Selamat pagi semuanya. Tengah tengah termenung semalam, tiba-tiba terfikir lamanya tak timbang berat badan. Kali terakhir timbang berat badan pada bulan April tempoh hari rasanya masa balik rumah kakak kedua di Marang. Balik nak jenguk kucing, tapi kucing tak balik balik huhuhu.
Baik Hitam, baik Sayang mahupun Nana, semua dah lesap! Kasihan Muhammad Arfan tak sempat nak jumpa abang long, kak long dan abang ngah hehehe.
Baca abang long as Sayang, kak long as Nana dan abang ngah as Hitam. Kucing kan macam family kita juga? Jadi, aku anggap Sayang dan Hitam sebagai abang long dan abang ngah kepada Arfan. Nana sebagai kak long sebab pernah bersuami dengan Sayang 😂
Oh ya, Muhammad Arfan itu anak saudara aku yang kelapan yang baru saja lahir 3 Mei tempoh hari.
Bila balik rumah sewa di Kuala Terengganu dah tak timbang timbang. Nak timbang celah mana pun tak tahu sebab tak ada alat penimbang dekat rumah. Mulut dah berapa kali cakap dengan kakak ketiga nak beli penimbang, tapi kesudahannya macam biasalah, tetap tak beli HAHAHA.
Kali terakhir aku timbang berat badan, berat aku 36.4 atau plus minus 1. Ringan kan? Ya, sangat ringan. Berat masa lahir 3.3 kilogram. Jadi sepanjang aku hidup selama 24 tahun, berat badan aku hanya meningkat sebanyak 33 kilogram sahaja :') Orang panggil plywood bergerak. Atau lagi tepat, tengkorak hidup.
Dan ini hasilnya. Body Mass Index atau biasa kita panggil BMI. Dan BMI aku sudah semestinya dalam kategori underweight.
Your Body Mass Index is 14.76 which is underweight.
Nak normal BMI kena capai 18.5 dan ke atas. Jauh lagi perjalanan nak capai 18.5 dan ke atas. Dan siapa sini geng dengan aku? Geng underweight hehehe. Sebetulnya, dah lali dah setiap kali check BMI, memang dah boleh agak HAHAHA.
Memang underweight. Tak rajinlah atau tak pernahlah nak normal. Bila nak normal? Itupun aku tak ada jawapan.
Kalau ada sesiapa nak check juga BMI diri sendiri, boleh check disini:
BMI Calculator
Rujukan:
- 18.5 atau kurang = underweight
- 18.5 - 24.99 = normal weight
- 25 - 29.99 - Overweight
- 30 dan lebih = Obes
Dan untuk makluman, kadar obesiti di Malaysia adalah tertinggi dalam Asia Tenggara iaitu sebanyak 15.6%, diikuti oleh Brunei iaitu 14.1%, Thailand sebanyak 10.0% dan Indonesia sebanyak 6.9%.
Ini sumber aku ambil dari Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia yang dimuatnaik pada 10 November 2020.
Okey kembali ke BMI aku, aku letak 35 kilogram sebab aku rasa berat badan aku makin menurun. Kakak ketiga aku selalu cakap,
'Adik, mu tak cukup makan ke duduk dengan aku? Aku tak bagi makanan yang secukupnya ke?'
HAHAHA. Sebab masa aku duduk Marang tempoh hari, berat badan aku naik dan mencecah 38 atau 39 kilogram. Makan sedap duduk di Marang! Kakak kedua aku kan pandai masak, hari hari dia masak, kena habiskan lauk pauk yang dia masak, jadinya naiklah berat badan aku.
Dan ya, aku pendek sahaja. 154 cm sahaja. Ala orang cakap dalam kategori cute. Eh? 😛 Kakak kedua, kakak ketiga dan aku memang pendek. Kakak sulung saja yang tinggi. Empat orang adik beradik lelaki aku semuanya tinggi tinggi, tapi tak adalah tinggi macam Lee Kwang Soo. Standard lelaki melayu? Maybe 170 cm plus minus 2.
Ketinggian tak cukup cm ini ikut belah mak sebab mak aku pun pendek orangnya. Yang empat adik beradik lelaki aku dengan kakak sulung aku mungkin ikut belah ayah. Saudara mara belah ayah semua tinggi-tinggi dan besar. Yang sebaya dengan aku pun tinggi macam apa.
Kembali kepada BMI, ya aku dalam kategori underweight. Nak cakap tak makan, makan macam biasa. Mungkin tak cukup jumlah kalori yang perlu aku makan setiap hari. Aku tak pernah kira pun bilangan kalori yang aku makan setiap hari.
Gambar atas menunjukkan maintenance calories aku. Aku check disini:
TDEE Calculator
Setiap hari kena makan 1, 238 kalori dan bersamaan 8, 665 kalori setiap minggu. Kalori untuk satu senduk nasi putih bersamaan 100 kalori. Tapi lain jumlah kalorinya kalau nasi putih itu bertukar menjadi nasi lemak ataupun nasi goreng dan sebagainya.
Memang tak kiralah jawabnya hahaha. Entah betul entah salah aku kira. Huhuhu. Hari hari bukan makan benda yang sama. Kalau makan benda yang sama, mungkin agak senang untuk dikira. Mungkin?
Ke ada aplikasi yang boleh tolong kira kalori kita? Just masukkan sahaja apa makanan yang kita makan, nanti aplikasi tersebut akan tolong kirakan untuk kita. Ada ke?
