12 Tahun Sudah Berlalu

Pejam celik pejam celik (Alhamdulillah masih dapat celik) dah 12 tahun berlalu. Rasa macam baru beberapa tahun, tapi kenyataannya dah 12 tahun berlalu.


15 Julai 2009 - 15 Julai 2020. Masa yang tercatat dalam sijil kematian, tepat pada pukul 11.15 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. 

Ya, hari ini cukup 12 tahun pemergian arwah mak aku. Kalau bulan Julai ini, memang banyak kematian yang berlaku dalam keluarga dan sanak saudara aku. Tapi ada yang aku ingat dan kenal, dan ada yang aku tak ingat, tak kenal tapi dengar kakak dan abang aku bercerita. Yang bezanya, tahun meninggal sahaja. 

Pergi yang tak akan kembali. Perpisahan yang kekal abadi. Walaupun pada permulaan susah nak terima, tapi lama-lama tetap kena redha. Allah lebih sayangkan arwah mak aku. Walaupun 11 tahun 7 bulan sahaja dapat membesar bersama sama arwah mak, itupun sudah cukup membahagiakan.

Ada yang jauh bernasib malang daripada aku, ada yang tak sempat nak membesar bersama sama ibunya, mungkin sebab ibunya meninggal ketika bersalin dan sebagainya. Apa-apapun, kita yang masih hidup tetap kena redha dengan takdir yang telah Allah tetapkan di Loh Mahfuz lagi.

Sebetulnya arwah mak dah nazak hari Sabtu malam Ahad sebelum 15 Julai 2009, tapi masih dipanjangkan umur untuk beberapa hari. Mungkin bagi peluang kepada sanak saudara yang duduk jauh untuk pulang ziarah arwah mak buat kali terakhir? Aku pun tak pasti huhuhu.

Masa arwah mak nazak hari Sabtu malam Ahad, kami sekeluarga tak tidur. Memang masa itu, orang cakap, nyawa arwah mak dah berada di hujung hujung dah. Tapi aku dengan kakak ketiga dah mengantuk macam apa, dah tersengguk sengguk di kaki arwah mak, tapi tak boleh tidur. Campur dengan menangis lagi, mata bengkak tak payah cakaplah. Baca yassin pun dah tak berapa betul sebab tersedu sedu akibat menangis. 

Ayah dan abang kakak aku yang lain marah kalau kami tidur sebab mungkin itu peluang  terakhir yang ada untuk kami bersama arwah mak. Sampailah pukul tiga atau empat pagi, tiba-tiba arwah mak macam sedar sepenuhnya. Macam tiba tiba sihat. Memang rasa lega gila bila tengok arwah mak dah bernafas macam biasa.

Hari Ahad, Isnin, Selasa, kami bagi apa saja yang arwah mak nak makan. Makanan yang memang dia pantang sepanjang dia sakit, kami bagi saja makan. Biarlah, sebab arwah mak memang dah lama nak makan. Dan kami tak pasti berapa lama lagi arwah mak dapat bertahan. 

Hari Rabu, arwah mak nak sangat pergi jumpa ustaz yang biasa dia jumpa. Pagi pagi buta lagi dah pergi. Aku tak ikut sebab nak pergi sekolah, tak sangka pula itu hari terakhir arwah mak aku akan hidup. Aku celik sekejap saja mata pagi itu, nampak arwah mak tengah duduk atas kerusi roda, kakak sulung aku tengah siapkan arwah mak pagi itu.

Dipendekkan cerita, arwah mak meninggal di hospital. Abang kedua aku datang jemput aku di sekolah. Tengah belajar, tiba tiba kerani sekolah cakap ada orang nak jumpa aku. Aku pelik, siapalah nak jumpa aku kan? Kemas beg sekolah, keluar pintu kelas, dari jauh nampak abang kedua aku tengah berdiri sambil bercakap dengan guru penolong kanan kalau tak silap aku. 

