Isu Vaksin Kosong?

Dua tiga hari lepas tular satu kes di Malaysia dimana ada beberapa orang membuat laporan polis berhubung isu suntikan vaksin Covid19 kosong disebabkan kecuaian. Tapi menurut Berita Harian, hanya satu kes daripada 13 laporan polis yang dibuat berhubung isu tersebut.


Boleh terjadi ya kes cucuk vaksin kosong ni. Dan memang berlaku di pusat pemberian vaksin (PPV) Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah. Amaran juga sudah diberikan kepada jururawat terbabit dan akan dikenakan tindakan tatatertib oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Lepas tular isu cucuk vaksin kosong, ramai yang berkongsi di laman twitter yang mengatakan bahawa ibu bapa mereka berasa risau selepas cucuk vaksin sebab tak ada kesan sampingan macam orang lain. Risau dapat vaksin kosong. 

Tapi jangan risau, kesan sampingan ini berbeza antara satu sama lain. Ada yang akan demam lepas cucuk, ada yang sihat walafiat. Ada yang lenguh tangan lepas cucuk vaksin dan mungkin juga boleh jadi ada yang tak ada lenguh lenguh pun.

Jadi, untuk mengelakkan kekeliruan berulang, penerima vaksin boleh dan dibenarkan untuk merakam proses pemberian vaksin. 

Sumber: Berita Harian

Tapi itulah, kalau yang remaja dan muda mudi bolehlah buat video semasa proses pemberian vaksin tu. Tapi kalau ibu bapa yang dah tua? Mana retinya nak rakam rakam semua tu.  

Tapi apa-apa pun, aku ada nak share tatacara vaksinasi bagi sesiapa yang belum cucuk vaksin lagi (termasuk aku) hehehe. Puas menunggu bilalah giliran aku pula untuk dapat vaksin. Tapi aku akan tetap menunggu. Macam tengah tunggu kekasih, eh tiber! Kah! Setiap hari buka dan refresh MySejahtera, tapi masih belum ada panggilan. 


Standard of Procedure (SOP) Penyuntik Vaksin

  • Tunjuk jarum suntikan yang telah diisi dengan vaksin mengikut kuantiti yang ditetapkan kepada penerima vaksin
    • Pfizer: 0.3 ml
    • AstraZeneca: 0.5 ml
    • Sinovac: 0.5 ml
  • Suntik vaksin dengan sempurna
  • Tunjuk jarum suntikan yang telah dikosongkan kepada penerima vaksin

Standard of Procedure (SOP) Penerima Vaksin

  • Pastikan jarum suntikan diisi vaksin dengan kuantiti yang tepat mengikut jenis vaksin
  • Pandang ke arah lengan yang disuntik untuk memastikan kesemua kuantiti vaksin disuntik. Rakaman video atau gambar dibenarkan
  • Pastikan jarum suntikan kosong sebelum mengimbas kod untuk melengkapkan vaksinasi

Pandang eh masa orang nak cucuk hmmm agak menyeramkan HAHAHA sebab aku macam takut sikit kalau tengok orang cucuk. Bukan takut sakit, tapi entah. Rasa takutlah bila tengok orang nak cucuk aku. Jadi memang aku takkan pandang bila kena cucuk. Tahu tahu dah siap hahaha. 

Masa nak check bacaan gula dalam darah tempoh hari pun aku tak tengok masa housemate cucuk dekat jari aku. Pejam mata beb. Sakit tu tak kisah sebab sakit macam kena gigit semut api (semut merah) je. Bukannya sakit macam kena tikam pisau. Eh dah pernah ada pengalaman kena tikam dengan pisau ke? (aku cakap dengan diri sendiri tiber hehehe).

Tapi pandang ke tak pandang ke, bergantung kepada individu. Janji sebelum cucuk, kita nampak dalam syringe ada vaksin, dan selepas cucuk, syringe dah kosong. Kosong sebab dah selamat dicucuk ke dalam badan kitalah, bukan kosong sebab lain pula.

Stay safe semuanya!  

26 comments

  1. MashaAllah macam-macan cerita, katanya staff terlalu letih.. Berbanyak-banyak berdoa, yang teraniaya, termmakbul doanya, inshaAllahh terlindung dan terbaik. Thanks for sharing, bab tengok jarum tu gerun.. sebab tu tak jadi doktor kannaa..

    ReplyDelete
  2. macam2 kes lah kan
    debar nk tunggu dose kedua pulak ni

    ReplyDelete
  3. debar pulak ni hari rabu akak baru nak dapat 1st dose, memacam terpikir sedangkan biasa dah kene cucuk dengan jarum lagila masa ambil darah kalau nak jumpa doktor

    ReplyDelete
  4. Masa injet kali pertama saya tak tengok nurse injet, tapi kali deua saya pastikan nurse betul-betul cucuk.

    ReplyDelete
  5. Entah macam-macam. Harap-harap beri peringatan pada kita.

    ReplyDelete
  6. macam macam isu vaksin ni. Haritu saya tak tengok dia cucuk. Takut tengok jarum punya pasal. Tahu tahu dah siap. Tapi sebelum cucuk dia ada bagitahu vaksin apa berapa ml semua tu. Second time nanti nak rakam lah sebab dah boleh rakam. Itulah kan, terfikir juga kalau warga emas tu macamana. Tapi kataya boleh je mintak tlg sukarelawan kat situ.

    ReplyDelete
  7. Bila fikir balik risau ada, takut pun ada...

