Korean Movie: Pawn


Sinopsis:

1993, Doo Seok bekerja sebagai seorang pemungut hutang. Dia merupakan seorang yang garang dan menakutkan tapi sebenarnya memiliki hati yang sangat baik. 

Dia telah pergi berjumpa dengan seorang wanita bernama Myung Ja dan anak perempuannya bernama Seung Yi. Akibat tidak mampu untuk membayar hutang, Seung Yi telah dijadikan jaminan sementara selagi ibunya tidak selesai melunaskan hutang yang dipinjamnya.

Tetapi, belum sempat Myung Ja menyelesaikan hutangnya, dia telah ditahan oleh polis kerana dia merupakan seorang pendatang tanpa izin dan dihantar pulang ke negara asalnya iaitu China.

Tiba tiba, Doo Seok menjadi penjaga kepada Seung Yi.

Sinopsis tamat.

Menitik air mata keperempuananku bila tonton movie ini. Sedihnya bila dia terpisah dari ibunya. Menangis dan meraung Seung Yi bila Doo Seok cakap ibu dia sudah dihantar pulang ke China. 

Mak dia tak sempat nak bayar hutang, keluar dari pondok telefon terus ada polis menanti. Memang tak sempat buat apa apa. Tapi mak dia cakap 'pakcik' Seung Yi yang akan tolong bayarkan hutangnya dan jaga Seung Yi. 

Tapi sementara menunggu 'pakcik' Seung Yi datang melunaskan hutang ibunya, Seung Yi tinggal bersama sama Doo Seok dan kawan Doo Seok iaitu Jong Bae.

Doo Seok dah curiga bila 'pakcik' sendiri tak ingat nama anak saudaranya. Kalau aku tengok 'pakcik' itupun aku curiga. Nampak macam jahat. Dan memang betul! 

Orang yang Doo Seok sangka 'pakcik' Seung Yi ialah seorang penipu. Sanggup pakcik itu menjual Seung Yi kepada orang lain. Jual kepada seorang perempuan yang buka tempat ala ala pelacuran (lebih kurang). 

Tapi dia tak lacurkan Seung Yi. Cumanya Seung Yi dikerah bersihkan tempat bertemu pelanggan dan tak dihantar ke sekolah seperti yang dijanjikan. Setiap malam Seung Yi menangis sampailah suatu hari Seung Yi berjaya hubungi Doo Seok.

On the spot, Doo Seok terus pergi cari. Nasib baik, Doo Seok berjaya menjumpai Seung Yi. Sanggup Doo Seok bayar balik kepada orang yang telah membeli Seung Yi. Betapa sayangnya dia kepada Seung Yi :')

Bermula hari itu, dia menjaga Seung Yi. Jadikan Seung Yi sebagai anak angkat sebab Seung Yi tak boleh pergi ke sekolah kerana bukan warganegara Korea. Jadi Doo Seok jadikan Seung Yi sebagai anak angkat. Barulah Seung Yi boleh ke sekolah.

Sanggup pergi ke China dan bawa Seung Yi berjumpa ibu kandungnya yang tengah sakit. Sanggup bersusah payah mencari ayah kandung Seung Yi yang disangka telah meninggal dunia.

Tapi suatu hari, Doo Seok menghilang secara tiba tiba. Seung Yi dan Jong Bae puas mencari dan akhirnya selepas 10 tahun, mereka berjaya mencari Doo Seok yang sedang sakit.

Tapi bagi aku, memang sedih movie ini. Walaupun bukan anak kandung dia, tapi dia jaga macam anak kandung sendiri. Dah besar panjang pun, dia masih ambil Seung Yi di sekolah. 

Tapi Seung Yi masa kecil comel gila! Pandai berlakon!  

Overall bagi aku, movie ini best. Tapi tak ada lah sedih macam korean movie Miracle Cell in No 7. Yang itu terpaling sedih! 😂 Tengok empat kali pun, empat kali jugalah menangis HAHAHA.

