'Eh, bertukar warna pun nak update entri juga ke?'
Mestilah! Hehehe.
Ada beberapa orang perasan perubahan di blog aku. Tak adalah major perubahan pun, minor sahaja. Berubah warna dan kedudukan beberapa widget.
'Kenapa tak tukar template? Tempoh hari bukan ke cakap teringin nak tukar template, nak pakai etsy template lah.'
Baca disini: Teringin Nak Beli Etsy Template
Dan aku masih mengekalkan template blog yang sama adalah kerana:
Ada beberapa orang komen, cantik memang cantik tapi takut tak mesra Search Engine Optimization (SEO), pageviews menurun dan jejas AdSense. Jadi nak selamat, kita kekal sahaja dengan template lama. Tukar warna saja dari merah jambu kepada ungu.
Bagi aku not bad pun template sekarang ini, tapi itulah. Aku saja yang mudah bosan, sikit sikit nak tukar template, sikit sikit nak tukar template. Tapi buat masa sekarang, kita tahan diri dulu. Pakai saja yang mana ada.
Sebab apa tukar warna kepada warna ungu?
Sebab ungu merupakan salah satu warna kegemaran aku. Yang sebetulnya nak tukar kepada warna kuning, tapi takut menyerlah sangat 😂 Nanti kan berpinar pinar biji mata bila masuk blog aku HAHAHA.
Warna hijau pun warna kegemaran aku juga, tapi header blog terbuat campuran dua warna iaitu hitam dan ungu. Makanya, kita tukar semua jadi warna purple.
Oh ya, cakap pasal header kan, rasa nak mention Bola Katok sebab atas pertolongan dia, header blog aku kembali normal. Siap berbalas email lagi sebab nak tolong aku dapatkan kembali header aku hehehe.
Actually header aku sebelum ini jadi blur dan kecil. Tak tahulah kenapa jadi begitu. Tapi lepas tambah code yang diberikan oleh Bola Katok ke dalam HTML, terus elok! Dah besar dan tak blur.
Jadi, kita pun buat lah header baru di canva. Buat biasa biasa sahaja. Tak kreatif mana pun. Janji ada header 😂
Header 1
Header 2
Ini bukan header blog aku, tapi aku saja saja buat untuk Rabia.
Tak cantik dan tak kreatif pun designnya. Orang cakap sekadar ada rupa, tapi entah entah rupa pun tak ada hahaha. Tangan tak berseni nak buat macam mana kan? Huhuhu.
Bak komen Alien Oren, 'so lively, i can smell the lavenders here.'
Yes, kalaulah blog boleh letak pewangi, memang aku letak pewangi lavender! Sebab bau lavender merupakan bau paling aku suka! Pelembut baju (softener) aku beli bau lavender, sabun baju (FAB) pun ambil yang lavender, pewangi bilik pun bau lavender!
Sampai kakak aku bosan HAHAHA. Semua bau lavender. Macam bau-bau lain tak wujud hehehe. Nasib baik dalam toilet pewangi strawberry, bukan lavender. Tapi itupun tetap berbau manis juga.
Dulu2 Sk pun rajin tukar2 template ni, tapi semenjak2 3-4 tahun ni dah malas nak baca coding semua tu, nasib ada kwn jdt blogger yg bagi perkhidmatan 😜
ReplyDeleteKannnn, malas betul nak hadap coding blog tu hahaha, jadi kekal jelah sampai bila bila template yang sama :D
DeleteHahahaa jiwa muda belia lagi tiqah so mmg cepat je bosan.. Sama je masa zaman kita muda2 dl kan kak SK hahha.. Klu bole tetiap bln nak tkr template.. La ni mmg x rajin dah le.. Dh mls nak tengok coding2 tu sume.. Sume kita serah kat org yg rajin tlg amend kan pape hahahaa...
ReplyDeleteK ret suka tgk blog2 org yg simple sbb x pening nak baca2 entry..
Betul kak ret, tak dinafikan, jiwa muda belia so mudah bosan hahaha >.<
DeleteTapi tetap kena tahan diri jugak dari tukar template sebab tak nakkkk ganggu SEO dan juga malas nak hadap coding ahahaha.
Kann, simple tenang je nak masuk baca entri, saya pun suka gituuu jugakk :D
Hihi akak penah rasa apa yang awak rasa.. cepat bosan tengok template blog.. tapi seiring dengan usia yang semakin meningkat nie, nak ngadap coding tue rasa dah tak sanggup lagi.. hihi anyway, kita mempunyai citarasa yang sama, iaitu lavender.. In fact sebelum jurnal akak jadi dotcom, nama jurnal akak adalah starlavenderluna.blogspot.com..