    ReplyDelete
  8. Akak tengok waktu dia cucuk, tapi cara dia pegang picagari tu, block pandangan akak, jadi akak tak nampak. Sebab ada kesan sampingan, kita fikir baik-baik je, vaksin masuk. Dia tunjuk sebelum, dia bagitau vaksin apa, berapa ml, selepas, tak tunjuk pulak. Kita anggap dia penat la, sehari, berapa ratus tangan dia kena cucuk. :)

    ReplyDelete
  9. arap xde dh pasni isu cucuk vaksin kosong.. kesian kat sume org..
    nsb baik ms akk kena cucuk tu nurse tnjuk jarum..
    nmpk ade isi.. hihi

    effect lps vaksin mmg xsama sume org.. kalo sinovac xde effect sgt.. tp ats bdn masing2 jgk kan..

    ReplyDelete
  10. Dulu katanya tak boleh rakam proses cucuk vaksin. Sekarang dibenarkan pulak.

    Bagus ada yang rakam sampai terkantoikan frontliner tu. Kalau tak, kita sendiri pun tak tahu memang vaksin tu masuk dalam badan ke tak.

    Bagi saya, alasan penat sampai tak perasan tu sangat tak munasabah. Kalau penat, tak cucuk dah kat bahu. Mungkin kat dahi? 🤭

    ReplyDelete
  11. Macam-macam isu, ada yg kata itu propa anti-vaksin..
    ermm ntah la...
    Pape pun semoga semua orang pun dapat vaksin yang sebetulnya :)

    ReplyDelete
  12. mmg kes naya la kalau vaksin kosong.. huhu

    ReplyDelete
  13. Harap2 tiada lagi kes sebegini berlaku. jadi leceh pula bila nak rakam semua ni. Cukup tengok syringe tu berisi vaksin sebelum dicucuk pun ok dah..

    ReplyDelete
  14. Nasib masa akak cucuk semalam memang dia buat depan mata kita, dia suntik vaksin tu dari botol ikut ML yang dah ditetapkan dan masa nak cucuk dia suruh kita pandang...cumanya tak leh amik gambar..kat tempat lain ada yang boleh kan...

    ReplyDelete
  15. Sekarang timbul macam-macam isu. masalahnya bila hantar ibu bapa anak atau waris tidak dibenarkan ikut masuk atau tengok. Suruh tunggu kat luar. Allahu.

    ReplyDelete
  16. Bagi akak ia sangat2 menyedihkan..seolah2 nyawa org hanya mainan..

    ReplyDelete
  17. Takutnya kalau kena cenggini.Dah lah takut nak tengok jarum, inikan pulak nak rakam as a prove😂.Harap tak ada dah isu vaksin kosong ni.Naya jer free2 bagi cocok lengan.Rupanya vaksin pun tarak😅.

    ReplyDelete
  18. Memang taklah nak tengok dia cucuk.. Tawakal je pada Allah.. dia nak tipu tu antara dia dengan tuhan.. Amanah kan untuk dia buat kerja tu.. Kalau tak betul, terpulanglah.. Tak kuasa nak cerewet nak tengok bagai.. Dengan beban kerja diorang yang nak cucuk beribu orang setiap hari.. Sha pegang konsep percaya diorang buat kerja dengan ikhlas.. InsyaAllah semuanya baik-baik sahaja..

    ReplyDelete
  19. kesian lah siapa yang dapat vaksin kosong. Masa cucuk haritu nurse tunjuk sebelum cucuk dan selepas vaksin. Tengok jugak dia cucuk sebab takut jadi isu ni

    ReplyDelete
  20. Nasib baik inject first dose hari tu demam sikit, kalau x risau jugak ni. Haha. Masa nurse tu tunjuk syringe, akak tengok je tapi entahla nervous sangat, kaki pun gigil. kalau dia inject air sirap pun akak tak perasan.

    ReplyDelete
  21. Banyak betul isu vaksin yang timbul kan... lepas tu menyusul macam-macam defence - penat la, kes terpencil la... harap-harap rezeki kita nanti semua mudah dan lancar.

    ReplyDelete
  22. ada jg manusia mcm ni..kesian mereka yg dpt vaksin kosong...

    nurse tunjuk picagari yg isi vaksin seblum cucuk, masa cucuk tu, tengok sipi2 je, tapi mmg rasa..

    ReplyDelete
  23. Saya belum kena cucuk jugak..Huhu..Moga saya fokus lah nanti tengok orang tu cucuk betul ke tak..Syeram gak ekk

    ReplyDelete
  24. Allahu Akbar! Macam-macam cerita yang tak pernah terfikir!

    ReplyDelete
  25. jgn laa aniaya org mcm tu esp yg x tau apa2 psl vaksin n covid ni...sy setuju part amik gmbr or video ms suntik tu. tp bagi yg x mampu serba serbi mcm mn? patut letak cctv kt ppv tu utk pantau keadaan...

    ReplyDelete
  26. Kalo harus melihat saat disuntik, saya tak berani sebenernya. Tiap disuntik selalu aja mengalihkan pandangan ke tempat lain hahahaha. Takut liat jarum suntik tuh.

    Alhamdulillah kemarin saat vaksin, saya ikut program yang diadakan Police area rumah saya. Dokter Police yang menyuntik. Insyallah jujur lah mereka, tak memberikan vaksin kosong. Jahaat kalo benar ada yang seperti itu :(.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)