Kesinambungan dari Thesis Degree Part 1. Boleh baca disini: Thesis Degree Part 1
Fikir punya fikir, buat online questionnaires. Nak distributes among students with disabilities di UITM. Dah dapat contact seorang doktor merangkap pensyarah (kalau tak silap aku) yang jaga hal ehwal students with disabilities ini.
Tapi untuk sekian kalinya, terpaksa tukar target students lagi sekali. Sebab apa? Sebab takut tak ramai students with disabilities di UITM. Supervisor aku cakap nak dalam 150 respondents. Ya Allah!
150 orang itu agak ramai! Fikir punya fikir punya fikir, aku tukar target kepada student without disabilities. Memang online questionnaires sajalah yang mampu. Keadaan tak mengizinkan waktu itu.
Ya, walaupun tukar target kepada students without disabilities, total respondents aku tetap tak capai 150 orang. Hanya capai 120 orang sahaja. Supervisor pun cakap, tak apalah Atiqah. Awak analisis saja walaupun hanya ada 120 orang sahaja yang menjawab online questionnaires aku.
Jenuh nak analisis! Pakai Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Tak pernah pernah belajar pakai software SPSS, tiba tiba analisis pakai software ini. Belajar last minit di Youtube! Dan belajar dengan kakak aku juga sebab thesis dia sebelum ini pun pakai SPSS juga.
Beli software di Shopee, tak silap berharga RM 3.00. Memang murah 😂 Nak dijadikan cerita, aku baru nak analisis data 01 Julai 2020, tiba tiba supervisor merangkap penyelia subjek Academic Project hantar whatsapp dalam group batch aku, full report thesis mesti dihantar pada 03 Julai 2020!
Ya Allah lagi sekali! Dalam masa dua hari nak kena setelkan Chapter 1, 2, 3, 4 dan 5! Tak termasuk format thesis lagi! Classmate aku pula ada yang laptop di kedai sebab rosak, bincang punya bincang, penyelia extend tarikh sampai 09 Julai 2020 kalau tak silap aku.
Maka pulun atiqah pulun siapkan thesis. Tak tidur malam selama beberapa hari. Tidur lepas subuh. Sampai kakak kedua aku membebel sebab tak tidur malam. Dia tak tahu ke, students memang suka buat kerja last minit? Idea mencurah curah kalau last minit!
Kakak kedua aku nak tidur waktu malam, jenguk bilik aku sekejap. Tengok aku masih di depan laptop. Eh! Bangun pagi siap siap nak pergi kerja, tengok aku masih di depan laptop. Geleng kepala saja yang mampu HAHAHA. Kakak ketiga aku memang dah sedia faham sebab dia pun student juga masa itu.
Akhirnya, setelah beberapa hari tak tidur malam, tidur lepas subuh, sambung buat kerja lepas zohor, berjaya submit full report thesis pada 08 Julai 2020. Dia punya gembira, memang tak terkata!
Awareness and Observation Among UITM Students on Facilities Provided for Students with Disabilities.
Tajuk rasmi thesis ijazah sarjana muda aku. Itu baru siap submit full report thesis. Tak siap lagi presentation. Ada mini kolokium. Alhamdulillah bersyukur juga sebab tak payah present melalui google meet. Cukup sekadar buat slide presentation dan record suara. Then, submit melalui email.
Nak record suara pun banyak masalah. Masa itu duduk di Marang. Rumah betul betul depan jalan raya utama. Tak kira masa, pukul 3 pagi ke 4 pagi ke mesti ada lah bunyi motor lah ekzos kereta yang bising lah dan sebagainya.
Aku sajalah nak record suara pagi pagi buta dengan harapan tak ada gangguan, tapi tetap ada gangguan. Kalau record siang hari, tak payah cakaplah sebab memang lagi double triple gangguan.
Aku redha dah, sebab letih dah nak record. Memang akan ada banyak gangguan. Tak termasuk gangguan oleh makhluk Allah yang berbulu dan berfish ball. Meow meow tak berhenti henti HAHAHA. Jentik fish ball kan baru tahu! 😆
Dah setel buat slide presentation, dah setel record suara, dah submit di email. Akhirnya, sudah boleh di hard coverkan. Tapi, aku rasa tersangatlah membazir buat hard cover yang harganya agak mahal. Sebab apa membazir? Sebab kesudahannya, akan masuk bakul sampah :') Tapi terpaksalah ikut arahan. Penyelia nak hard cover, kita pun buat saja lah. Janji dapat A. Hahaha.
syabas tiqah akhirnya penat x tido malam tu berbaloi2 juga kan :)
ReplyDeleteBerbaloi rasanya walaupun bersengkang mata setiap malam, menangis, stress hahaha >.<
DeleteSusahnya buat thesis ni ek
ReplyDeleteTakde viva ke?
ReplyDeleteTak ada hehehe, mini kolokium tu ibarat viva jugak lah kalau uitm saya :D
Deletesusah jugak buat thesis ya
ReplyDeleteAlhamdulillah selesai. Bela nafas panjang.
ReplyDeleteAlhamdulillah kak NA, lega rasanya :)
DeleteDah lama dah tinggalkan SPSS🤣.Kalau akak dibagi peluang kali kedua, memang tak sior akak nak hadap thesis ni lagi😂
ReplyDeleteHAHAHAHA jem kepala otak hadap SPSS, betul kak syu, taknak sambung master sebab taknak buat thesislah >.<
DeleteSanggup belajar then ambil exam hahaha.
Menarik tajuk thesis.. Banyak rujukan rasanya.
ReplyDeleteHaah banyak rujukan, tak dinafikan saya dapat idea tajuk ni pun lepas tengok thesis orang dulu dulu hehehe
Deleteall the best tiqah :)
ReplyDeleteMemang tak cukup tidur kalau siapkan tesis untuk FYP. Hanya yang pernah melalui je tahu macam mana penatnya.
ReplyDeleteYa Allah! Tak tidur malam tu Kak Amie rasa sewaktu siapkan thesis PJJ untuk masters. Kadang-kdang pukul 5 pagi baru sempat lelap, lepas tu tergesa-gesa bangun bersiap untuk bekerja. Taubat nasoha, cukuplah setakat masters. Dengan penatnya, dengan tugas rumahtangga, dengan sakit kepalanya semua! Tak mahu sambung lagi, biarlah Abang Farid teruskan perjuangan.
ReplyDeletefinally siap. Tau2 dah grad.. :) sekejap je masa berlalu
ReplyDeleteAlhamdulillah..rasa lega bila dah siap..
ReplyDeletei understand nothing heheheheh
ReplyDeletealor comel gangguan berbulus tu.. sabo je la ye nak buek cano
ReplyDeleteYeah!! Tahniah!! Syabas.. Akhirnya berjaya juga siapkan tesis..
ReplyDeleteYou are awesome.. hehehe..
Susah juga bila buat dalam keadaan PKP ini kan..
Mencabar betul nak siapakan thesis. Ada je dugaan. bab laptop rosak tu perkara biasa. Syukur lepas pulun siap sebelum due date.
ReplyDeletepaling stress thesis la. masa belajar dulu pun bergaduh memanjang hahahah dgn lecturer la apa la. haih menduga betul. tapi well done awak :)
ReplyDelete