Hello semuanya! Straight to the point, sebenarnya hari ini terasa nak berkongsi dengan para pembaca semuanya tentang perkembangan dan perubahan blog yang aku alami sepanjang bergelar sebagai seorang blogger dari dulu sampailah sekarang.
Macam aku pernah beritahu sebelum ini, aku mula menulis dalam blog bermula pada tahun 2011. Tapi, disebabkan ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan antaranya kekurangan sumber internet, kekangan masa dan sebagainya, jadi aku terpaksa mengundurkan diri buat seketika dari dunia blog. Sedih memang sedih, tapi apa boleh buat kan?
Sampailah bulan Februari 2021, aku kembali semula. Salah satu sebab aku kembali adalah kerana minat yang begitu mendalam dengan dunia blog. Sebetulnya dah lama nak kembali dalam dunia blog, tapi ada saja halangannya sampailah tahun ini, aku rasa dah tak ada apa-apa halangan yang boleh menyekat aku daripada terjebak semula ke dalam dunia blog memandangkan sekarang aku secara rasminya sudah habis belajar, mempunyai banyak masa lapang dan lain-lain lagi.
Dulu aku memang zero knowledge kalau ditanya tentang blog. Dulu aku menulis memang langsung tak ada tujuan. Hanya sekadar suka-suka sahaja. Langsung tak pernah nak serius. Tapi seiring dengan peredaran masa, aku mula serius dan mengambil berat tentang blog. Apa aku buat masa kembali tempoh hari? Aku ubah pendirian dan mula tetapkan tujuan aku kembali menulis dalam blog.
Dan aku memulakan blog ini dengan memilih tema sebagai seorang lifestyle blogger dimana aku akan berkongsi pelbagai jenis topik antaranya pengalaman hidup aku sendiri, pandangan peribadi tentang rancangan televisyen, drama dan movie korea, produk penjagaan muka atau badan berdasarkan pengalaman aku sendiri, isu-isu semasa yang pernah atau sedang berlaku di dalam Malaysia dan banyak lagi. Senang cerita, macam-macam ada!
BLOGGER ATAU INFLUENCER?
Dahulu blogger. Sekarang influencer ke? Atau kedua-duanya sekali? Entah layak ataupun tidak untuk aku menggelarkan diri aku sebagai seorang influencer. Kalau layak pun, hanya layak dikenali sebagai mikro influencer kerana memiliki jumlah followers yang masih sedikit jika dibandingkan dengan influencers yang lain. Tapi tak apa, mikro ke macro ke, itu semua tidak penting. Janji terus berusaha untuk jadi yang lagi baik daripada sebelum ini.
MENJANA PENDAPATAN MELALUI BLOG
Selain itu, tak dapat dinafikan, melalui penulisan dalam blog, kita dapat menjana pendapatan kita sendiri. Dan memang terbukti benar apabila aku melihat ramai bloggers yang telah berjaya menjana pendapatan mereka sendiri hanya melalui penulisan dalam blog.
Aku cakap dengan diri aku sendiri, kalau orang lain boleh, kenapa aku tak boleh? Tak ada apa yang mustahil. Betul tak? Jadi, aku nak juga berjaya macam para blogger yang lain dengan terus menulis dan berkongsi ilmu tapi pada masa yang sama aku dapat menjana pendapatan aku sendiri.
Dan aku semakin bersemangat apabila permohonan aku untuk menjana pendapatan sendiri bersama satu syarikat yang sangat terkenal dan tidak asing lagi dalam kalangan bloggers berjaya lulus pada 24 Jun tempoh hari selepas menunggu selama 15 hari untuk lulus sepenuhnya.
PLATFORM UNTUK MEMPROMOSIKAN SUATU PRODUK ATAU PERKHIDMATAN
Blog juga boleh menjadi satu platform kepada para usahawan di luar sana untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang dijalankan oleh mereka. Para usahawan sendiri boleh meluaskan lagi pengetahuan orang ramai tentang perniagaan mereka melalui blog.
