21 Tahun Yang Berlalu

Macam aku pernah bagitahu sebelum ni, bulan Julai banyak berlaku kematian dalam keluarga aku, saudara mara aku. Tapi yang aku ingat, kematian arwah mak dan arwah abang aku sahaja. Kalau arwah mak aku dah 12 tahun berlalu dari tarikh kematiannya, arwah abang aku pula 21 tahun sudah berlalu. 


23 Julai 2000 - 23 Julai 2021. 21 tahun yang berlalu. Cepat betul masa berlalu kan? Arwah abang aku yang meninggal ialah anak sulung dalam adik beradik aku. Meninggal pada usia yang muda iaitu sewaktu berumur 24 tahun akibat kemalangan jalan raya. Abang accident seorang diri. Tak ada kena langgar atau dilanggar kenderaan lain. 

Abang terbabas seorang diri masa naik motosikal kepunyaan kawannya. Motor RXZ kalau tak silap aku. Motor kegilaan remaja muda mudi suatu ketika dahulu. Aku rasalah motor kegilaan ramai sebab tahun 2000, aku baru berumur tiga tahun.

Arwah abang on the way balik rumah, tapi itulah bila dah ajal. Macam macam boleh berlaku kan? Jarak di antara tempat kemalangan dengan rumah arwah nenek dekat gila. Memang dekat sangat. Dan arwah abang meninggal di klinik kesihatan. 

Abang aku meninggal pun aku tak faham lagi. Pergi tanya arwah mak, kenapa abang amir berbalut serba putih. Najihah oh najihah hahaha. Tengok arwah mak menangis, pergi tanya kenapa menangis. Gigih kesat air liur di muka sebab nak nampak kita menangis padahal tak. Hahaha. Kita manalah reti bahasa lagi masa umur tiga tahun 😅

Aku tak sempat nak bermanja dengan abang aku yang sulung ini sebab dia pergi dalam usia yang muda. Eh bila fikirkan balik, aku pun sekarang 24 tahun. Memang muda sangat. Tapi itulah, ajal tak mengenal usia. Muda ke tua ke, bila Allah dah tetapkan kita hidup sampai umur sekian sekian, maka sampai umur sekian sekian, tamatlah riwayat hidup kita.

Ada juga rasa sedih dihati sebab tak banyak kenangan dengan arwah abang. Kami tak membesar bersama sebab arwah abang tinggal dengan nenek, aku tinggal dengan mak ayah dan adik beradik lain di rumah lain. Tapi aku masih bersyukur, masih punya tiga orang abang yang lain dan tiga orang kakak. Tak dapat kasih sayang dari abang sulung, dapat dari abang kedua, ketiga dan keempat pun alhamdulillah. Tak dilupakan juga, kasih sayang dari kakak kakakku.

Al fatihah Mohd Syamrul Amir,
25 September 1977 - 23 Julai 2000
Semoga arwah abang amir ditempatkan dalam golongan orang orang yang beriman. Aamiin aamiin ya rabbal alamin.  

30 comments

  1. Walaupun masih kecil. ada juga something mengingatkan tentang arwah.
    Al fatihah buat arwah abang Atiqah Mohd Syamrul Amir. Semoga roh arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman. Aaaminnn...

    ReplyDelete
  2. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang soleh.

    ReplyDelete
  3. Semoga arwah ditempatkan dlm golongan org2 yg beriman

    ReplyDelete
  4. Lama sudah menghadap Ilahi. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  5. Yup, betul RXZ memang motor kegemaran ramai di awal tahun 2000an. Alfatihah untuk arwah abang awak

    ReplyDelete
  6. Semoga arwah tenang di sana. Al Fatihah..

    ReplyDelete
  7. innalillahiwainnailaihirajiuun... semoga roh abg ditempatkan bersama roh org2 yg beriman. Aamiin..

    ReplyDelete

  8. Sama macam kes arwah Abg akk, meninggal tahun lepas akibat accident motor juga. Dalam perjalanan ke tempat kerja. Al Fatihah untuk mereka yg telah pergi mendahului kita.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya nama arwah... Al-Fatihah..
    Biasala budak2 masa kecil memang tak tahu apa pun.

    ReplyDelete
  10. 😅 siapa potong bawang ni.wu2.sedihlah crita2 cenggini.apa2 pun alfatihah untuk arwah mak & abang Tiqah.

    ReplyDelete
  11. Moga arwah abang Atiqah tenang di sana. Rupanya arwah abang mendahului arawah ibu ye. Mudah-mudahan dapat bertemu kembali di syurga Allah.

    ReplyDelete
  12. Alfatihah buat arwah abang tiqah...

    ReplyDelete
  13. Al fatihah [dibaca]
    Tidak bersama jasad namun tetap kekal setiap kenangan dalam ingatan dan hati.
    Semoga arwah abang Atiqah Allah swt himpunkan dalam himpunan orang-orang yang dirahmati olehNYA. Aamiin.

    ReplyDelete
  14. innalillahiwainnailaihirojiun, moga arwah abang ditempatkan bersama orang2 beriman. 3 tahun kecik lagi tapi ada berbagai kenangan dan pengalaman yang boleh dikongsi.syukur ada abang2 lagi dan kakak2.

    ReplyDelete
  15. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Orang baik, Allah sayang. Bila Allah sayang, cepat je Dia ambil.

    ReplyDelete
  16. Innalillahi wa inna illaihi raji'un. Moga arwah abang dan arwah mak Atiqah ditempatkan di kalangan orang beriman.

    ReplyDelete
  17. kebetulan tahun 2001 ada anak sedara angkat juga meninggal eksiden naik moto., innalillahirajiun..

    ReplyDelete
  18. Akak pun ada kawan yang abangnya meninggal masa masih kecil. Alfatihah untuk arwah abang Atiqah. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin...

    ReplyDelete
  19. tetap di ingatan, semoga roh abang amir dicucuri rahmat Allah sentiasa

    ReplyDelete
  20. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. Kita bakal menyusul kemudian.

    ReplyDelete
  21. moga rohnyaaa dicucuri rahmat. ameen.

    ReplyDelete
  22. Semoga rohnya ditempatkan dlm kalangan org beriman

    ReplyDelete
  23. Aaamiiin, semoga arwah Abang diberikan tempat yang terbaik di sisi Nya ya :).

    ReplyDelete
  24. Sedihnya.. ada hikmah kenapa berlaku. Moga Allah lapangkan kuburnya selalu... dan tenang di alhirat sana. Betul.. Kematian takkan dilambatkan walau sesaat... Al Fatihah (dibaca). Hargai yang masih ada... Best eh . ada banyak kakak dan abang... Nona yanf sulung.. ada adik adik aje.. and semua gegirl.. Huhu

    ReplyDelete
  25. Semoga roh abang Atiqah ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman.. Aamiin..

    ReplyDelete
  26. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dtempatkan bersama org2 yg beriman..Al Fatihah..

    ReplyDelete
  27. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)