Mungkin ada dalam kalangan para pembaca yang pernah dengar tentang YouGov kan? Kalau ada yang masih belum dengar atau tahu tentang YouGov, YouGov melakukan tinjauan pendapat secara online.
Senang cerita, jawab online survey. Survey bukan hanya fokus kepada satu topik sahaja, tapi merangkumi semua topik. Macam macam ada. Politik, isu semasa contoh Covid-19 dan lain lain lagi. YouGov ini terbuka kepada semua orang, tidak hanya di Malaysia tapi meliputi seluruh dunia.
Kebiasaannya masa yang diperuntukkan untuk menjawab satu survey tak tetap. Ada tiga minit, ada 15 minit dan ada yang lagi lama dari itu. Memang bergantung kepada survey yang diberikan.
Jangan risau, tak susah pun soalan yang ditanya. Semua soalan objektif. Tak ada kena buat karangan ke surat rasmi ke apa apa ke, memang tak ada. Itu pasal aku masih kekal dengan YouGov sebab objektif sahaja. Kalau dia suruh buat karangan, kirim salam awal. Memang idok ler teman nak menjawab HAHAHA.
Penat penat jawab survey, apa hasilnya? Apa yang kita akan dapat lepas selesai jawab survey?
Dapat points. Points pun bergantung kepada survey juga. Kadang kadang ada dapat 90 points, ataupun 150 points, atau 210 points dan paling banyak points pernah aku dapat ialah sebanyak 510 points. Tapi jenuh nak habiskan survey itu sebab memakan masa hampir 30 minit.
Kalau yang jenis tick tick tak baca soalan, memang sekejap lah siap. Tapi aku baca satu satu, jadi sedar sedar 30 minit dah masa berlalu. Tapi puas hati sebab dapat collect points banyak juga hehehe.
Aku sebetulnya dah lama join YouGov tapi tahun 2018 atau 2019 baru aku macam serious. Siap install aplikasi lagi di telefon. Tapi agak struggle untuk kumpul points sebab dulu survey macam jarang jarang ada.
Dan November 2019, aku berjaya tebus 5, 000 points buat pertama kalinya. Dan Julai 2021, aku berjaya tebus 5, 000 points buat kali kedua. Fuhh!
Jadi, untuk kali ketiga mungkin aku akan berjaya tebus pada tahun 2023 barangkali? 😂 Tapi tak apa, tak kisah pun. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada pun tak apa. Bolehlah buat isi masa lapang yang tersangat lapang HAHAHA.
Tak susah pun, jawab online survey saja. Cukup points, tebus. Tunggulah hasilnya. Benda percuma kan? Tak merugikan kita pun, tak payah keluarkan satu sen pun. Hanya perlu jawab online survey sahaja hehehe.
Tapi belakangan ini aku perasan, survey dah macam selalu ada. Dah tak macam dulu dulu lagi dah. Jadi mungkin tahun depan aku boleh tebus untuk kali ketiga? 😆
Empat gambar diatas merupakan rewards yang boleh ditebus lepas selesai kutip 5, 000 points. Tak banyak pun rewards yang ditawarkan tapi aku suka! Sebab boleh tebus duit! Hehehe.
5, 000 points = RM 70.00. Lepaslah buat beli makanan sikit, beli beras, beli telur, beli roti gardenia dan gula-gula mentos hehehe. Janganlah expect dapat ratus ratus apatah lagi ribu riban ya. Dapat RM 70.00 pun dah boleh tahan dah (bagi aku).
Aku tak tebus points dengan reward pertama iaitu topup sebab aku tengah gigih habiskan data YES yang aku dapat tempoh hari. Ada kawan kawan yang baik hati, siap bagi lah data percuma YES yang mereka dapat ke aku. Makin bertambah-tambah data percuma yang aku dapat. Memang tak pandang dah nombor TuneTalk dan Hotlink aku HAHAHA.
Baca disini: Claim YES Sim Card on Shopee
Tapi nanti kena topup juga sebab takut nombor mati. Kalau nombor TuneTalk mati, maka 'matilah' aku sebab nombor TuneTalk itu nombor official. Semua yang berkaitan dengan bank, memang pakai nombor TuneTalk.
Jadi, sekarang dah selesai tebus dan hanya perlu tunggu duit masuk ke akaun PayPal. Walaupun cakap dapat RM 70.00 tapi dapat lebih. Lebih tak banyak pun, lebih dalam RM 3.00 atau RM 4.00 macam itu saja.