Hal ini terbukti betul apabila ramai usahawan mula menggunakan khidmat para blogger ataupun influencers untuk membantu meningkatkan lagi hasil penjualan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka.
Aku yakin semua orang mesti sedia maklum bahawa memilih seorang blogger mahupun influencer yang tepat dan bersesuaian dengan jenis perniagaan yang dilakukan oleh mereka dapat membantu mendapatkan hasil yang memberangsangkan terhadap perniagaan mereka.
Jadi salah satu strategi yang boleh digunakan untuk mengetahui siapakah bloggers atau influencers yang bersesuaian adalah dengan memahami siapakah bakal pembeli atau pelanggan mereka terlebih dahulu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai strategi-strategi lain, boleh layari laman sesawang Forbes.com ini.
Bercakap melalui pengalaman, aku sendiri pernah berpeluang bekerjasama dengan sebuah syarikat yang agak terkenal. Serius aku cakap, memang aku tak sangka langsung yang aku akan di approach oleh salah seorang pekerja syarikat berkenaan.
Dan lagi buat aku bertambah terkejut, mereka menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan aku dalam mempromosikan salah satu jenama pakaian yang ada dalam syarikat tersebut. Boleh dikatakan satu pengalaman yang cukup berharga bagi diri aku sepanjang bergelar seorang blogger.
Dipendekkan cerita, memang terdapat banyak perkembangan dan perubahan positif yang aku alami sepanjang menjadi seorang blogger. Tak kisah sikit atau banyak, janji ada perkembangan kan? Takkan selama-laamanya nak berada ditakuk yang sama?
Dan aku harapkan aku dapat capai perkembangan dan perubahan yang positif lagi banyak dari sebelum-sebelum ini pada masa yang akan datang. Nak cakap aku dah berjaya 100% itu memang jauh sekali tapi buat masa sekarang aku gembira dengan perkembangan dan perubahan terkini aku dalam dunia blog.
Walaupun masih jauh lagi perjalanan aku bersama blog ini, tapi aku akan usahakan sampai aku berjaya capai apa yang aku inginkan. Doakan aku berjaya! Fighting! Dan tidak lupa juga, kepada semua yang membaca entri ini, aku doakan semuanya akan berjaya tidak kira dalam apa jua bidang sekalipun 💪
saya sendiri masih baru dalam dunia blog ini. hihihihihihi. Semoga kita berjaya tau!
ReplyDeleteDengan izinNya, goodluck to you too nadia! :)
DeleteTERUSKAN MENULIS BLOG YA
ReplyDeleteSEBARKAN PERKONGSIAN YG BERMANFAAT
In shaa Allah, terima kasih rabia! :)
DeleteSemoga terus ada semangat menulis blog Atiqah seiring dengan minat. Mana boleh jana pendapatan tu satu rezeki untuk kita juga. Saya masih tahap blogger biasa lagi. Menulis tu rasa satu kepuasan juga.
ReplyDeleteIn shaa Allah kak fiza, moga moga saya tak hangat hangat tahi ayam hahahaha. Betul, part jana pendapatan tu satu rezeki jugak untuk kita. Menulis tu yang keutamaan sebab memang minat :)
DeleteAkak berblog untuk berseronok.Satu kepuasan sebenarnya bila ada platform untuk menulis & luahkan perasaan.Soal jana pendapatan tu akak letak no.2. Ada rezeki ada, tak ada pada akak tak menjadi masalah.Teruskan menulis Tiqah.Akak suka blog kamu.Cayunk sikit!!
ReplyDeleteBetul! Setuju dengan kak syu, rasa satu kepuasan bila dapat tulis dan luahkan perasaan. Dan ada dapat semangat positif dari bloggers yang lain. Yang jana pendapatan tu kita selit sikit sikit kan kak syu, kalau ada tu alhamdulillah. Kalau takde pun nak buat macam mana kan.
