Kempen Kibar Bendera Merah untuk Bantuan Makanan Haiwan


Di samping kempen kibar bendera putih, jangan lupa juga untuk kibarkan bendera merah untuk bantuan makanan haiwan. Menurut Arie Dwi Andika iaitu Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, pemilik haiwan peliharaan hanya perlu mengibarkan bendera merah sebagai isyarat kepada penduduk sekeliling yang mereka memerlukan bantuan untuk haiwan peliharaan mereka.

Kempen Kibar Bendera Merah bertujuan untuk membantu pemilik yang terkesan akibat pandemik Covid-19 untuk mendapatkan bantuan bagi haiwan peliharaan mereka. 

Berlakunya peningkatan kes pembuangan kucing dan anjing peliharaan ke jalanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi kempen ini terpaksa diambil bagi membendung masalah pembuangan haiwan tersebut. 

Pembuangan haiwan berlaku kerana pemilik haiwan tersebut mengalami masalah kewangan untuk terus memelihara haiwan yang sudah lama dipelihara, malah turut pernah menjadi sebahagian daripada keluarga mereka. 

Akhirnya, kucing atau anjing yang dibuang ke jalanan mengalami kecederaan, trauma, penyakit berjangkit dan seterusnya mati kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.  

Bagi kempen kibar bendera merah, pemilik haiwan hanya perlu mengibarkan bendera merah sebagai isyarat kepada penduduk sekeliling yang mereka memerlukan bantuan. 

Sikap ambil peduli dengan bertanya khabar keperluan bekalan makanan kucing dan anjing jiran secara tidak langsung dapat membantu pemilik haiwan tersebut yang menghadapi tekanan ekonomi semasa pandemik Covid-19 melanda negara.


Mulianya hati bagi sesiapa yang mula-mula mengusulkan kempen kibar bendera merah untuk bantuan makanan haiwan ini. Tidak hanya memikirkan perut diri sendiri, tapi masih ada empati dalam diri untuk memikirkan perut haiwan yang perlu diisi juga.

Ya, dalam dunia ini bukan manusia saja yang ada. Semua makhluk Allah ada. Tapi yang paling dekat dengan kita, sudah pasti haiwan seperti anjing dan kucing. Bukan hanya perut kita yang perlu diisi dan dipenuhi, perut mereka tetap perlu diisi dengan makanan. 

Kepada pemilik haiwan, kalau anda ada masalah kewangan untuk membeli makanan haiwan peliharaan anda, ataupun haiwan peliharaan anda sakit dan perlu dibawa ke klinik, jangan segan silu untuk kibarkan bendera merah bagi memastikan orang sekeliling anda tahu yang anda memerlukan bantuan untuk haiwan peliharaan anda.

Jangan buang mereka ke pasar, atau ke mana-mana sahaja. Belalah mereka sampai ke hujung nyawanya. Even ada stray cats yang datang bertandang ke rumah kalian, bagi saja dry food untuk mereka. Nanti esok esok, satu kampung dia bawa geng dia ke rumah kalian HAHAHA. 

Tapi jangan beli kibbles yang berwarna warni ya sebabnya tak elok untuk mereka. Boleh dapat penyakit nanti.

Banyak saja makanan kucing yang tak berwarna yang murah. Aku biasa beli brand Greens. Dijamin tak berwarna. Dan murah. Sayang, Hitam dan Nana memang suka kalau bagi makan kibbles brand Greens ini. Rindu pula tiga ekor ini :')

Tapi tapi, jangan ada yang ambil kesempatan pula ya. Moga moga kempen ini serba sedikit dapat membantu pemilik haiwan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini. Semoga Allah melimpahkan rezeki yang berterusan kepada sesiapa yang berbuat baik kepada haiwan. Aamiin.

16 comments

  1. bagusnya
    kebetulan memang byk kucing2 berkeliaran skrg ni
    samada bertuan atau tidak
    insyaallah selagi ada kami sentiasa letak mknan di dpn dan blkg umah
    alhamdulillah sentiasa kosong bekas

    ReplyDelete
  2. kat rumah k ret ni pun byk betul kucing2.. ntah mana datangnya... tiba2 je muncul..
    tapi kitrg bagi je makan apa yg ada...

    ReplyDelete
  3. Lps ni makin ramai yg kibar bendera putih. Harap bantuan kerajaan tu dipercepatkan

    ReplyDelete
  4. Brand greens ni sedap agaknya kan, kucing2 sy pun suka makan brand ni dulu

    ReplyDelete
  5. Bagus. Ada inisiatif untuk bantu haiwan. Dulu pun ramai yang bantu bagi makan kat haiwan jalanan. Siap bawak makanan dalam bekas lagi bila keluar rumah.

    ReplyDelete
  6. Bagus juga ada perbezaan warna kibarkan bendera ni. Jadi yang membantu tahu apa pertolongan yang diperlukan.

    ReplyDelete
  7. Bagusss.. moga dipermudahkan urusan kita semua..

    ReplyDelete
  8. Haha akak ada bela kucing. Sudah jadi 5 ekor.
    Alhamdulillah mampu lagi beli makanan cuma malas keluar beli makanan kucing sahaja.
    Oh jenama Greens ada dijual pasaraya ke? Nanti harap jumpa.

    ReplyDelete
  9. Insyaallah.. 8 ekor kucing saya cukup makan buat masa ni..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, kucing akak tak pernah tak makan. Terlebih makan adelah🤣. Kadang-kadang sampai sedekah dekat kucing belakang rumah sebab belagak memilih makan punya pasal.

    ReplyDelete
  11. Wah..bagus kempen ni. Bukan apa, makanan haiwan selalunya lagi mahal dari makanan manusia. Tapi kalau akak nampak bendera merah ni akak bagi duit jelah, tak reti nak beli makanan haiwan. huhu

    ReplyDelete
  12. Bagusnya! Sedih bila fikirkan haiwan-haiwan ni tak cukup makan.
    Nanti nak survey brand Greens tulah. Buat tambah stok untuk kucing-kucing datang minta makan luar rumah.

    ReplyDelete
  13. Tadi terbaca dalam grup FB dunia kucing kesayangan ROYALPet ada owner 60 ekor kucing dah tak mampu nak bela kucing-kucing tu sebab PKP dah takde kerja sedih baca.

    Pernah cuba Greens yang plastik merah tu untuk kucing-kucing Mrs.A tapi mereka tak sesuai cirit-birit si Upin

    ReplyDelete
  14. Baru tahu yang nii. Bagus jugak kempen cmnii.. macam rumah akk ada ikan jaaa. Makanan dia pon xpenah abes 😆😆

    ReplyDelete
  15. Oooo... begitu maksud kibar bendera merah! Tq for sharing Atiqah.

    ReplyDelete
  16. Ika baru tahu jugak pasal bendera merah ni. Iya la kan, bukan manusia saja yang dalam kesusahan. Haiwan pun nak makan juga :) Nice usaha macamni.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)