Masa dalam kereta, baru abang aku beritahu, arwah mak dah tak ada. Menangis? Itu pasti. Takkan bergembira pula kan? Hahaha. Sampai rumah, tukar baju, kemas rumah dan apa-apa yang patut, tunggu arwah mak sampai dari hospital. Dalam sejam lebih juga rasanya perjalanan dari hospital ke rumah aku pada masa tu. 

Part paling tak boleh tahan masa nak cium arwah mak buat kali terakhir. Ayah pesan, jangan jatuhkan air mata. Like susah weh! Memang tengah menangis kot masa tu, nampak arwah mak berbalut serba putih, mahu tak menangis? Tapi berjaya juga cium tanpa jatuhkan air mata walaupun puas seka air mata daripada menitik.

Punca kematian? 

Advanced Ovarian Cancer Stage IV with Lung and Bowel Metastasis

Kanser Ovari Tahap Empat dengan paru paru dan usus. Kanser ovari tahap empat bermaksud barah dah merebak ke organ tubuh lain yang agak jauh dari ovari iaitu hati atau paru paru. 


Sumber: Cancer Research UK

Macam aku pernah beritahu sebelum ini, arwah mak dah dua kali melakukan pembedahan dan 18 kali kimoterapi. Kalau tak silap aku 18 kali, tapi memang banyak kalilah arwah mak buat kimoterapi. Kepala botak itu perkara biasa hahaha. Buat nestum panas sikit pun kena marah HAHAHA. Tapi kita kena faham, orang sakit ini memang dah tak fikir benda lain dah selain penyakit yang ada pada dirinya. Dan mungkin, fikir anak-anak. 

Arwah mak bertahan selama tujuh tahun atas sebab nak tengok anak anak membesar. Yang dah besar tak risau mana sebab dah reti jaga diri, yang kecil kecil macam aku, kakak ketiga dan abang keempat masih kategori remaja. Masih memerlukan perhatian seorang ibu. Jadi, mungkin sebab itulah arwah mak berjaya juga bertahan selama tujuh tahun walaupun doktor sendiri cakap arwah mak hanya mampu bertahan sekejap sahaja bila arwah mak mula dikesan menghidapi penyakit kanser ovari tahap empat.

Arwah mak cik aku pun meninggal sebab kanser, kalau tak silap aku kanser antara lapisan perut. Kanser yang agak rare kalau tak silap aku. Bertahan dalam beberapa bulan sahaja. Tapi arwah mak cik baru lagi meninggal, kalau tak silap tahun 2015. 


Kubur yang sudah lama tak diziarahi. Last aku pergi kubur, raya tahun lepas. Tahun ini raya tak boleh rentas daerah, jadinya tak boleh nak ziarah. Tapi tak apa, janji jangan lupa kirimkan doa untuknya yang berada di alam sana. 

Tak cabut rumput sebab orang cakap biarlah, rumput akan doakan untuk orang yang berada di dalamnya. Betul tak? Tapi kalau rumput panjang sangat, cabut juga sikit sikit, tapi tak adalah bagi clear terus. Ada tinggal sikit sikit. 

Rindunya ya Allah. Rasa nak peluk lama lama arwah mak. Nak cakap, adik sayang sangat sangat dekat ma. Ma yang sangat baik, yang sempurna di mata adik. Maaf ya, terluah perasaan sekejap. 

Aku selalu pesan, siapa yang masih ada mak ayah itu, peluk cium lah puas puas, biar mak naik rimas. Sebab nanti bila mereka dah tak ada, dah tak boleh peluk cium dah. Jadi, cepat peluk cium mak ayah sekarang ini hehehe.

Dan pada kesempatan ini, aku nak minta yang baca entri ini untuk sedekahkan Al Fatihah untuk arwah mak aku yang bernama Hasfiah Othman. 

Al Fatihah Hasfiah Othman,
29 Disember 1954 - 15 Julai 2009 

Rindu itu pasti. 

