Buang Broken Link dalam Blog

Bosan bosan tak tahu nak buat apa, jadi marilah kita selongkar blog kita. Nak jadi seorang blogger, bukan hanya menulis dan publish entri semata mata. Kena tahu juga perkembangan semasa blog kita ini.

Sebenarnya aku tak pernah tahu tentang broken links ini sampailah aku terjumpa satu entri daripada Sis Awa yang mengatakan ada kemungkinan broken links yang ada di blog kita terlalu banyak. 

Apa itu broken links?

Buang Broken Link dalam Blog

Broken links ini ialah sebarang link yang ada di dalam blog kita terutama sekali dalam entri yang telah di publishkan oleh kita yang telah rosak. Link link yang memang error, memang tak boleh diakses lagi. Error 404. Broken links boleh terdiri daripada pelbagai sumber antaranya ialah link giveaway, link contest, link facebook, profile blogger dan lain lain lagi. Boleh bayangkan lagi tak apa itu broken links?

Senang cerita, ada seseorang letak link blog aku ke dalam entry dia sebagai rujukan. Tiba tiba, aku tukar link blog aku daripada atiqahnajihah.com kepada akubudakgirl.com (contoh sahaja). Jadinya, link blog aku yang seseorang itu tadi letak di dalam entri dia sebagai rujukan sudah menjadi broken link sebab link blog aku yang lama iaitu atiqahnajihah.com sudah tidak dapat diakses lagi. 

Tak dapat akses lah sebab aku dah tukar kepada akubudakgirl.com. Itu maksudnya broken links. Boleh dikatakan hampir semua blog akan mengandungi broken links ini. Blog yang lagi lama aktif, lagi banyaklah broken links yang ada dalam blog mereka. Penting ke buang broken links ini? Jawapannya terpulang kepada diri sendiri. Nak buang broken links tak adalah susah mana, cuma atas kerajinan diri sendiri sahaja. Kalau sikit sahaja broken links nya mungkin rajin lagilah. 

Tapi bila dah beratus atau boleh jadi beribu broken links yang ada dalam blog, maka penyakit yang bermula dengan huruf M mula menguasai diri HAHAHA. Malaslah nak cakap penyakit M itu apa, eh tapi dah tersebut dah pula hehehe. Nak tahu tutorial macam mana nak buang broken links? Boleh sahaja rujuk disini tapi aku tetap nak tunjuk juga demi memanjangkan entri.

Cara Buang Broken Links

Buang Broken Link dalam Blog

Macam biasa, masukkan link blog kalian dan tekan 'Find broken links'. 

Seterusnya, masukkan security code yang dibagi dan tekan 'Find broken links now!'

Maka bermulalah proses mencari broken links yang ada dalam blog kalian. Akan dipaparkan kesemua broken links yang ada dalam blog kalian beserta lokasinya.

Buang Broken Link dalam Blog
Gambar diatas ialah broken links yang ada dalam blog aku. Eh! Satu saja ke broken link yang ada dalam blog aku? Tidak teman teman. Tadi aku dah check dan ada 12 broken links. Almaklumlah blog aku masih dikategorikan sebagai blog baru, jadi broken links nya tak banyak hehehe. Lepas dah setel buang kesemua broken links, aku buat second check. Tiba tiba naik yang satu broken link ini (rujuk gambar diatas). Yang satu inipun dah selesai aku buang. 

Kalau blog sesiapa yang ada terlampau banyak broken links, boleh tekan stop dahulu. Setelkan dulu sedikit demi sedikit sampai selesai buang kesemua broken links. Buat sikit sikit pun tak apa, janji proses bergerak. 

Okay, kalau tengok gambar yang aku letak diatas, broken link itu datang daripada profile blogger. Yes, mostly broken links yang ada dalam blog aku datangnya daripada profile blogger. Komen komen daripada para pembaca yang menggunakan anonymous atau unknown profile ketika meninggalkan komen di entri aku.

Jadi, apa yang aku buat? Aku cari komen komen tersebut dan padam. Selesai. Lepas itu, aku ubah setting blog aku. Kalau sebelum ini, aku setkan kepada semua orang boleh komen. Tapi sekarang tidak lagi. Orang yang ada google account sahaja yang boleh komen. 

Kadang kadang, sesiapa yang suka share video daripada Youtube pun boleh jadi broken links bila video tersebut menjadi copyright. Jadi nak tak nak terpaksa buang video tersebut. Kalau tak, dia akan menjadi broken links dalam blog kita.

Gambar gambar yang diambil di google pun begitu juga. Ada juga broken link dalam blog aku. Aku ambil gambar dari google.com. Nak mudahkan kerja, terus aku delete entri hahaha. Sebab itu, mostly gambar yang aku letak dalam entri, aku buat sendiri di canva. Senang.