Dan ini ideal weight yang aku perlu capai untuk dapatkan BMI yang normal
Ideal weight between 47 kilogram to 54 kilogram
Ya Allah, nak capai 40 kilogram pun susah! Apatah lagi nak capai 47 kilogram! Mana mahunya berat badan nak capai 47 kilogram HAHAHA. Naik 40 kilogram pun mujur. Tapi tak pernah lagilah capai 40 kilogram. Bila sikit lagi nak capai, dia jatuh dua tiga kilogram. Tak tahu apa masalah :')
Punyalah susah nak naik dua tiga kilogram, tapi nak turun dua tiga kilogram itu macam air mengalir. Laju! Senang senang saja nak turun. Kakak aku pun ada suruh aku makan Vitamin B Complex tapi aku tak makan makan lagi 😂
Dia cerita, dia makan B Complex lah berat badan dia mencanak naik dari 40 kilogram ke 52 kilogram. Memang bertambah selera makan dia. Jadi, dia pun suruh aku makan. Tapi aku tak makan makan HAHAHA. Nanti aku makan. Nak tengok juga perubahan berat badan lepas makan B Complex nanti.
Dan lagi satu, exercise. Jangan ingat badan kurus kering tak perlu exercise. Jadi, esok macam nak mula bersenamlah. Harap harap aku istiqomah lah macam Kak Nur. Hari hari berlari kecuali hari berpuasa! Kagum betul dengan semangat Kak Nur. Larian Kak Nur bukannya 3 kilometer ke 4 kilometer ke, tapi lebih dari 10 kilometer :')
Jadi, dah selesai cerita aku, sekarang nak tanya, BMI kalian dalam kategori apa? Mind to share? 😉
Nota jemari: Kalau bagi sesiapa yang rasa berat badan adalah isu sensitif bagi mereka, tak perlu share BMI kalian dalam kategori mana. Aku faham ada orang yang rasa atau anggap berat badan ini salah satu isu sensitif bagi dirinya. Sama juga macam usia :)
Ya Allah, mesti Sk macam gergasi kalau berdiri sebelah awak
ReplyDeleteSama BMI kurang. Haha tapi berat badan naik sedikit tapi belum sampai normal.
ReplyDeleteOh akak pernah makan B Kompleks tapi bukan sebab hendak naik kan selera makan tapi sebab rasa kekurangan vitamin B.
Hehe takpe, tunggu metabolisme rendah memang cepat naik berat.
BMI Kak Amie pun underweight waktu belajar dulu. Kulit pun rasa kering saja. Sekarang terlebih-lebih overweigth pulak hahahahaaa.
ReplyDeletefuhhh 34kg! Kalau jadi kakak pun tanya benda yang sama jugak haha risau lah kalau underweight ni.
ReplyDeleteringan betol awk ni.. akk kategori overweight.. haha!
ReplyDeleteKalau kak PC nak sebut pun malu dengan tiqa ni...adus, bila la nak dapat erat ideal ni. Ah..nangis.
ReplyDeleteRabia 147 cm
ReplyDeleteBerat 52.9 kg
Mak aiii ringannya boleh dilambung2...akak dah overweight...hahahahaha
ReplyDeleteHans overweight dah nih
ReplyDeletenak kena diet lah lepas nih :)
30++ cukup ringan tu.. Takpe, Berat ke, ringan ke, janji sihat.
ReplyDeleteSelamat menambah berat badan secara sihat.
ReplyDeleteRingan betul. Dulu pun ringan camtu cekeding je. Sekali naik, tak mampu nak turun turun ni. aduhaiiii
ReplyDeleteSemoga mencapai BMI yang ideal. Jaga kesihatan juga ya :)
Saya kalau minum susu memang cepat je berat naik walaupun kurang makan nasi. Setakat ni tak pernah lagi BMI underweight. Maintain je paras normal. 😀
ReplyDeleteBMI akak ideal tp tulah rasa bdn mcm kurus sgt walaupun berat 61kg
ReplyDeletesama la dulu kak naniey pun underweight. orang panggil tengkorak hidup jugak. cicak kubing la. pakai baju pun kena kutuk. ingat lagi kena kutuk dengan cashier depan muka sendiri plak tu. Eh geram pula ingat.
ReplyDeleteBiar je underweight asalkan sihat. Sekarang dah kahwin ada anak BMI normal tp lebih suka underweight lagi.
wahh kurusnya leh lambung2 nih., ;p
ReplyDeleteBMI ika pulak em tepuk dahi bila tengok balik apa semua haha. makanya kena exercise la kan kan kan haih T.T
ReplyDeleteAkak pun underweight, tapi takdela sampai below 40. Orang kata nanti dah kahwin berat akan bertambah tapi since tak kahwin-kahwin, tak dapat nak uji teori tu. Dulu pernah gigih nak naikkan berat badan but then lama-lama malas dah. Lantaklah janji sihat. Blessing tau bila makan banyak mana pun tak gemuk. Enjoy!
ReplyDeletehuntong lah, Sal.
Deletei love your last long sentence tu.
makan byk tapi tak gemoks! love it.
but mustahil bagi akak hu hu hu hu...
Fuhhhh berat akak 2x ganda nii. Aduiii tetiba rasa sedihh pulak. Bila berat nak normal ni 😆😆
ReplyDeleteakak skit termasuk overweight!!!
ReplyDelete25.2, Tiqah hu hu hu hu...