Suka betul ya buat entri yang ada kaitan dengan berat 😂 Tapi kali ini bukan nak cakap pasal berat badan. Tapi berat blog kita semua. Ya, blog pun ada berat mereka tersendiri.
Baca disini: BMI Underweight ke Normal?
Pernah tahu ke berapa berat blog anda? Berapa lama tempoh masa loading blog anda? Ya, tempoh masa loading blog memainkan peranan yang sangat penting sebab kalau lambat sangat loading, ada kemungkinan besar untuk para pengunjung close tab atau tekan butang pangkah sebelum selesai loading page blog.
Jadi, dekat mana nak timbang berat blog?
Dekat sini: https://tools.pingdom.com/
URL macam biasa, isikan URL blog masing-masing dan TEST FROM itu aku pilih Asia. Sebab aku rasa itu saja yang macam kena dengan Malaysia huhuhu. Ke aku salah? Dan tekan START TEST. Tunggulah beberapa saat, keputusan akan keluar dekat bawah.
Dan ini keputusan berat blog aku
Masa yang diambil untuk load ialah selama 20.95 saat. Agak lama juga ya blog aku ambil masa untuk load? Sebab aku ada baca dekat satu blog dan dia cakap, better 10 saat dan ke bawah. Tapi masalahnya, benda ini ikut line internet juga kan?
Kalau line internet slow, jadi slow lah load time yang diambil. Betul tak? Aku cuba dua tiga kali juga, dan aku dapat sekejap 18+ saat, sekejap 20+ saat dan sekejap 17+ saat. Itu aku cakap tadi, bergantung kepada kelajuan internet yang digunapakai juga.
Performance grade blog aku 62, dan ada tulis huruf D. Ini kalau dalam peperiksaan, teruk juga kalau dapat D 😂 Yang requests itu aku tak faham. Ada sesiapa faham? Mind to explain? Hehehe.
Itu dia! Berderet deret grade F! Bawah sekali saja yang A. Tapi nak explain dengan lebih terperinci pun aku tak berapa faham juga, yang aku faham load time dan performance grade sahaja HAHAHA.
Ada lagi keputusan lain lain tapi macam aku cakap tadi, aku tak faham hehehe. Kalian bolehlah cuba timbang berat blog masing-masing. Tengok seberat apakah blog anda semua. Seberat durian kampungkah? Atau seberat durian musang king kah?
Eh tiber, mentang-mentang musim raja buah sekarang ini. Walaupun musim raja buah, tapi aku tak makan hehehe, hanya mampu melihat saja.
Tips mengurangkan masa loading blog:
- Kurangkan penggunaan gambar (jpeg) kerana size jpeg kebiasaannya adalah besar
- Kurangkan bilangan entri pada home page blog. Setting bilangan entri kepada dua atau tiga entri sahaja
- Kurangkan widget yang banyak menggunakan javascript
- Letak widget yang mempunyai size yang besar seperti blog achieve, bloglist atau followers di bahagian bawah blog supaya elemen blog yang lain dapat dibaca terlebih dahulu
- Letak "Read More" bagi meringkaskan post entri supaya loading setiap entri dapat dibaca dengan lebih cepat
Ada banyak faktor yang mempengaruhi loading time sesebuah blog. Jadi, kalau blog berat, kena kurangkan atau buang widget widget yang tak penting.
Kalau zaman dulu dulu, suka betul letak lagu dalam blog HAHAHA. Lagu pun bukan main jiwang. Tapi sekarang dah tak ada blogger yang letak kan?
Dan dulu pun selalu juga letak jam digital, kononnya nak memudahkan readers tahu pukul berapa padahal di telefon mahupun di laptop pun mesti ada paparan masa dah. Jadi itupun salah satu faktor yang boleh mempengaruhi loading page blog.
Hahhaa betul2 dulu mmg suka gila letak list2 lagu pastu oto play 😜😜 jap nak try gak la tgk berat blog kita haha.. Sma x berat mxm tuan dia gaknya😂
ReplyDeleteOk dh try. Loading pGe 2.31 saat.. Perghh nasib baik hahaha.. Performance grade C 80.. Haha klu dl exam 80 tu dh bole dpt A 🤣🤣
DeleteKannnnnnnnn hahahaha, lagu auto play, memang syok sungguh letak playlist dulu dulu.
DeletePehhh 2.31 saat memang laju :') Jauh beza dengan blog saya. Uish kalau 80 dikira C, kalau A mungkin 100 kot hahaha >.<
Tq Atiqah. Kak Amie dapat D67. Loading 19.83 saat.