Macam dulu, aku dapat RM 74.40 kalau tak silap. Sebulan menunggu untuk duit masuk ke akaun PayPal :') Bila dah masuk, aku terus transfer ke akaun Bank Islam Jadi total bersih aku dapat ada lah dalam RM 71.00 sebab ada cas dikenakan.
Tapi aku rasa kali ini, proses dia makin laju? Sebab baca dalam email, dalam masa 10 hari, duit akan dikreditkan dalam akaun PayPal aku. Kita tunggu dan lihat betul ke idok dalam masa 10 hari itu hehehe.
Jadi sesiapa yang berminat nak jana pendapatan geli geli, bolehlah install aplikasi YouGov dan daftar macam biasa. Dah selesai daftar, boleh mula menjawab survey.
hahahha k ret mmg collect point utk Air asia hehhee....
ReplyDeleteSebab kak ret travel kan? Saya fikir nak tebus air asia jugak tapi fikir bila masa nak travel, jadi cancel lah hahaha, kita tebus duit aje hehehe
DeleteHendak muat turun aplikasi ini yang lemah. Sudahlah jenis malas tebus. Hehe semoga banyak mata untuk Atiqah.
ReplyDeleteHahahaha saya pun malas jugakk tapi fikir balik, jawab jelah. Sekejapp aje hehehe.
DeleteMaceh kak NA! :)
Best tuuu
ReplyDeleteBest! Try lah rabia hehehe
DeleteSemoga terus dilimpahi rezeki ya.
ReplyDeleteAamiin aamiin ya rabbal alamin, maceh kak PC :)
DeleteTak pernah tahu pasa YouGov ni. Suka gak mnegutip points. Berbaloi tu dapat point boleh tukar duit. Points shopee paling rajin collect. hehehe...
ReplyDeleteBetul, bagi saya agak berbaloi dapat tukar duit.
DeleteEh! Samalah kita kak fiza, takkk pernah lah tak collect points shopee tuuu hahahahaha
Tak pernah join lagi survey macam ni. Pernah join yang baca artikel je. Tu pun terpaksa give up. Lama sangat nak dapat point.
ReplyDeleteYougov ni okeylah, sebab soalan objektif je kan, just tick tick aje.
DeleteSebab tu tak give up dengan yougov. Tapi kalau online survey lain, memang give up awal sebabbbbb renyah sangat hahaha
YouGov tak pernah cuba lagi. Tapi setakat ni majoriti survey yang akak pernah joint macam payah jer nak collect point.Kadang tu belum sempat habis jawab dah kene kick🤣.Dah rugi tak dapat point.Lepas tu demand pulak nak suh jawab guna dekstop lah ape lah. Cam renyah jer.
ReplyDeleteTry lah yougov ni kak syu hahaha. Tak renyah punnn bagi saya. Jawab pakai telefon aje. Install apps dalam telefon. Nanti setiap kali ada survey, dia hantar email. Yougov tak ada yang kena kick, cumanya kalau kita tak sesuai dengan survey tu, dia akan pendekkan masa menjawab. Jadi sikit jelah points dapat. Tapi tak selalu pun macam tuuu :D
DeleteBetullah, Tiqah. Dahulu bercinta nak naikkan points Yougov sebab survey memang tak banyak. Sekarang ni akak perasan, kerap juga invitation untuk survey dihantar ke e-mail. 😊
ReplyDeleteBetull tuu, memang berchenta sangat nakkk naikkan points dia sebab boleh dikatakan sebulan sekali baru ado, tapi lately dah banyakkk kan hehehe. Harap harap lajulah boleh collect points HAHAHAHA :D
DeleteThanks share. Ok la tu musim kena duduk rumah ni masa lapang seluas angkasaraya, baik buat benda boleh mendatangkan hasil
ReplyDeleteKann kak sal, mana yang boleh datangkan hasil halal, kita buat hehehe :D
DeleteSeronok juga kutip-kutip points ni.
ReplyDeleteBoleh tahan seronok jugak kak amie hehehe
DeleteAsal kak naniey baru tahu eh.. Ketinggalan sungguh ni!. Boleh cuba juga
ReplyDeleteWalaupun tak ada kerja tetap lg kena pandai cari side income utk diri
ReplyDelete