Bunuh Diri

Pejam celik pejam celik (Alhamdulillah masih celik) dah sampai penghujung bulan Jun. Esok dah masuk 1 Julai. Terasa baru tempoh hari baca entri 'Selamat Datang Jun' di blog para bloggers. Eh eh esok dah masuk bulan baru ya huhuhu.


Masa berlalu dengan begitu pantas, dan sedar tak sedar dah 30 hari kita semua rela paksa berkurung di dalam rumah bagi membantu negara mengurangkan angka kes Covid-19 yang tiada penghujungnya. 


Angka kes yang tidak menunjukkan sebarang perubahan drastik, dan hanya menambahkan lagi tekanan mental kepada rakyat Malaysia yang mengalami masalah kewangan akibat hilang pekerjaan, hilang sumber mencari pendapatan dan sebagainya.


Entah bila ya agak-agaknya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini akan berakhir? 


Dengan angka kes bunuh diri yang makin meningkat dari tahun lepas iaitu sebanyak 631 kes daripada tahun sebelumnya (2019) sebanyak 609 kes. Setakat Mac 2021, sejumlah 336 kes bunuh diri yang telah dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Itu yang dilaporkan. Kalau ada yang dirahsiakan? Mungkin lagi tinggi angka kesnya.



Salah siapa? Apa puncanya? Dimana silapnya?


Tak berani nak komen lebih lebih sebab aku sendiri tak berada di tempat mereka yang mengambil keputusan untuk membunuh diri. Mungkin bagi mereka, bunuh diri adalah jalan terakhir yang boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka semua?


Macam semalam, cerita yang disampaikan oleh kakak aku. Ada seorang budak perempuan yang berumur 19 tahun cuba menamatkan riwayat hidupnya dengan memakan beberapa belas biji racun tikus (ubat gegat).


Puncanya? Terdengar suara suara halus yang berbisik di telinganya yang menyebabkan dia berasa serabut dan ingin membunuh diri. Dicampur pula dengan bebelan ayahnya kepada adiknya dan juga stress yang dihadapi kerana perlu belajar secara online (online distance learning - ODL). 


Lagi satu, cubaan membunuh diri kerana kurang kasih sayang daripada seorang suami. Untuk makluman, perempuan tersebut merupakan isteri keempat kepada suaminya. 


Nampak macam remeh saja kan punca dia ingin membunuh diri? Tapi tidak remeh bagi seseorang yang ingin membunuh diri. 


Mereka yang bunuh diri kadang-kadang bukan sebab nak mati sangat, cuma mereka hanya nak kesakitan yang mereka alami berakhir. Mereka memang dah tak nampak jalan lain dah selain tamatkan riwayat hidup mereka.


Jadi teman teman, kalau ada nampak simptom simptom awal kemurungan yang dialami oleh kaum keluarga mahupun kawan kawan kalian yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri antaranya:


1. Perubahan tingkah laku kepada individu

  • Sentiasa kelihatan sedih dan murung
  • Hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan
  • Mengalami gangguan tidur dan selera makan
  • Kesukaran untuk menumpukan perhatian dan melakukan tugas harian yang biasa
  • Mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan
  • Menyalahguna alkohol dan dadah
  • Bertindak agresif dan kasar kepada diri sendiri dan orang sekeliling


2. Menyatakan perasaan hilang harapan atau bosan untuk hidup dan kehadirannya membebankan keluarganya


3. Menyatakan keinginan untuk menamatkan riwayat hidup secara verbal atau penulisan



Dinasihatkan mendapatkan nasihat perubatan profesional dalam kadar yang segera bagi mengelakkan keadaan yang lebih buruk berlaku.





31 comments

  1. Sudah kronik rupanya kes.
    Akak datang singgah. Maaf lambat jengah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak NA, sudah kronik. Tak tahu bila covid-19 akan berakhir.

      Delete
  2. baru2 ni terkejut tgk video yang orang terjun dari bangunan tinggi...
    pastu terbaca kes yang gantung diri...
    adoiii... minta dijauhkan la dari terpk nak buat mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaaaa kak ret, saya pun terkejut tengok video yang orang sebarkan tuuu, tinggi kot dia terjun. Dan lagi satu gambar orang gantung diri dekat jejantas. Nauzubillahminzalik.

      Delete
    2. congrats tiqah jadi top komentar kat blog k ret utk bln Jun... sbg penghargaan, k ret ada bagi small token otw ke rumah tiqah k :)

      Delete
    3. Yeayyyy maceh kak ret! Nanti dah sampai, saya update ya <3

      Delete
  3. Dua hari ni pun kes dah 6k pulak. adududu..bila nak habis tak tahu lah. Banyak kes bunuh diri akibat terkesan dengan pandemik ni. Bunuh diri terjun bangunan, gantung diri, makan pil dah macam benda normal pulak. Semoga cepatlah pandemik ni berakhir dan masing masing boleh hidup normal kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lockdown for no reasons, sebab kes masih sama kan kak fiza :')
      Kluster tempat kerja paling banyak, tapi kilang kilang tetap masih beroperasi macam biasa.
      Aamiin aamiin ya rabbal alamin, semoga Allah perkenankan doa kita semua. Rindunya kehidupan sebelum covid-19 melanda.