Nak lagi senang, tak payah letak gambar. Tapi kadang rasa kosong sangat kalau tak ada gambar. Ke tak begitu? Hehehe. Aku buang broken links sebab broken links ini boleh mengganggu tahap Search Engine Optimization (SEO) pada blog kita. Lama lama, blog kita boleh dianggap spam oleh Google Search bila terlampau banyak sangat broken linksnya.

Broken links boleh mengurangkan kualiti Search Engine Optimization (SEO) bagi sesebuah blog dan secara tak langsung mengganggu prestasi blog kita. Hari ini buang, esok ada broken links baru pula. Buang broken links, eh esok ada lagi dan lagi dan begitulah seterusnya. Buang sikit sikit, lama lama jadi bukit hehehe. 

31 comments

  1. Konpom k ret punya byk ni hahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sikit sikit, japgi habis. Pastu naik broken link baru pulak. Haa sampai sudah hahaha :D

      Delete
  2. Jenuh gak klu kena delete satu2����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog kak ret lagi lama, memang banyak jugak saya rasa hahaha. Jenuhhh kak ret, saya yang 12 tu pun pakat delete je entry yang ada broken links, nasib baik entri tak penting mana hahaha >.<

      Delete
    2. Ni k ret br je delete komen2 under spam... Bapak byk oiii 3.2k ������

      Yg broken link td k ret dh stop searching hahhaa byk sgt... Byk profile blogger.. Jenuh nk delete weii hahaha

      Delete
    3. Pehhh 3.2k, memang banyak tuuu hahahaha. Memang jenuhhh lah kak ret nak buang satu satu >.<

      Delete
  3. dah ubat setting pun still unknown profile tu boleh komen, selalunya i tak approve komen yg profile tak wujud ni..hehe

    https://www.tiarasaphire.com/2021/06/the-good-detective-2020.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh seriously masih boleh komen ye even dah setting tak boleh komen? Taknak buat yang kena dapatkan approve author dulu, tapi takut jugak jadi macam ni hehehe

      Delete
  4. Tahun ni xcheck lagi broken link . Kejap lagi free2 boleh check

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena selalu check kan CCL, biar broken link tak ada di blog

      Delete
  5. link ni boleh buat blog jadi berat..ada jg check & dah buang broken link..tapi kena check lagi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, boleh beratkan blog dan kacau SEO blog, jadi nak tak nak kena buang dan selalu check kannn kak nohas

      Delete
  6. thank you sharing this.... kena check juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Check atie, jangan tak check hahaha.
      Semoga membantu atie :)

      Delete
  7. Wah.. Ilmu baru. So far akak belum bosan sampai tahap tu but who knows maybe in future kalau lockdown sambung lagi. Broken link boleh dibuang, broken heart siapa yang tahu. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tahu pasal ilmu ni kak sal hehehe.
      Hahahaha belum capai tahap bosan ya kak sal, kalau saya dah capai, itu sebab terhasil entri ni >.< Wahhhhh broken heart ituuu berat sekali kak sal hahaha

      Delete
  8. broken link blog mama ribu riban x larat nak buang huhu.. byk pada komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishhh ribu riban tuuu jenuh nya nak buang mama hahaha, memang tak larat >.<
      Haah samalah, saya pun banyak pada komen, tapi tak adalah sebanyak mama sebab blog baru lagi hahaha

      Delete
  9. Replies
    1. Blog kak sha blog lama, confirmmm banyak hahaha

      Delete
  10. Akak dah cek akak punya.Ada la dekat 50 errors😂.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AHAHAHAHA bertabahlah kak syu, jenuh nak buang satu satu >.<

      Delete
  11. Huhuhu bab ni memang jenuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jenuhhh kak farrah, kalau cecah ribu riban tuuu ya Allah auto nak tutup laptop rasanya hahahaha

      Delete
  12. Ehhh, thanks info.. terasa nak bcheck jugak.. Confirm banyak.. Baru baru ni byk gak org SPAM... tapi sayang nak buang entri tu .. Sobbbs!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau banyak tu get ready nona, jenuhhh nak remove satu satu hahahaha, nak senang delete terus! Tapi itulah kan, sayang nak delete >.< Tapi saya nak senang, saya delete je hahaha.

      Delete
  13. Dulu jenuh nak delete. Bila rajin check, lama lama sikit je tinggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kena check selalu kan kak fiza biar tinggal sikit je. Kalau dibiarkan lama lama, alamatnya jenuhlah nak remove broken link nanti sebab confirm banyak >.<

      Delete
  14. terimakasih share pasal ni awak. saya bookmark sbb nanti nak refer balik hehe

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)