DeleteTerima kasih ya kak syu! Cayunkkkkk kak syu cikit :P
Semoga segala yang diimpikan berjaya! Paling best dapat share pengalaman dengan pembaca.
ReplyDeleteBTW, header baru tu memang lawa. 👍👍👍
In shaa Allah BK. Betul, satu kepuasan dapat tulis dan share dengan semua orang.
DeleteHahaha header tu upah orang tapi terima kasih ya :D
Seronok berblog ni kan...selain boleh mencurah rasa..menambah kenalan..menjana rm..
ReplyDeleteBetul tu akak, macam macam boleh dengan blog ni. Jumpa kenalan walaupun dalam blog pun merupakan perkara yang best, walaupun tak pernah kenal :)
Deleteteruskan brblogging.. mmg ia g satu kepuasan pd kita.. best!
ReplyDeleteIn shaa Allah busyra, kannnnn! Memang bagi satu kepuasan, memang rugi siapa yang tak ada dalam dunia blog ni hehehe
DeleteSemoga terus semangat menulis dan berblogging, dik!
ReplyDeleteIn shaa Allah, terima kasihhhh banyak banyak kak farrah! ;)
DeleteInsya Allah rasanya Atiqah boleh maju lagi tengok gaya penulisan Atiqah yang terperinci terangkan sesuatu.
ReplyDeleteWah ada syarikat bekerjasama dengan Atiqah. Syarikat apakah itu?
Semoga berjaya.
In shaa Allah akak. Harap harap begituu lah yang akan berlaku pada masa akan datang hehehe.
DeleteZalora aje akak tapi bagi saya macam wow jugaklah masa tu :D
And terima kasih akak!
Akak walau dah lama berblogging tapi masih lagi belajar..banyak benda yang perlu kita beljar kan..x semestinya platform kita dah stabil kita antara yang terbaik..no..jangan ada sikap macam tu..teruskan belajar dan teruskan usaha Atiqah untuk terus consistent
ReplyDeleteKannn kak SA, masih banyak benda kena perbaiki dan belajar, janji jangan putus asa. Terima kasih ya kak SA atas peringatan tu :)
DeleteBg k ret plk, buat blog mcm diari.. Bila masa dh tua esok tetiba terasa nknbaca blk.. Ha ini la tempt nya.
ReplyDeletePart menjana pendapatan tu plak rezeki, klu ada rezeki alhamdulilah.. Klu xde pun xpe..
N berblog ni kadang2 bole dpt kwn baru walau blogger2 skrg kebanyakkan ibarat adik2 or pangkat anak2 dh hahaha... Pape pun teruskan berblog tiqah if rasa ianya memberi tiqah peluang untuk menjaga financial dn merapatkan hububgan sesama insan yg lain
Kannn, esok esok dah tua dah tak mampu nak update blog macam dulu dulu, hanya boleh baca jelah apa yang pernah kita tulis zaman muda mudi dulu kann kak ret. Part jana pendapatan tu dikira bonus bagi saya, sambil sambil menulis, berkongsi cerita, saya boleh jana pendapatan. Kalau ada, alhamdulillah. Kalau tak de pun tak pe, tak jadi masalah pun. Boleh usaha jana pendapatan melalui cara lain pulakkk.
DeleteBetul tu kak ret, melalui blog ni saya kenal ramai orang baru. Tak delah saya terperuk dalam circle yang sama dari kecik sampai besar. Walaupun tak pernah kenal each other, tapi bila kita bercerita something, selalu dapat semangat yang positif dari bloggers semuanya. Memang rasa macam terharu sangat even tak kenal pun di luar sana, tapi tak jemu jemu bagi kata positif atau doa yang baik baik :)
betul. bila dapat hasil dari hobi kita yang suka menulis ni, kita jadi semangat nak menulis. dapat share ilmu dengan orang lain & kita pun dapat hasil RM dari situ..akak dulu pun mula2 tak sangka dari blog boleh jana pendapatan tapi bila dah dapat hasil dia, baru percaya. tapi income akak tak lah lebat macam blogger lain. ada lah sikit2...alhamdulillah..