ReplyDeleteEh samalah performance grade kita kak amie, saya pun dapat D hahaha >.<
Deletejap g kalau sempat akak timbang.sebab sekarang ni akak tengah audit blog ni.hi3
ReplyDeleteTimbang jangan tak timbang tau kak syu hihihi :P
Deletenantilah kalau rajin nak timbang juga nak tau berapa kati blog sendiri..hehe
ReplyDeleteBerapa kati ya agak agak blog tiara hahaha :P
DeleteSaya test blog, average 3 saat. Terkejut pulak. Mungkin sebab line internet.
ReplyDeletePasal gambar format jpeg tu, saya rasa ok lagi. Just elakkan guna format png sebab png biasanya lagi besar dari jpeg. Dan kalau nak lagi kecik tapi berkualiti, guna format webp. Banyak company besar sekarang guna format webp.
Kan, saya rasa line internet pun main peranan jugak ni.
DeleteOhhh png lah paling besar ye? Saya udah ler selalu pakai png sebab nak quality cantik, no wonder lah loading blog saya agak lama >.<
Terima kasih atas perkongsian ini.. Saya sudah cuba, loading time blog saya 2.32 saat.
ReplyDeleteSekejap je tuuu, tapi memang betul, saya masuk blog encik fairus kejap je untuk load sepenuhnya. Mungkin sebab internet dan blog encik fairus pun tak banyak widget kannn.
DeleteYa kelajuan loading tu bergantung pd kelajuan internet...
ReplyDeleteBetul tu akak, memang internet main peranan penting jugakk ni hehehe
DeleteHehehe....kena timbang jugak ni...
ReplyDeleteTimbang jangan tak timbang As ;)
DeleteHehe jam itu masih ada lagi dalam blog akak.
ReplyDeleteDahulu timbang memang berat, agaknya sekarang ringun sedikit sebab ada widget sudah dibuang. Nanti kena buat pembersihan lagi.
Saya tengok dah no longer supported dah waktu di malaysia dalam blog akak. Betul, memang selalu kena buat pembersihan, biar blog sentiasa freshh hehehe
DeleteHaha. Lama tak timbang berat blog,sebab so far takde complain dari blogger lain. Gambar memang akak resize sebab akak buat entry suka taruk gambar banyak. Berat tulang update blog je yang pasti. Hehe
ReplyDeleteSamalah, kita pun suka taruk gambar jugakk, mungkin sebab tu kot blog loading lambat huhuhu. Tapi masuk blog kak sal memang laju, sekejap aje load nya. HAHAHAHAHA berat tulang nak update blog tu yang parah tu >.<
DeleteDulu rajin timbang berat blog. Stress asyik berat je. Guna lazyload membantu jugaklah. lepas tu reduce widget pakai yang diperlukan je. bloglist pun buang. baru sekarang letak. Sekarang tak fikir dan stress dah sebab benda tu macam tu jugak tengoknya. Bergantung pada kelajuan internet pengguna juga.
ReplyDeleteBila cuba link yang atiqah share load time blog saya 3.96s. Tapi ada yang kata blog saya lambat loading. mungkin data internet dia kurang laju atau mungkin juga sebab saiz gambar dalam blog. macam macam faktor boleh jadi. Huhu..
samalah gred kita D..huhu
Kan kak fiza, saya rasa internet ni main peranan penting jugakk. Saya pun dah banyak buang macam popular posts, recent post tapi masih sama huhuhu :')
DeleteTapi kalau kak fiza tanya saya, setiap kali saya masuk blog kak fiza kejap aje loading time.
Ini kalau dalam exam, dah teruk dah kalau dapat D HAHAHA >.<
Nanti bukak laptop nak try timbang laa 😆😆
ReplyDeleteJangan lupa timbang tau kak nadyya :P
DeleteKejapp nakk check blog rabia pulak tq for sharing
ReplyDeleteSama sama rabia, moga moga dapat membantu ;)
DeleteHahaha.. terus akak cuba..
ReplyDeleteloading akak 13 second je tapi saiz blog 10mb.. hahahaa..
terus akak klik pingdom tu, Tiqah.
ReplyDeletemcm berat melampau blog akak tu.
da 12 tahun kan. byk merepek dulu kala.
lom sempat repair entri lama la... hu hu hu hu...
blog akak :
Deleteperformance D - 65
load time - 3.96s
page size - 2.1mb
Nanti nak kena pergi timbang ni... kalau obese nak kena suruh diet jadi langsing :)
ReplyDeleteDah banyak kali check, memang depends pada kelajuan internet gak . sebab dulu pernah ada blogger buat contest dengan syarat bagitau apa lagi yang boleh dibaiki kat blog beliau, sekali ada orang komen blog dia berat, tapi owner blog cakap, dia dah check.. ok je masa dia check...
ReplyDeleteBtw, betul tips nak kurangkan berat blog tu... dulu siap letak anak panah kaler kaler, bentuk comel comel la.... muzik la... salji turun masa orang baca blog .. ehh.. macam macam ... sekarang dah guna konsep minimalist la