kali seminit berbanding kadar pernafasan normal antara 12 hingga 20 kali seminit. 


Pesakit akan menjadi semakin risau dan panik selain tercungap-cungap kerana mengalami kesukaran bernafas. Tetapi apa yang membimbangkan kata Dr Nurul, perkara sebaliknya akan berlaku kepada pesakit Covid19 yang mengalami hypoxia apabila tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.


Mereka akan kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa walaupun tahap oksigen mereka rendah maka sebab itulah mereka dipanggil Happy Hypoxia.


Perkara ini juga menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid19 yang alami Happy Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda tanda sukar bernafas.


Bagi mencegah kematian disebabkan oleh Happy Hypoxia, setiap keluarga digalakkan membeli Pulse Oximeter di farmasi bagi memantau tahap oksigen mereka dan segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95 peratus



Tidak hanya di Malaysia, gejala ini yang kebanyakannya menyerang pesakit Covid19 dalam kalangan individu muda turut berlaku dilaporkan di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, India dan Indonesia. 


Sumber: Harian Metro


Macam macam sekarang ini kan? Pembunuh senyap tanpa gejala. Tahu tahu sudah selamat menemui PenciptaNya. 


Pulse Oximeter itupun aku rasa memang wajib beli dah sekarang ini walaupun bacaannya tak berapa nak accurate tapi at least membantu juga. Sekadar langkah berjaga-jaga. 


Kalau nak beli, boleh search di shopee. Harga dalam RM 22.00 macam itu. Kalau paling murah pun dalam RM 19.00. Paling mahal pun ada tapi tak sure berapa hehehe. 


Bilalah semua ini akan berakhir ya? Bilalah kali terakhir kes Covid19 di Malaysia hanya mempunyai satu digit sahaja? Ataupun dua digit? Sekarang, setiap hari empat digit. Kalau cecah lima digit, tak tahu nak kata apa. Minta minta dijauhkan.


Semoga dengan kuncitara (baca sebagai lockdown) yang bermula hari ini sampai 14 Jun nanti dapat mengurangkan angka kes Covid19 di Malaysia. Aamiin aamiin ya rabbal alamin.

13 comments

  1. Ya Allah
    semoga semua kita dilindungiNya
    tqq dik info ni

    ReplyDelete
  2. Allahu Akbar. Macam-macam perkara menakutkan di kala wabak sedang melanda dunia. Memang perlu ada pulse oximeter dalam setiap rumah sebagai langkah berjaga-jaga.

    ReplyDelete
  3. Semoga kita semua terhindar dari covid-19 dan segala wabak penyakit yang terdapat di muka bumi ini.

    ReplyDelete
  4. beil beli.. k ret pun dah preapre mende ni..
    murah je kat shopee...

    ReplyDelete
  5. Patut ramai orang beli benda ini rupanya untuk tahu tahap oksigen dalam paru-paru.

    ReplyDelete
  6. nampak jer macam kecik.tapi berguna benda ni.

    ReplyDelete
  7. Nama penyakit
    tapi ada Happy kat depannya

    ReplyDelete
  8. Moga kita semua sentiasa dilindungi dari wabak ini. Aamiin.
    Akak pun baru nak survey tentang pulse oximeter.

    ReplyDelete
  9. AO pun dapat tahu dari rakan sekerja perihal ni. Memang jadi kewajipan untuk pantau kesihatan sendiri. Kena beli ni.

    ReplyDelete
  10. Ada perkataan happy di depan tapi bahaya.. huhuuu moga kita semua dilindungi.. bila la keadaan ni nak reda...

    ReplyDelete
  11. Semoga yang baik baik sahaja.. seram pula baca..

    ReplyDelete
  12. Ada baca juga tentang happy hypoxia ni sejak oxymeter viral benda yang perlu ada kat rumah. Terima kasih share info ni :)

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)