Satu nama tetap tersemat dihati, tetap terlakar indah di sanubari, tetap kukenang sampai ke mati, tetap kusayang sepenuh hati, walaupun jasadmu sudah bersemadi, walaupun dirimu sudah tiada lagi, kerana dirimu tiada pengganti 💛

50 comments

  1. Al fatihah buat arwah MAK tiqah...
    yg hidup pasti akan pergi..
    Insyallah doa dari anak-anak menanti mereka di SANA!

    Untung nya tiqah di saat-saat akhir arwah, tiqah masih dapat melihat dia 'segar' kembali.. dapat suap dia buat kali terakhir kan..

    Sedih plak k ret sebab beza arwah mak k ret dan mak tiqah pergi hanya setahun je
    Arwah mak k ret thn 2008, meninggal dalam tido. memang ralat sangat.

    Pape pun semoga tiqah sentiasa kuat dah berdoa untuk mereka yang dah tiada ye.

    #alfatihah di baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meninggal dalam tidur ni memang sungguh mengejutkan kan kak ret, sebab dalam tidur. Kita kejut, dah tak bernyawa. Memang ralat sangat pemergian yang tak dijangka. Al fatihah juga untuk arwah mak kak ret. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman :)

      Delete
  2. Al-Fatihah dihadiahkan kpd Hasfiah Othman, semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh emak Atiqah.

    *Hugs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamiin ya rabbal alamin, terima kasih Sk! :)

      Delete
  3. Al Fatihah. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh emak Tiqah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamiin ya rabbal alamin, terima kasih As! :)

      Delete
  4. Al-fatihah (dibaca) buat Allahyarhamah Hasfiah Othman...

    Rindu itu sgt dalam..semoga dapat bertemu di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan izin Allah, semoga dapat bertemu di akhirat kelak.
      Terima kasih akak :)

      Delete
  5. Al fatihah buat arwah mak atiqah...semoga dicucuri Rahamt Ilahi keatas roh beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamiin ya rabbal alamin, terima kasih AO! :)

      Delete
  6. Al-Fatihah buat arwak mak awk. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamiin ya rabbal alamin, terima kasih Nadia! :)

      Delete
  7. Al-Fatihah untuk arwah Hafsiah binti Othman.

    ReplyDelete
  8. Doa Anak Soleh menjadi pahala berterusan buat ibu tercinta. Moga arwah di dalam rahmat Ilahi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamiin ya rabbal alamin, terima kasih naim! :)

      Delete
  9. rindu yang tak mungkin hilang selagi kita bernafaf.

    sebaik-baik doa, adalah doa dari anak-anak dan keluarga terdekat. Moga Allahyarhamah mak Atiqah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamiin ya rabbal alamin, terima kasih akak! :)

      Delete
  10. Moga-moga Allah mengampunkan dosa & salah silap ibu ayah kita terutama yang telah kembali kepada-Nya.
    Rindu tu takkan pernah hilang, akan sentiasa ada tempat di hati kita untuk mereka.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamiin ya rabbal alamin, terima kasih Puan Hazel! :)
      Betul, rindu yang takkan pernah hilang, selamanya akan rindu walau tiada di depan mata buat selama lamanya.

      Delete
  11. Alfatihah untuk arwah mak Atiqah. Sayu akak baca entri ni. Semoga kita dapat jumpa mak kita nanti kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah kak nur, moga moga dapat bertemu di akhirat kelak.

      Delete
  12. Takziah buat AN sekeluarga. Semoga tabah hadapi dugaan selepas ni. Ingat, Allah takkan uji lebih dari kemampuan hambaNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Allah takkan uji melebihi kemampuan hambaNya .
      Terima kasih ya BK :)

      Delete
  13. Semoga mak atiqah berada didalam golongan org2 yg beriman . Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamiin ya rabbal alamin. Terima kasih rabia :)

      Delete
  14. Al-fatihah buat mak Tiqah.Tiba-tiba rindu dekat mak ayah akak kat kampung.Cepatlah covid ni berlalu.Nak sangat balik peluk cium mak ayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, cepat cepatlah covid ni berlalu sebab kesian sangat dekat orang lain yang tak dapat balik untuk jenguk mak ayah di kampung :(

      Delete
  15. Al fatihah buat mak tiqah. Doa banyak2 supaya tenang arwah di sana

    ReplyDelete
  16. Setahu akak kalau dlm family ada sejarah sakit cancer memang akan terkena melalui darah masa dalam kandungan.

