Thesis Degree Part 1

Thesis Degree Part 1
Tiba tiba rindu nak buat assignment. Eh! Dulu time buat assignment, stress lah, tak faham skop assignment lah, menangis lah, itulah dan inilah. Alih alih sekarang rindu pula HAHAHA. Petanda nak kena sambung master ke? 

Sudah pasti tidak hahaha. UITM hantar email semalam, suruh sambung master tapi tak apalah. Tapi entri kali ini bukan nak cakap master. Tapi nak bercerita tentang thesis aku yang aku buat semasa belajar tempoh hari. 

Thesis termasuk dalam subjek yang diberi nama Academic Project. Serious talk, mula mula aku sambung degree, aku tak tahu aku kena buat thesis! Begitu juga aku tak expect aku kena ambil subjek Lukisan Kejuruteraan bila apply sekolah teknik semasa tingkatan 4!

Nampak tak ambil cakna kan? HAHAHA. Disebabkan aku sambung degree atas course yang sama sewaktu diploma, jadi aku terus lompat ke semester 3. Kalau sesiapa yang datang dari matrikulasi, STPM atau diploma course lain, kena start dari semester 1. Tapi aku boleh lompat terus ke semester 3. Agak menjimatkan masa. Jadi, masa semester 5, bermulalah subjek Academic Project I. Thesis ada 5 chapter yang penting iaitu:

Chapter 1: Introduction
Chapter 2: Literature Review
Chapter 3: Research Methodology
Chapter 4: Results and Discussions
Chapter 5: Conclusion and Recommendations

Untuk semester 5, hanya perlu buat Chapter 1, 2 dan 3 sahaja. Next semester iaitu semester 6 baru sambung Chapter 4 dan 5. Masa semester 5, tak ada covid lagi masa itu. Bukan tak ada, cumanya tak teruk macam sekarang. Masa itu kalau tak silap, dalam 2 atau 3 kes sahaja. Kalau tak silaplah hehehe. 

Cadangnya nak buat pasal kemudahan pelajar kelainan upaya di tiga buah sekolah. Nak pergi tiga buah sekolah yang dipilih dan nak kaji kemudahan kemudahan yang ada disediakan oleh pihak sekolah kepada para pelajar kelainan upaya yang mendaftar di sekolah mereka. Target thesis aku pada masa itu ialah murid sekolah rendah. 

Consult dengan supervisor, dan supervisor pun setuju. Maka buatlah Chapter 1, 2 dan 3 based on tajuk yang dipersetujui. Bila masuk semester 6, awal bulan 3, masa inilah Covid dah slow slow merebak di Malaysia. Awal semester 6, dah siap call, email dan buat official letter kepada tiga sekolah yang aku pilih. 

Buat surat rasmi, nak maklumkan dan minta kebenaran untuk buat kajian di sekolah mereka and at the same time, nak interview beberapa orang pelajar kelainan upaya. Eh! Kita hanya mampu merancang, Allah menentukan segala galanya. Tiba tiba dikhabarkan dengan khabar berita yang buruk iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0) berkuatkuasa 18 Mac 2020. 

Maka punahlah semua yang aku rancangkan. Masa itu, keadaan agak kelam kabut. Since 18 March 2020 sampailah awal bulan 5 rasanya, aku tersangatlah relax! Sebulan lebih tak ada kelas sebab UITM masih dalam peringkat perbincangan untuk adakan Open and Distance Learning (ODL) yang masih dijalankan sampai sekarang disebabkan Covid-19.

Memang sebulan lebih aku tak fikir pasal thesis langsung! Sampailah satu hari di pertengahan bulan 6, aku dapat call dari supervisor, membebel dekat aku HAHAHA.

"Atiqah, kenal tak lagi suara saya?"
"Atiqah, awak langsung tak contact saya ya, mentang mentang duduk rumah sekarang ini."

Dan banyak lagi HAHAHAHA. Aku akui salah aku sebab tak contact langsung supervisor aku. Sudahlah supervisor aku itu merangkap penyelia kepada subjek Academic Project ini. Tiba tiba supervisor cakap, tak lama dah submission thesis. Dah boleh mula dah sekarang ini. Nak kena adjust balik Chapter 1, 2 dan 3 aku yang lepas. Sah sah dah bertukar tajuknya sebab tak dapat pergi sekolah.

Bersambung...

21 comments

  1. Nasib baik wak tak pandai sekolah dulu
    Tak payah buat thesis

    ReplyDelete
  2. Hahaa mcm kajian sejarah plk ye ���� ni yg mls klu kena buat thesis ni hahaa

    ReplyDelete
  3. Saya dulu buat final projek saja. Tiada thesis. UiTM Dihatiku 2001 - 2004.

    ReplyDelete
  4. teringat zaman buat fyp, saya suka betul jadi tukang edit format dia. pastu habis belajar, habislah servis tu....

    ReplyDelete
  5. Memang penat buat thesis. I feel u. 🤭

    ReplyDelete
  6. Hahahaa xlarat dah zaman buat assigment bagai..udah penat hehee..suka life skg :)

    ReplyDelete
  7. Adoiii bab nak kena tukar tu yang tak rajin tu hikhik btw gud luck yer

    ReplyDelete
  8. Good luck & enjoy ur life...love ur life

    ReplyDelete
  9. Memang mencabar kalau tulis thesis kat rumah je. Nak jumpa supervisor pun tak boleh.

    ReplyDelete
  10. Teringat tabiat buat assignment last minute. Terbawa-bawa sehingga sekarang... :D

    ReplyDelete
  11. Bagus prihatin penyelia Atiqah apabila Atiqah senyap. Haha. Tidak sabar hendak tahu sambungan cerita.

    ReplyDelete
  12. Mencabar jadi student di zaman pandemik ni kan. Tabahlah ye

    ReplyDelete
  13. Eh saya pulak tak sempat jumpa langsung dengan supervisor thesis. Buat sendiri je sebab ODL ni lah. Siap buat, hantar bagi SV semak, ada salah, buat lagi. Begitulah sampai habis thesis tu. Fuh memang mencabar.

    ReplyDelete
  14. Nampak susah ek Atiqah.hahahah 😅

    ReplyDelete
  15. rindu nk buat final year project, fyp..hehe..

    ReplyDelete
  16. frust kan bila dirancang tak dapat diteruskan..tapi kena redho..

    kena bebel dgn supervisor tu yang tak tahan tu..hehe..

    ReplyDelete
  17. Syukurlah dah lepas belajar. Tak larat nak ingat tentang tu semua.

    ReplyDelete
  18. tak dinafikan memang stress nak siapkan thesis.. ..

    ReplyDelete
  19. Bukan senang kan..i feel u dik

    ReplyDelete
  20. Rindu gak zaman study tapi fikirkan thesis rasa pendam je lah. Nak menghadap supervisor tu yang paling perit tu. samalah kita, course sama dip and degree. lompat terus sem3.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)