Makan Petang Bersama Popia Pisang (Popis)

Alhamdulillah, hari ini dapat makan popia pisang atau senang dipanggil popis lagi sekali. Pisang yang disumbat dalam kulit popia dan di bahagian atas ditaburi dengan beberapa jenis topping. Ada macam macam jenis topping yang boleh diletak antaranya chocolate, caramel, keju, nutella, nestum dan sebagainya. Kalau tanya favorite aku, mestilah chocolate dengan caramel.

Kisahnya, tengah main game township, tiba tiba kawan call, cakap dia ada orderkan popis untuk aku. Oh sebelum aku bercerita panjang lebar, aku nak bagitahu, siapa siapa yang follow aku di instagram itu buat buat tak nampak sajalah story kedua aku ya HAHAHA. Kita malu hehehe.

Okey, back to popia pisang, aku terkezut sebab tak expect akan makan popis lagi hari ini memandangkan aku baru makan hari rabu lepas 😂 Tapi yang memberi tak tahu aku baru makan. Dia ingat aku dah lama tak makan, itu yang tiba-tiba dia belikan untuk aku. Tapi dah orang belanja kan? Kita makan sajalah. Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari.

Foresight view

Close view

Sekali pandang yang bahagian atas dah macam hmm malas nak sebut hahaha tapi abaikan. Topping nutella dan keju. Jadilah kekejutella. Sedap? Mestilah! Popia pisang pun tergolong dalam golongan makanan kegemaran aku! Makan hari hari pun tak ada masalah HAHAHA. 

Sampaikan kakak aku dah naik jemu kalau dengar aku sebut popis. Popis, popis, popis dan popis! Macam tak ada makanan lain untuk dimakan, katanya hehehe.

Aku makan popis lepas dinner, sebab dah nak Maghrib masa popis sampai. Baik aku solat dulu, then baru dinner. Lepas siap makan nasi, kita sambung makan popis. Confirm mencanak naik bacaan gula aku. 

Tapi kena janji dengan diri, kena stop makan makanan manis untuk beberapa hari minggu hehehe. Kan nanti mimpi bacaan gula darah tinggi menjelma kembali macam aku pernah cerita sebelum ini.

Baca sini Part 1 dan Part 2

Makanan yang berunsurkan pisang semua aku minat. Itu pasal kecur air liur setiap kali tengok Sk dengan Kak Amie ada buat pengat pisang. Aku nak buat tapi kerajinan tak datang datang dalam diri HAHAHA. 

Dulu bukan main rancang dengan kakak, list kan barang apa yang patut dibeli, tengok cara memasak, tapi hampeh. Hampehlah sebab sampai sekarang tak buat buat 😂 Kakak aku pun sibuk kerja, balik lewat malam memang tak sempat nak buat. Balik kerja, dinner dan lepas solat Isyak terus belayar ke alam mimpi. Weekend pun kerja. Memang kalah pak menteri. 

Masih berbaki dua popia pisang dalam kotak, aku simpan dan makan esok. Tak boleh habiskan sekaligus sebab manis. Nak offer dekat housemates pun semua dah kekenyangan. Jadi, aku fikir simpan lah sikit untuk makan esok hari pula. Benda tak basi tak apa kalau disimpan cuma popis jadi sejuk lah. Kurang fresh.

Tapi sejuk sejuk pun tetap sedap! Kulit popia dia tak keras pun, memang lembut walaupun dah lama. Dah habis rasanya cerita aku bersama popia pisang, jadi yang tengah baca makan petang kamu semua apa? 

32 comments

  1. Kami makan makaroni goreng sambal kacang sotong kering.
    Sedap tu popis toping macam-macam pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunyi macam sedapp tuuu makan petang kak amie.
      Betul kak amie, rambang mata nak pilih topping apa, last last ambik topping coklat je yang biasa diambil hehehe.

      Delete
  2. Kali pertama tengok makanan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada nampak lain kali, trylah beli hehehe. Sedappp.

      Delete
  3. Suka makan popis. Favourite jugak. Kemain melimpah coklat dan cheese dia. haruslah sedap bila kedua dua tu bergabung. Hahaha..orang yang tengok jemu. Yang makan memang tak jemu. Dah nama pun favourite. Kan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali! Hahahaha. Orang lain jemu, kita yang minat ni memang tak jemu lah, benda favorite kot, takkan pernah jemu hahahaha :D

      Delete
  4. Akak petang makan roti John. Amboi meriah nutella dan keju sampai tenggelam tidak nampak popis itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh roti john punn sedap tu, dah lama tak makan! Last makan bulan puasa haritu rasanya.
      Itulah tu, tenggelam popis nya hahaha

      Delete
  5. Replies
    1. Sedappp wak kalau wak seorang yang suka makan makanan manis hehehe.

      Delete
  6. Tak pernah try makan lagi popis. Nutella tu memang menggiurkan. Ditambah lagi dengan keju Parmesan tu. 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti nanti try lah sekali hahaha. Memang sedapppp!

      Delete
  7. Pertama kali tengok popis. Mesti sedap berkejutella ek, coklat je mesti kegemaran. Pandai Atiqah, jarangkan had makan, yela kira tak kerap makan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedappp! Memang favorite saya hehehehe. Tapi tak boleh makan selalu sebab manissss, takut mencanak naikk bacaan gula dalam darah nanti :')

      Delete
  8. Tak pernah try popis lagi.. Nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedappp kak naniey, tapi manis lah sikit hehehe

      Delete
  9. Memang sedap . Lagi lagi kalau makan time panas2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul CCL, makan time panas memang double triple sedapppp! Hehehehe

      Delete
  10. Akak tak pernah makan popis, Atiqah. Kikiki.. nampak sedap, dari gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedappp kak nur, tapi manis lah sikit hehehehe

      Delete
  11. Waduhhh. Da lama xmakan nii. Kene buat sendiri keee cmni. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha wajib buat! Buat jangan tak buat tau kak nadyya hehehehe :P

      Delete
  12. Replies
    1. Try la beli rabia, sebab dekat ganu aje ni hehehe

      Delete
  13. wow,macam sedap!!jap g nak buat.Tapi nutella pulak tak hado!!ha3

    ReplyDelete
  14. Sep sikit! Akak pun apa-apa berasaskan pisang akak suka. Tapi popis tak pernah try lagi. Tak taula siapa yang reti buat kat sini. Buat sendiri memang nahi mungkin.

    ReplyDelete
  15. Meriah topping nya..byk keju..

    ReplyDelete
  16. Best tengok toping dia meriah gila.. hehehe
    Tak pernah cuba lagi popis ini..

    ReplyDelete
  17. Ya Allah, tergodanya! Akak pun macam Tiqah suka banana. Dulu kat kampus kawan-kawan siap gelar Farrah Mauzun sebab hantu pisang 😆

    ReplyDelete
  18. I have read your post this is useful for foodies as like me. It is looking Yummy by your photos. Please share some more chicken recipe and some about Chicken La Habra

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)