Apa apapun, selamat menonton! Boleh tonton di Viu bagi sesiapa yang ada account Viu ;)

29 comments

  1. Dah tengok..sedih ending dia masa dia dapat jumpa kat hospital tu. kasut pun masih ada lagi. Setuju gak Miracle Cell in No 7 tu lagi sedih. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part tu pun sedihh jugakk, even 10 tahun berlalu, kasut tu masih simpan elokk. Seung Yi tak sempat nak bagi kan before ayah angkat dia tiba tiba menghilang :(

      Delete
    2. itulah pasal. Nampak je macam ganas, kasar tapi dia punya sayang tu sampai ke besar dia jaga cukup pelajaran semua.

      Delete
    3. Betul kak fiza, dalam hati ada taman gitu hehehe. Luaran je nampak ganas kasar dan garang tapi dalam hati lembut. Memang dia menjaga sangat sangat seung yi tu even bukan anak sendiri kann.

      Delete
  2. sedihnya
    tgk mesti kena siap tower lennjunn abis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedihh jugak bagi saya. Uishh siap tower ya mama sara hahaha

      Delete
  3. Ada dahulu selalu keluar iklan memang nampak menarik.
    Belum ada kesempatan untuk tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah tengok kak NA, bagi saya menarik untuk ditonton hehehe

      Delete
  4. Tak pernah nampak lagi movie ni. Kesiannya lah kecik2 dah dapat ujian besar macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempena lockdown kan, tiba tiba naikk orang recommend movie ni hehehe. Betul tu, kecik kecik dah diuji sebegituuu tapi nasib baik dipelihara oleh orang baik.

      Delete
  5. Alamak.. Sedih2 x mau la tengok. Akak tengok bola pun nangis, kalau tengok filem sedih mau banjir rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious kak sal tengok bola pun nangis?
      Hahahah kalau tengok movie ni, confirmmmm banjir! :D

      Delete
  6. Alamak sedih ke? Akk xleh ngok yg sedih2 ni.hahahah

    Ehh header baru ehh ..omeyyy 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menitik jugaklah air mata kita kak nadyya hahaha
      Eh eh perasan eh :P
      Tapi awatlah header kita kecik kak nadyya >.<
      Macam menyesal pulak tukar sebab jadi cenonet kecik hahaha

      Delete
  7. lama suda nda layan kdrama hehehe

    ReplyDelete
  8. sedih ke.. nanti nak tengok la :)

    ReplyDelete
  9. nice sgt citer ni. recommended kpd sape yg belum tgk.
    pakcik tu ada taman dlm hati. baik sgt! dibelanya anak tu mcm anak sendiri. and ending nya sgt sedih :( meruntun jiwa kita yg mak-mak ni. aduhai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, recommended! Baik sungguh hati dia walaupun garang, jaga macam anak kandung sendiri kannnn :')

      Delete
  10. Ala touchingnya. Nanti nak tengoklah cerita ni. Budak perempuan tu comel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengoklah kak farrah, bagi saya menarik hehehehe.
      Kannnnnnn, comel budak perempuan tu, menjadi je lakonan dia.

      Delete
  11. Miracle Cell in No 7. tu pun tak tengok lagi.. sebab ramai yang kata sedihkan..
    Pawn ini kalau tengok jalan cerita dia, macam menarik.. Tapi bila kisah pasal kekeluargaan ini cam mana pun mesti akan menitik air mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedihhhhhh tauu kak sha miracle cell in no 7 tu! Serious tak tipu hahahaha. Saya tengok 3 kali, 3 kali menangis, padahal dah tahu jalan cerita :')

      Betul tu kak sha, cerita pasal kekeluargaan ni memang akan menitikkan air mata jugakkk. Tapi best hahaha.

      Delete
  12. huaaa... sedih cita mcm ni.. i like it ..tapi tak tgk lagi :)

    ReplyDelete
  13. Air mata meleleh tengok cite ni. tp best

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)