Request PIN AdSense Buat Kali Pertama


Nampaknya sebulan sudah berlalu dan surat AdSense masih belum kunjung tiba. Maka terpaksalah request Personal Identification Number (PIN) buat kali pertama. Cukup sebulan dari tarikh aku dapat email yang cakap aku dah berjaya untuk dapatkan PIN dari Google. 


Baca disini: AdSense dan Personal Identification Number (PIN)


Setiap hari check peti surat dengan harapan ada lah surat AdSense sampai. Tapi setiap kali check, setiap kali itulah perasaan hampa menjelma bila tengok peti surat masih kosong. Gigih okey turun bawah pergi check peti surat. Kakak aku tiap kali balik kerja, sebelum naik lif mesti pergi check dekat peti surat. 



Masih berbaki tiga kali percubaan untuk request PIN. Kalau tak sampai sampai juga, tak tahulah aku. Dah excited nak letak PIN tapi masih belum ada kesempatan lagi, iyelah surat pun tak sampai sampai lagi hahaha. Mungkin sebab Covid kot, jadi memakan masa yang lama untuk surat sampai. Ataupun surat ada je di pejabat poslaju. 

Kalau mengikut pengalaman bloggers yang lain, surat AdSense biasa sampai dalam dua hingga empat minggu sahaja. Tapi masa tu tahun bila. Memang tahun tahun sebelum Covid ada lagi. Dan baru beberapa hari lepas aku baca entri dari blog mana ya aku lupa pula, dia pun baru terima surat AdSense lepas EMPAT BULAN lebih. Ya teman teman, empat bulan. Bukan empat minggu.

Itupun dia pergi pejabat poslaju sendiri, pergi collect sendiri. Jadi aku tak boleh letak harapan yang tinggi lah yang surat akan sampai dalam masa terdekat. Entah entah aku pun kena pergi collect sendiri di poslaju. Hohoho malas nya ya Allah. Tapi minta mintalah sampai di peti surat rumah aku dengan selamat. 

Aku tak suka tengok ada warning merah merah dalam akaun AdSense aku. Kalau boleh nak setel awal awal, tapi itulah masalahnya. Selagi suratnya tak sampai, selagi itulah tak boleh setel :')

Jadi akhir kata, buat teman temanku, jaga diri semuanya. Kes Covid19 di Malaysia dua tiga hari ini memang menyeramkan sebab dah mencecah hampir 16, 000 kes. Ada aku baca jangkaan kes Covid19 di Malaysia boleh mencecah 24, 000 kes. Jadi, stay safe dan take care! 

34 comments

  1. Oh boleh minta balik no PIN ya?
    Bertambah tunggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh mintak selagi tak dapat, sebab no pin yang sama aje dia bagi nanti hehehe

      Delete
  2. Mungkin juga tu sebab kes covid lama sikit nak sampai. Harap cepatlah sampai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah saya ada baca dia cakap, mungkin sampai lambat sebab covid, tapi harap harap tak lebih 4 bulan lah h:')

      Delete
  3. nampaknya akak kene request jugak nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi tak sampai, selagi tu request akak hahaha. Ada 4 kali percubaan untuk request pin ni.

      Delete
  4. insyaAllah.. nt surat tu sampai dgn selamatnya.. =)

    ReplyDelete
  5. Semoga cepat sampai surat Atiqah. Keji betul adsense dah letak iklan banyak-banyak kat blog kita tapi nak bayarnya liat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, moga moga begitulah kak sal. Hahahaha itu ler pasal, kita jenuh tunggu surat ni :')

      Delete
  6. Semoga dipermudahkan urusan! Su punya acc adsense lulus pun tak lagi.. haih

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Ada benda lagi tu adsense tak puas hati dengan blog su, moga moga dipermudahkan su dengan adsense :D

      Delete
  7. Semoga surat yang dinanti cepat-cepat sampai. Stay safe ye, Atiqah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, moga moga begitulah kak nur. Kak nur pun stay safe too! ;)

      Delete
  8. Semoga surat yang ditunggu segera sampai. Selesai urusan hati tenangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak PC, selesai urusan memang tenang hati. Ini selagi tak selesai, selagi tu duk tunggu tunggu huhuhu

      Delete
  9. Sabar menanti. Alamat tak salah, cuma masanya belum sampai. In Syaa Allah akan tiba juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, memang kena banyak bersabar sebab surat dari luar negara kan, tapi harap harap sampai dalam keadaan selamat hehehe

      Delete
  10. Yg rabia punya surat tak sampai lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rabia baru lagi kan? Saya dari 24 Jun lepas, tapi harap harap surat kita semua cepat lah sampai hehehe

      Delete
  11. semoga cepat dapat hehe. Naim hari tu dekat 2 bulan. hehe Tambahan musim covid ini hehe

    ReplyDelete
  12. Huiii. memang gelisah selagi tak dapat.. boleh stress... Tunggu lagi sebulan, emel lagik ler... Lama gak empat bulan.. Nona dulu lama jugak.. Menanti dengan penuh kesabaran ye

    ReplyDelete
  13. dh mcm tungu org berchinta pulok ye.. 😍😍😍

    ReplyDelete
  14. Google Adsense saya baru diluluskan semula..

    ReplyDelete
  15. Tu lah. Google masih lagi guna cara old school. Dah lah takde tracking number. 😵

    ReplyDelete
  16. smoga dipermudahkan segala urusan ya..

    ReplyDelete
  17. Lama pula ye.. Mungkin sebab covid19 ini dia jadi lambat..

    ReplyDelete
  18. semoga dipermudahkan urusan Tiqah dgn Adsense ni..

    betul, tak boleh compare time covid dgn time dulu2..dulu lain, sekrg lain..

    ReplyDelete
  19. Aduhai..gelabah juga akak baca..akak ni lgla..blm cecah 10usd lg..

    ReplyDelete
  20. setahu sy sbb covid ni urusan pengeposan akn ambil masa. tambah pula PIN tu dr US kan... insya allah akan sampai laa tu nanti dgn selamat

    ReplyDelete
  21. Kak pun masih menunggu pin yg tak sampai2

    ReplyDelete
  22. Dah Nov, PIN dah sampai ke Tiqah? Kita masih lagi menanti ni. Dah nak request kali ketiga pulak dah ni hmm

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)