Inilah barang barangnya. Harga asal RM46.90, add on alcohol pad RM1.00, jadi total RM47.90. Aku redeemed 1,198 Shopee coins yang bersamaan RM11.98, jadi harga yang aku bayar untuk alat ini hanya RM35.92 sahaja.
Baca part 1 disini: Blood Glucose Meter Sinocare Part 1
Bagi aku tak salah pun beli alat glucose meter ini. Benda boleh pakai lama (kalau pakai elok elok), siap ada warranty lagi. Memudahkan kerja. Check di rumah sahaja. Tak payah keluar rumah masa musim musim pandemik Covid-19 ini.
Apa itu Blood Glucose Monitoring System?
The Safe-Accu Blood Glucose Monitoring System is designed for the quantitative measurement of glucose in fresh capillary whole blood samples taken from the fingertip and in venous whole body samples. The Blood Glucose Monitoring System is for use outside the body only (in vitro diagnostic use) for self-testing and professional use as an aid in the management of diabetes. The Safe-Accu Blood Glucose Monitoring System is intended for in vitro diagnostic use and should not be used for the diagnosis of or screening of diabetes.
Alcohol Pad (50 keping)
Safe-Accu Blood Glucose Test Strips (50 keping)
Twist Lancets (50 keping)
Safe-Accu Blood Glucose Meter
Lancing device
First time try, tak menjadi. Bazir dah satu strip dan lancet. Tapi tak apa. Second time try, baru menjadi. First try kakak aku yang tolong aku. Second try pula housemate aku yang tolong.
Tak sakit pun bila cucuk nak ambil darah. Kena gigit semut gatal (semut api) lagi sakit rasanya. Perasan tak ada nombor nombor 1, 2, 3, 4 dan 5 dekat lancing device? Nombor nombor itu macam nak mewakili berapa kedalaman jarum masuk masa cucuk ke jari kita.
- 1 - 2 (least depth) for soft or thin skin
- 3 - 4 (average depth) for average skin
- 5 (deepest depth) for thick or calloused skin
Semalam first try, kakak aku set nombor 2. Hasilnya, gagal sebab darah tak cukup. Second try, housemate set nombor 3, barulah menjadi. Tapi serious, tak sakit pun.
Bila dah detect darah, jadinya kita nervous tunggu result pula HAHAHA. Untuk tunggu bacaan gula dalam darah keluar, kena tunggu dalam masa 10 saat. Alhamdulillah, bacaan gula dalam darah aku normal. Oh ya, second try dibuat lepas sejam aku makan.
Kakak aku cakap better buat dua kali iaitu check selepas makan dan check selepas bangun tidur waktu pagi. Nak tengok, bacaan gula dalam darah kita berapa selepas makan dan berapa semasa perut kosong. Abang aku cakap tinggi. Like seriously? Kakak dan housemates aku cakap okey dah, kalau rendah sangat nanti hipoglisemia. Tinggi sangat jadi hiperglisemia. Jadi, kena seimbang. Begitu.
5.7 mmol/L
Walaupun bacaan gula dalam darah aku dalam kategori normal (rujuk gambar dibawah), bukan bermaksud aku boleh makan makanan dan minuman manis sesuka hati :') Jarang jarang sekali tak apa hehehe. Kena kawal dari sekarang. Nak nak ada aku terbaca cakap penyakit kencing manis inipun salah satu penyakit keturunan. Tapi apa apapun, minta dijauhkan. Nauzubillahminzalik.
Blood Glucose Indicator Card
Blood glucose indicator card yang dibagi sekali masa pembelian. Untuk rujukan nak tahu gula dalam darah kita samaada tahap low, normal, borderline, high mahupun dangerous.
Nota jemari: Next time nak beli blood pressure meter pula. Kakak aku siap tanya lagi, nak buka farmasi ke dalam rumah ini adikk oi 😆
Sebenarnya sebelum ni saya tak pernah kisah pun pasal bacaan-bacaan darah tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah...mimpi tak jadi kenyataan..
ReplyDeletebetul !! nak bukak farmasi dekat rumah ke ? haha
ReplyDeleteAlhamdulillah . Tak rugi beli at least ada satu kat rumah boleh check darah .
ReplyDeleteWah bagus lah. Saya plan nak beli lah juga lepas ni :) Terima kasih perkongsiannya ^^
ReplyDeletedulu akak x amik tahu...malas nak fikir..tapi bila akak dh kena hypertension attack, memang seminggu 2-3 kali akak kena check...tak boleh tak check..tapi bacaan gula dlam darah akak maintain angka 5. Akak jarang minum manis dan alwways cut sugar
ReplyDeletek ret part nk cucuk jarum kat jari sndri tu yg ngeri hahaha...
ReplyDeleteBaguss jaga kesihatan ya
ReplyDeleteAlhamdulillah, normal gula Atiqah.
ReplyDeleteAkak punya 4.7, lepas sarapan. Tak pernah check masa puasa. Normal juga la kan, based on gambar indicator card di atas.
Bagus juga ye ada blood glucose ni untuk monitor kadar gula sendiri kat rumah. Tapi itulah sejenis tak berani nak cucuk sendiri walaupun sakit macam gigit semut je. Dia macam biar nurse je yang buat. Atau yang lebih pakar.
ReplyDeleteDi rumah pun ada alat ini. Pernah cuba sekali nak turunkan bacaan gula dalam darah.Apabila nampak bacaan 5.5, Kak Amie pun berjalan pantas sejauh 900 meter. Kemudian ambil darah lagi dan tengok turun 5.5. Rupanya paras gula boleh turun apabila kita gunakan tenaga dan bakar kalori. Lagi satu, banyakkan minum air kosong.
ReplyDeleteBagus ada alat ni di rumah..boleh monitor sendiri..
ReplyDeleteBagus tiqah beli alat ni utk monitor bacaan gula dlm darah. Skrg diabetes lg byk dr org muda sebab pemakanan tak jaga. Kak pun ada beli, monitor masa pregnant.
ReplyDeleteBacaan kalau 6 ke atas tu memang kena jaga2 sebab gula dh banyak dlm darah. Kalau dulu confirm kena beleter dgn doc sebab mudarat pada baby
ReplyDeleteBagus ada alat ini dekat rumah..
ReplyDeleteSuka kumpul point shopee sebab boleh redeem masa beli barang seterusnya..
Bagus alat nii. Ibu akk dapat alat ni sejak dia kena covid aritu.. akk pon tak terbeli lagi..
ReplyDeleteNasib baik normal. Lega.
ReplyDeleteIka dulu selalu checkkan untuk arwah mak ika aaaa sedih rindu T.T Tapi, benda ni senang nak guna and sangat memudahkan hidup.
ReplyDeleteSenang kalau ada glucose meter dan blood pressure machine di rumah. Boleh pantau keadaan dari semasa ke semasa. Lagi-lagi yang ada sejarah penyakit dalam keluarga. Memang elok simpan rekod supaya senang nak kesan perubahan pada tahap kesihatan.
ReplyDelete