    Betul rumput tu mendoakan tp jgn la biar panjang sgt rumput2 tu.

    Cancer ovari paling ditakuti, kena sentiasa peka dgn bdn kita kalau ada simptom2, lg cepat detect alhamdulillah cepat dpt rawatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak nina, sebab tu ada orang cakap kanser ni penyakit keturunan jugak, jadi anak anak kena beware. Takut dapat penyakit tu jugak (nauzubillahminzalik). Betul kak nina, macam arwah mak saya ni tahu tahu dah stage 4, dah pecah dah dalam perut arwah mak.

      Delete
  17. Al fatihah buat arwah mak Atiqah.
    Rasa sebak terus baca cerita Atiqah. Kanser ni kita tak boleh jangka hayatnya. Allah maha mengetahui segalanya. Semoga terus kuat Atiqah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah kak fiza saya akan terus kuat. Cuma kadang kadang ada jugak rapuhnya :')

      Delete
  18. Asslamualaikum, Al-Fatihah buat bonda Atiqah. Berbanyak berdoa, inshaAllah..

    ReplyDelete
  19. alfatihah buat mak atiqah. mmg rindu sgt. mama pun dh xde mak ayah. selalu terkenang2 mereka kan. semoga mereka berada dikalangan penduduk syurga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamiin ya rabbal alamin. Terima kasih mama :)

      Delete
  20. Al fatihah buat arwah bonda Tiqah,
    Memang kerinduan yang paling sakit ialah rindu pada insan tersayang yang dipisahkan dunia. Teruskan titip doa untuk arwah mak ya. Moga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Stay strong girl 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak farrah, rindu pada orang yang sudah tiada. Kalau ada depann mata, boleh peluk cium. Tapi tak ada, hanya gambar je yang tinggal :(

      Delete
  21. Sedih baca.

    "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamiin ya rabbal alamin. Terima kasih Mrs. A :)

      Delete
  22. Al fatihah untuk arwah mak Atiqah. Sedih baca entry ni. Betul tu, kalau orang tengah nazak tetibe sihat dan mintak makan macam-macam, tunaikan je permintaan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn kak sal, sebab tu bagi je mak makan apa apa yang dia nak, sebab tahu hayat hidup mak tak panjang dah.

      Delete
  23. Al Fatihah, sedih lah baca... hm.. Moga arwah mak awak tenang kat sana... Amin... Pasal rumput tu... mungkin betul.. tapi yang Nona tahu, tumbuh tumbuhan selalu berzikir... sebab tu org salu ckp jgn suka petik bunga sgt.. dorsng tgh berzikir.. gitu la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul nona, saya pun ada terbaca yang tumbuh tumbuhan berzikir kepada Allah sebab tulah orang marah kalau rosakkan atau petikkk bunga ke apa apa ke.

      Delete
  24. Al-Fatihah untuk arwah Hasfiah Othman. Moga rohnya tenang di sana, berkumpul dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Berderai air mata baca entri Atiqah ini. Allah lebih sayangkan arwah. Moga dapat bertemu di syurga Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamiin ya rabbal alamin, terima kasih kak Amie! :)
      Dengan izin Allah, semoga dapat bertemu di akhirat kelak.

      Delete
  25. Al-Fatihah dihadiahkan buat arwah ibu Atiqah, puan Hasfiah Othman.. Semoga arwah ditempatkan bersama para solihin dan diampunkan segala dosa-dosanya.. Aamiin..

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)