Introvert?

Introvert? 

Apa itu introvert? Apa beza dengan extravert? Ambivert? 

Macam biasa, aku akan kongsikan hasil penulisan Aiman Psikologi yang menulis tentang introvert di laman twitternya.

Hari ini nak berkongsi tentang introvert dahulu. Next entri baru berkongsi tentang extravert dan ambivert.


Sesiapa yang ada personaliti introvert mesti selalu disisihkan? Betul atau tidak? Selalu dianggap mempunyai personaliti yang tidak baik, anti sosial dan macam macam lagi.

Kalau nak tahu, konsep introvert dan extravert ini berkait rapat dengan ARAS. ARAS ini sejenis benda dalam otak kita yang memproses Social Pleasure System (SPS).

Nak mudah faham, bila kita bersosial, otak kita akan hasilkan sesuatu yang buat kita rasa pleasure. Something yang buat kita feel good, nice and satisfied.

Orang yang introvert, Social Pleasure System (SPS) dia cepat 'penuh'. 

Fikir ada gelas dalam kepala. Dan SPS pula merujuk kepada air. Gelas introvert kecil. Bila jumpa orang sikit pun dah penuh gelas, dan dia dah seronok. 

Beza dengan extravert, gelas dia besar. Jumpa orang sikit pun tak puas, kena lagi banyak SPS. 

Macam aku cakap diatas tadi, gelas introvert ini kecil, jadi bila dah bersosial sikit, dah terasa pleasure. Kalau dah penuh gelas, dia kena take a step back. Balik awal, pergi berjalan seorang diri, pergi baca buku di kafe dan lain lain lagi.

Ibaratnya, orang introvert ini memerlukan me-time. Sebab itu introvert selalu dianggap anti sosial terutama oleh golongan extravert dan ambivert.

Padahal, introvert ini sangat setia kawan. Quality over quantity. Biar tak ramai kawan, tapi quality kawan itu lagi penting. Kawan ramai ramai, tapi tak ada quality, tak okey juga kan? 

Boleh tak macam itu? 

Diam diam seorang introvert, dia berisi. Suka membaca, suka tengok movie seorang diri, suka simpan isi hati dan ada satu skill akan develop iaitu skill menganalisis. 

Deria orang introvert lagi sensitif, lagi tahu siapa yang ikhlas nak berkawan dan juga suka perhatikan tingkahlaku orang. Luar senyap, tapi dalam kepala orang introvert ini bising.

Introvert ini pun ada jenis jenisnya iaitu:

Anxious introvert, jenis tak boleh bersosial, cepat takut, gemuruh dan takut bercakap depan orang ramai. Tapi orang macam ini biasanya akan ada kawan rapat. Tempat dia meluahkan, bersembang dan sangat menghargai kawannya itu.

Kedua, sosial introvert. Hampir sama dengan anxious introvert tapi dia tak suka bersosial. Bukan tak boleh bersosial macam anxious. Dia lagi suka berseorangan, contoh, pergi mall seorang diri, makan pun seorang diri dan sebagainya. Lain dengan kesepian, dia cuma suka berseorangan. 

Being alone and feeling alone is different. 

Ketiga, thinking introvert. Ini yang kita kata mulut diam tapi dalam kepala bising. Dia suka membaca, analisis, review dan lain lain berkaitan proses otak. 

Walaupun tak bersosial, tapi thinking introvert ini sangat power untuk nampak benda yang orang lain tidak nampak. Bukan nampak hantu tahu 😂

Dan yang keempat, restrained introvert. Jenis tenang, rasional dan ada ciri ciri seorang ketua. Sangat menjaga kata kata, tingkahlaku dan boleh bersosial walaupun tahap minimum.

Nampak senyap saja, tapi sekali bercakap, semua terdiam! Bukan jenis bising tapi tin kosong tahu hehehe.

Sebenarnya, semua introvert ada keempat empat ciri ciri itu cumanya mana satu yang lagi dominant. Tak ada test pun nak tahu kita yang mana satu. Cuba tepuk kepala tanya minda hehehe.

Tapi main point disini ialah, introvert ialah sejenis PERSONALITI bukannya satu KELEMAHAN DIRI

Tak boleh atau tak pandai bersosial tak apa. Benda boleh dilatih. Yang penting, mesti bersosial bila melibatkan kerja contoh assignment berkumpulan 😂

Lepas dah habis buat kerja itu, take a step back lah. Rest dan recharge, bagi gelas SPS tadi itu kosong balik :)

Boleh baca sepenuhnya disini: Introvert by Aiman Psikologi

24 comments

  1. thanks..rupa2nya ada mcm2 jenis introvert..

    ReplyDelete
  2. Betul tu, introvert ni satu personaliti bukan kelemahan. Tapi orang selalu anggap introvert ni perlu ubah diri dan lebih bersosial.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu jannah, selalu sangat dengar yang introvert ni kena ubah diri dan lebih bersosial padahal introvert tu cuma personaliti sahaja. Ada je mereka bersosial cuma tak macam extravert.

      Delete
  3. K.Naniey Introvert..
    Nanti boleh check MBTI test and boleh relate dengan pemilihan kerjaya juga. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh baru tahu yang MBTI test tu kak naniey, siap boleh relate dengan pemilihan kerjaya lagi ya. Nice info kak naniey :)

      Delete
  4. Akak introvert. Memang betul cepat penat atau rimas berada tempat orang ramai. Sebab itu tiada masalah duduk rumah lama-lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, lagi selesa duduk di rumah. Tak dikelilingi oleh orang ramai kan kak NA.

      Delete
  5. alamak k ret plak rimas klu xde kawan hahaha...
    mesti nak cari kawan yg pandai bersosial wkakaka...
    cari kawan yg boleh hepi2 sesama... rasa x puas klu jumpa kawan2 kejap sgt...
    Tapi pernah satu waktu dulu, k ret suka bersendiri... jauh dari orang, x suka bising2...

    klu jadi camni, ada 2 personaliti ke camne ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jadi ambivert rasanya kak ret hehehe.
      Gabungan introvert dan extravert.
      Nanti saya update pasal ambivert :D

      First impression saya terhadap kak ret, kak ret seorang yang ramai kawan, seorang happy go lucky :D

      Delete
  6. Replies
    1. Gabungan antara intro dan extravert kannn kak syu :D
      Dua dua boleh hehehe

      Delete
  7. Adakah saya ni thinking introvert.. 🤔

    ReplyDelete
  8. AO suka labelkan diri kategori ambivert hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gabungan intro dan extravert!
      Dua dua boleh kan AO hehehe

      Delete
  9. Rupanya introvert pun ada jenis jenis dia jugak ye. Suka berseorangan kalau buat keje, untuk fokus. Tapi kalau keluar sorang sorang mati kutu dibuatnya. I is kenot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, saya pun baru tahu lepas baca di twitter hehehe.
      Sama kita kak fiza, kalau buat kerja saya suka sorang sorang, tapi kalau keluar jalan jalan tu atleast kena ada sorang kawan >.<

      Delete
  10. Akak a mix of anxious introvert dan social introvert. Kadang-kadang buat aktiviti bersendirian sebab rimas orang banyak tanya.

    ReplyDelete
  11. Masa sekolah dulu ada buat test ni. Introvert. Dulu dan sekarang.
    Jenis introvert tu, malulah nak share. Hehe..

    ReplyDelete
  12. Saya Introvert.. hehehe.. me time tu penting..

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)