TEMYRACLE Body and Lip Scrub


Hari ini terasa nak review dan bagi feedback TEMYRACLE body scrub dan lip scrub.

Tapi sebelum itu, pernah dengar tak jenama TEMYRACLE sebelum ini? Atau pertama kali dengar?

It is a local product. Yes, local product tapi jangan risau sebab dijamin selamat. Tak ada produk timbang kilo macam sesetengah local product yang lain.

Lip scrub dah beli lama dah, kalau tak silap tahun lepas lagi. Tapi baru baru ini, baru saja beli body scrub. Dah lama teringin! Asyik lalu di timeline twitter saja, jadi kita sebagai seorang yang mudah dihasut dan terhasut, kita pun beli HAHAHA.

Dah beli, dah cuba and why not kita bagi review hehehe. Sekali dengan lip scrub. 


Dapat booklet masa beli body scrub as panduan

credit to temyracle_hq

Brightening Body Scrub


Brightening body scrub bagus untuk orang yang ada masalah:

  • Badan berbau
  • Badan berdaki
  • Kulit badan kasar dan kusam

Didatangkan dengan formulasi baru yang menjadikan tekstur body scrub lebih halus dan datang dengan tiga jenis bau yang berbeza iaitu:

  • Watermelon
  • Honeydew
  • Temy's fav

Cara penggunaan:

  • Guna 2 hingga 3 kali seminggu sahaja supaya kulit kita boleh generate sel baru dengan teratur

Berat bersih:

  • 430 gram

Bahan bahan:

  • Mineral salt
  • Liquid soap base
  • Glycerin
  • Vitamin E
  • Fragrance
  • Pewarna

credit to: temyracle_hq

Sugar Lip Scrub


Sugar lip scrub sangat sesuai untuk orang yang selalu sangat alami:

  • Bibir kering menggelupas
  • Bibir gelap akibat penggunaan lipstick yang berterusan

Cara penggunaan:

  • Ambil sedikit sugar lip scrub dan gosok dengan gerakan membulat pada bibir yang kering.
  • Gunakan soft silicone brush yang diberi secara percuma ketika pembelian supaya bibir lebih lembut dan tidak sakit.

Berat bersih:

  • 30 gram

Bahan bahan:

  • Finely ground sugar
  • Berries extract
  • Mixberry flavour
  • Pewarna

Bahagian dalam lip scrub boleh tengok video dibawah

credit to temyracle_hq

1) Brightening Body Scrub

Untuk body scrub, aku beli Brightening Body Scrub Watermelon. Baru beli dan baru pakai beberapa kali, kalau tak silap dalam lima kali. Sedap! Bau dia manis macam buah tembikai! 

Kulit terasa lembut walaupun pertama kali menggunakan body scrub ini! Serious tak tipu. Memang lembut. Sudahlah bau wangi, lembut pula tu. Nak cakap lembut macam kulit bayi, nampak macam over sangat kan? Tapi serious talk, memang lembut. Bau pun tahan lama.

Mula mula takut juga nak beli sebab takut bau dia terlampau manis tapi ternyata salah sangkaanku! Bau manis dia tak memeningkan kepala. Kakak aku pun suka sebab bau dia sangat best! 

2) Sugar Lip Scrub

Untuk sugar lip scrub, rasa dia sangat best! Comel gila bekas dia sebab kecil. Senang nak dibawa kemana mana sahaja. 

Lepas pakai, memang terasa lembut bibir! Bukan nak cakap sebelum pakai, bibir terasa kasar macam jalan tar. Bukan begitu maksud aku. Makna kata, lip scrub ini berkesan menanggalkan sel kulit mati yang ada pada bibir disebabkan penggunaan lipstick yang agak kerap. 

Siap dapat free soft silicone lagi kalau beli sugar lip scrub ini. Senang. Gosok perlahan lahan dan secara lemah lembut sebab kalau gosok dengan kasar, nanti berdarah bibir.

credit to temyracle_hq

Lip scrub ini selamat dimakan! Aku selalu jugalah tertelan masa scrub bibir sebab sedap HAHAHA 😂 Tak ada masalah kalau tertelan sebab tak ada bahan bahan chemical yang pelik. All premium food grade raw ingredients! 

Pertama kali pakai lip scrub then tertelan, takut juga sebab fikir benda ini untuk scrub bibir, bukan untuk ditelan! Bila scroll Instagram temyracle_hq, rasa lega sebab terbaca post tak apa jikalau tertelan. Fuhhhh.

Repurchase? Boleh dipertimbangkan untuk brightening body scrub sebab kulit badan kita memang perlu discrub beberapa kali seminggu untuk buang sel kulit mati. Untuk sugar lip scrub pun boleh dipertimbangkan tapi satu botol ini pun tak habis habis lagi HAHAHA. Tak tahu lah bila akan habis. 

Harga:

  • Brightening Body Scrub: RM 30.00
  • Sugar Lip Scrub: RM 23.00 

Disclaimer: This is not paid review. What works on me, might not works on you. Every skin is different and this is just my personal experience ✌

12 comments

  1. Menarik.. Akak pun jenis mudah terpengaruh. Lagi-lagi tang lip scrub tu

    ReplyDelete
  2. ok k ret first time dgr brand ni...

    ReplyDelete
  3. Wow bestnya..memanja diri dgn temyracle ����

    ReplyDelete
  4. Body scrub tu menarik bau2annya..

    ReplyDelete
  5. Tengok pun macam botol air. Hehe.
    Nasib baik bahan-bahan selamat digunakan. Itulah mesti termakan kalau letak di mulut.

    ReplyDelete
  6. Looks very nice that packaging 💕💗

    ReplyDelete
  7. Rasa mcm tak pernah dgr hehe comel packaging. Rasa syg nk guna kalau dpt

    ReplyDelete
  8. CCL guna body scrub hijau tu . Memang wangi sangat bau honey dew . Even lepas badan dah lering still bau melekat kat badan

    ReplyDelete
  9. Body scrub dia nampak menarik untuk dicuba.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. macam menarik utk dibeli dan cuba ni.. hehe

    ReplyDelete
  11. Tak pernah dengar pulak nama produk ni. tertarik dengan kecomelan botol dan design label dia. Comel buat rasa nak membeli. Berbaloi dapat free gift sekali.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)