ReplyDeleteBetul tu kak fiezz, memang makin bersemangat untuk menulis dan berkongsi dengan orang lain bila apa kita buat tu boleh menggembirakan hati kita dan datang dari minat kita sendiri. Bila dapat hasil RM itu dikira bonus. Sikit ke banyak, tak apa. Janji ada, alhamdulillah.
DeleteSemoga dipermudahkan urusan Atiqah untuk terus menulis blog.
ReplyDeleteIn shaa Allah, terima kasih ya Jannah ;)
DeleteFighting ;) semoga makin berjaya blognya . Bagi saya blog itu seperti pelepas stress. Saat jenuh, boring dengan situasi, terlebih masa pandemi nih, saya sering larinya ke blog. Update dengan tulisan baru, ataupun hanya sekedar blogwalking ke blog2 di manapun. Saya banyak belajar dari blog teman2, bukan hanya di Indonesia, tapi juga blog penulis mancanegara. Cara mereka menulis yang bagus, foto-foto yang dipakai, semuanya bisa jadi pembelajaran. Syukur-syukur kalau bisa jadi teman nantinya :D . Rasanya kalau sudah Blogwalking ATO update blog sendiri, kepala jadi rileks. That's why saya tak bisa ninggalin blog. This's home :D
ReplyDeleteMakasih ya atas ucapannya :)
DeleteYa itu betul, blog boleh jadi tempat lepaskan stress. Bila stress, kita menulis dan bercerita dan berkongsi dengan orang ramai. Boleh dapat semangat positif dari para bloggers yang lain kannn. Apa apa punn, semoga kamu juga terus bersemangat update blog nya ya ;)
Good luck and teruskan menulis. Semoga entry kita mendatangkan kebaikan kepada orang yang membacanya. Wah.. Dah start blogging dari zaman sekolah. Entry lama-lama ada lagi x? Nak baca. Hehe
ReplyDeleteIn shaa Allah kak sal, harap harap konsisten dan istiqomah lah diriku ini hahahaha.
DeleteBetul dah lama blogging, tapi terputus kejap sebab tak ada internet dengan laptop hahahaha.
Dah delete semuanya dahhh :P
Rasa nak lempang diri sendiri je bila baca balik entri lama tu HAHAHAHA >.<
Tahniah Atiqah. Teruskan menulis selagi ada ruang. Kak Amie berblogging untuk release tension. Tak mahu 24 jam memikirkan hal kerja. Balik rumah, sangkut kerja di pagar dulu. Esok keluar kerja, ambil dari pagar bawa semula ke tempat kerja. Itulah asal mulanya menjadi blogger.
ReplyDeleteIn shaa Allah kak amie, moga moga saya istiqomah dan konsisten lah hendaknya huhuhu.
DeleteKann, berblogging boleh release tension, nak nak sekarang lockdown, padan terperap dalam rumah.
InshaAllah. Good Luck & Tahniah Atiqah
ReplyDeleteTahniah AN! kak shida bangga dengan awak..walau pendekatan dan pengalaman msh newbie tp minat dan kesabaran yg awak ade besar,jgn pernah putus asa..usaha lagi ok?
ReplyDeleteRamai yg terjebak ada blog dr zaman study mcm kak lps tu syg nk stop sbb dh dpt duit dr blog, dpt jemputan review dr hotel2 syg pulak
ReplyDeleteinsya allah semakin bersinar rezeki tiqa dlm dunia blog mama doakan
ReplyDeleteInsyaAllah teruskan berblogging
ReplyDelete