      Delete
    2. setuju tiqah.
      mcm melaka now, semua kluster kilang :(
      kini da memasuki komuniti.
      semakin tenat dah kes :(
      sedih.
      rasa sia2 dok rumah. kes semakin tinggi saban hari.

      Delete
  4. Memberi tekanan.. sebab kes ponn tak menunjukkan pengkurangan.. makin naik! Kita yg duduk rumah yang terasa. Kes kluster kilang makin naik lagi. Hmm moga kita semua terus bersabar la kan 🥺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes masih empat angka kan kak nadyya, beribu ribu. Memang tak nampak pengurangan langsung, tak tahu lah macam mana 'dia' boleh cakap kilang bukan punca kes covid-19 meningkat di Malaysia ni hmmmm :')

      Delete
  5. stress memang stress...tipulah kalau tak pernah rasa untuk join jejak dorang. tapi alhamdulillah, ada rakan yang masih lagi concernkan kita buat sedar yang, life is worth living....

    moga diberi kekuatan jiwa kepada semua yang mengalami rasa sebegini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terus kuatkan semangat AO! Ingat Allah sentiasa ada dengan kita okey :)

      Delete
  6. Stress sgt duduk rumahh
    Tapii nak keluarr pun sebab nakk dine in makan kedaii nii ��
    Tapii apakan daya bolehh buatt.
    Pergi kedai esok bungkus dah la nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa boleh buat rabia, doa banyak banyak biar covid ni cepat cepat dihapuskan oleh Allah. Aamiin. Semoga Allah perkenankan doa kita semua.

      Delete
  7. penting jaga kesihatan mental time mcm ni...buatlah apa saja yg boleh hilangkan stress..tapi jgn over..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak nohas, mental health memang sangat penting untuk dijaga, sebab kalau tak dijaga, macam macam boleh berlaku.

      Delete
  8. Bunuh diri bukan jalan terakhir. Bukan jugak jalan untuk selesaikan masalah.

    Sedih bila dengar berita kes bunuh diri disebabkan COVID-19 ni makin bertambah. Ramai yang tertekan dan perlukan bantuan. Semoga pihak bertanggunjawab dapat buka mata dan hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, bukan jalan terakhir atau penyelesai kepada semua masalah yang berlaku.
      Itulah, berharap sangat ada pihak yang bertanggungjawab dalam tangani isu ni dalam kalangan rakyat. Ada sesetengah rakyat Malaysia memang dah exhausted sangat dahhh.

      Delete
  9. Mungkin disebabkan faktor kewangan tu yang jadi tertekan tu.Tambah-tambah masa mula2 pandemik ni start, memang ramai yang hilang pekerjaan & sumber pendapatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak syu, faktor kewangan dan hilang pekerjaan tu memang punca utama bunuh diri. Tapi apa boleh buat, memang ramai sungguh yang terkesan disebabkan pandemik ni.

      Delete
  10. berapa hari asyik tengok orang terjun bangunan, anak2 kurang makan, ibu ayah susah tiada pekerjaan. Allahu, tak sanggup nak tengok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kaella, baca di sosial media berapa ramai yang minta bantuan sebab memang dah betul betul terdesak. Memang tak sanggup nak baca.

      Delete
  11. Kalaulah dia ubah, tutup kilang dan buka masjid. Ini tak, kilang buka, masjid ditutup. Kena balik kepada Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kilang yang punca utama covid meningkat taknak tutup, tapi masjid ditutupnya pulakkk hmmm :')

      Delete
  12. Kalau iman tak kuat,lebih2 lagi dgn keadaan pandemik ni..memang ramai yg amik jalan singkat..tamatkan riyawat sendiri .cuma kita sbg muslim kena igt..mati tak ditq1erima AllĂ h

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul akak, memang bila dah terlampau tekanan, memang tak boleh fikir apa dah, memang ambil jalan singkat dengan bunuh diri. Harap harap ada pihak bertanggungjawab boleh cegah perkara ni daripada berlaku dengan lebih teruk lagi.

      Delete
  13. Semoga kita semua redha akan ketentuannya dan ujian dari Allah SWT. Jangan ambil tindakan yang bukan².. Kalau ada masalah, insyaallah, ramai yang boleh membantu

    ReplyDelete
  14. Pernah berada dalam situasi mereka so faham sangat. Selalu orang tak report polis, sebab undang-undang Malaysia cubaan bunuh diri adalah satu jenayah. Kesian kat orang tu dahla tertekan, kena penjara pulak

    ReplyDelete
  15. stress.
    xde tempat dia nak mengadu.
    iman tipis.
    diri hilang pertimbangan....

    kita tak tau apa yg dia rasa kan.
    sebab tu kena amik tahu.
    kena bantu membantu.
    now is saat sukar bagi ramai org :(
    ntah la bila nak tamat pandemik ni.

    ReplyDelete
  16. Semoga semuanya dipermudahkan urusan dan dalam keadaan yang baik-baik saja :) Kalau ada apa apa nak share cari seseorang untuk bercakap dan luahkan.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)