ReplyDeleteSaya pun nak kena belajar jugaklah jangan jadi cepat bosan sangat hahaha >.<
DeleteCantikkk namanya! Starlavenderluna, rasa macam wow gituu namanya. Kenapa akak tak kekalkan bila tukar ke dotcom? Sebab panjang sangat ke?
Aha memang perasan tukar warna tapi sebab akak pernah hilang seminggu lebih, ingat akak ketinggalan zaman baru perasan.
ReplyDeleteHehe tidak payah tukar kalau trafik bagus. Itulah akak tertanya-tanya tidak ganggu iklan ke. Sekali ada jawapan. Yalah akak tidak guna AdSense.
Hahaha tidak akak, saya baru je tukar ni, saja tukar warna lain, tak boleh tukar template, kita tukar warna jelah hahaha. Betul, lepas duk fikir fikir, tak jadi tukar, takut jejas trafik dan adsense.
DeleteKenapa akak tak nak apply AdSense?
Yup template kekadang akan kacau pv dan adsense. Semoga moga terus sukses lagi hehe :)
ReplyDeleteItulah, takut kacau pv dan adsense.
DeleteThank you naim :)
Suka warna purple ya. Lama jugak tak tukar blog akak hehehe. Sekali sekala tukar mood baru
ReplyDeleteBetul kak nina, sekali sekala ambik mood baruuu hehehe.
DeleteKak nina boleh upah Alien Oren kalau nak tukar blog hehehe
eh warna fav kita sama lahhhh!
ReplyDeleteYeay, kita geng! Sep sikit! Hehehe :D
Deletecomel kaler purple! header pon comel!
ReplyDeleteTerima kasih! :)
Deletepink to purple..dua2 kaler lembut..
ReplyDeleteHaah, pakai kaler ala ala pastel gituu. Kalau terang takut sakit mata hahaha
DeleteCantik. Setuju dengan Kak Ret.. Teringat zaman memula blog dulu. Template tukar, header bertukar lepas tu siap ada lagu2 lagi.
ReplyDeleteHehe..
Blog lama selalulah letakkk lagu sebab nak bagi pembaca syokk tapi rupanya lagu tulah yang buatkan blog kita loading lama kan kak naniey hehehe
DeleteAww thank you buatkan header utk rabia 💚💓🥰 Nanti2 komen blog rabia tau. Nanti rabia create header utk yg komen byk2 tu
ReplyDeleteYou're welcome rabia! Biasa biasa je header tuuuu hehehe :D
Deletesesekali ubah selera kan
ReplyDeletehans dah lama tak tukar layout blog
hahaha
Betul, sesekali tukar dan ambik mood baru hehehe
DeleteCANTIKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteThank youuuuuu! :D
DeleteHeader no. 2 tu ada maksud tersirat tu. Ki3😁
ReplyDeleteDia bukan takat petik love jer. Dia petik sekali panggil duit datang. Wang mari...wang mari😆
HAHAHAHAHA pandai kak syu! :P
DeleteBaca fikiran saya ke ni HAHAHAHA :D
teruskan brblogging adik.. ye! blog awk nmpak fresh!
ReplyDeleteIn shaa Allah, terima kasih ya :)
DeleteMana yang boleh saya tolong, insyaAllah saya tolong. Seronok main coding ni. Banyak ilmu baru kita dapat. 😁
ReplyDeleteDia jadi syok kalau kita faham, tak faham tu jadi sakit kepala hahaha :D
DeleteOkaylah guna warna favourite kita. Ingatkan fav colour pink. Betul betul, warna ni lavender sangat.
ReplyDeleteTidakk hehehe, tak pernah minat pink punn tapi masa guna template ni, malas nak tukar warna dia, itu pasal pakai je pink hehehe. Bagi saya, warna lavender ni tenang aje hehehe :D
Deletewak pun suka bau perfume lavender tuu., ;p
ReplyDeletecantik... sejuk mata memandang putih dan purple lilac ni
ReplyDeleteCantiknya warna purple ni. Segar mata :) Hee. Rasa nak tukar tapi tak reti. Jadi begitulah hasilnya di blog haha.
ReplyDeleteAkk pun suka putih putple, sweet
ReplyDeleteMemang risau nak tukar template sebab kadang-kadang akan affect pv.
ReplyDeleteNiceee Tukar warna.. pemilihan ikut kita dan pembaca yang sedap mata memandangg.. gitu
ReplyDeleteHahahaha cantik color purple 💜 akak suka jugak color nii 😆
ReplyDeleteblog akak, tak pernah nyer tukar apa2 sendiri.
ReplyDeletesemua akak oder aje. org buat kan :)
tak pandai, Tiqah, sedar diri.
yg penting, mudah readers nak baca and load cepat.
Lembut color purple yang Atiqah guna ni. Sedap mata memandang. :)
ReplyDeletecantik.. mama suka sgt warna pepel blog atiqah ni
ReplyDelete