Siapa sini orang Perak? Dan keluarga masih ada rumah tradisional iaitu Rumah Kutai? Aku terinspirasi untuk tulis entri ini lepas tengok Kak Ret update di blognya sebuah rumah tradisional Negeri Sembilan. Masih cantik rumahnya!
Jadi hari ini, aku nak bawa semua pergi melancong ke negeri Perak dan lihat rumah tradisional di Perak. Serba sedikit maklumat tentang Rumah Kutai:
- Dibina sekitar tahun 1890an
- Kutai adalah istilah orang tempatan gunakan untuk merujuk kepada tua atau sudah lama
- Terdapat 37 buah Rumah Kutai yang dibina sepanjang tebing Sungai Perak
- Selepas berakhir Perang Dunia Kedua pada tahun 1918, Rumah Kutai tidak lagi dibina di Perak
Ciri-ciri asli Rumah Kutai:
- Menggunakan atap sagu (rumbia)
- Dinding buluh
- Menggunakan banyak cerucuk
- Menggunakan bahan semulajadi yang dapat dijumpai sekitar kampung seperti kayu dan buluh
Keunikan Rumah Kutai dapat dilihat pada bumbungnya yang panjang dan mempunyai ruang penyimpanan di bumbung yang dikenali sebagai loteng. Rumah Kutai juga mempunyai hiasan yang menarik seperti tunjuk langit, papan pemeleh, kekisi, pagar musang dan sebagainya. Rumah jenis ini dikatakan mempunyai pengaruh senibina Acheh dan Bugis yang mempunyai sejarah dengan Kesultanan Perak.
Layout Rumah Kutai
Serba sedikit maklumat tentang Rumah Kutai yang aku dapat masa buat assignment pasal Rumah Kutai hehehe. Requirement assignment yang lecturer aku suruh buat masa aku semester lima ialah aku kena cari sebuah rumah tradisional dan kaji senibina yang ada pada rumah tersebut.
Dan inilah Rumah Kutai yang berjaya aku jumpa dan terletak di Bota Kanan. Sebetulnya, aku tak jumpa pun rumah ini. Rumah ini aku dapat sebab lecturer aku yang bagi alamat rumah ini. Rumah Kutai diatas merupakan rumah nenek kepada kawan lecturer aku. Lecturer aku cakap rumah ini famous. Kesahihannya aku tidak pasti hahaha.
Aku ada sedikit masalah transportation nak pergi mencari rumah tradisional sebab aku tak ada lesen. Nak minta tolong kawan pun segan sebab makan masa juga kalau nak cari rumah tradisional ini.
Bukan cari cari terus dapat. Kalau cari dan jumpa, kena minta pendapat lecturer dulu samaada dia luluskan atau tak untuk ambil rumah tersebut. Kalau lecturer tak luluskan, kena cari dan cari lagi sampailah dia puas hati. Kalau ada lesen, at least boleh sewa kereta kan? Tapi aku lesen pun tak ada. Menyedihkan betul lah hidup seorang Atiqah Najihah HAHAHA.
Dulu masa diploma, aku ada kawan yang boleh tolong aku bawa kemana-mana sahaja, tapi masa degree, dia dapat di UITM Shah Alam dan aku di UITM Seri Iskandar. Jadi, takkanlah aku nak suruh dia datang ke Seri Iskandar semata mata nak teman aku cari rumah tradisional 😂
Last last, lecturer aku bagi Rumah Kutai kepunyaan nenek kawannnya. Rumah Kutai peninggalan nenek kawannya dah tak ada orang duduk dan selenggara. Sayang sebab terbiar begitu sahaja. Tak ada orang jaga dan uruskan. Jadinya, bila lecturer aku dah bagi rumah nenek kawan dia, mudahlah untuk aku terus pergi ke rumah tersebut. Dah tak payah susah susah round satu dua tiga kampung untuk cari rumah tradisional.
Aku pergi dengan housemates merangkap classmates juga. Kami pergi bertiga. Aku segan nak minta tolong dia hantarkan sebab dah selalu menyusahkan dia, tapi nak tak nak terpaksa aku tebalkan muka dan minta tolong dia juga. Kereta Myvi Putih itu yang kawan aku punya hahaha.
Rumah Kutai ini memang duduk betul betul depan jalan raya yang sibuk. Agak menyeramkan juga masa mula mula sampai. Bukan takut dengan cik ponti dan seangkatan dengannya, tapi takut berjumpa dengan binatang yang bernama ular. Semak samun kiri, kanan dan belakang rumah, siapa saja tak takut? Sekali dia munculkan diri, memang tak cukup tanah nak berlari 😂
Sayang seribu kali sayang, aku tak dapat masuk ke dalam rumah sebab berkunci. Jadi aku tengok bahagian luar sahaja. Nak buat floor plan pun tak ada masalah sebab boleh rujuk floor plan melalui bawah rumah.
Floor plan
Ini floor plan yang dilukis semula menggunakan AutoCAD. Measured drawing yang lengkap dengan floor plan, empat elevation iaitu front, rear, left dan right elevation, section X X dan juga section Y Y. Silap buat dimension kecil jadinya tak nampak dimenstion dekat belah kiri dan atas (rujuk gambar diatas). Tapi tak apalah, kecil pun kecil lah janji siap HAHAHA. Kedudukan pintu aku hentam saja sebab tak pasti kedudukannya, boleh intai ikut celah celah tingkap macam itu saja. Kan nanti orang kampung ingat kami nak mencuri pula. Sekarang aku nak tunjuk architectural style yang ada pada Rumah Kutai tersebut.
Bukan cucuk langit ya hahaha. Maaf ya gambar kabur sebab aku ambil dari pdf. Tak jumpa cari pula gambar yang aku ambil. Okey, tunjuk langit yang menghala ke langit itu. Sebab itu dipanggil tunjuk langit.
Kepala pintu terlindung disebalik tulisan jawi yang ada diatasnya. Jadi tak nampak mana kan kepala pintunya?
Kalau tadi kepala pintu, sekarang kepala tingkap. Sebab apa kepala tingkap? Sebab berada dibahagian atas tingkap rumah.
Yang ini dipanggil ande-ande. Term yang selalu digunapakai di negeri Kelantan dan Terengganu untuk fascia board.
Juga dikenali sebagai peles, pemeles, papan layan dan sebagainya.
Gerbang merupakan pemisah antara Anjung dan Rumah Ibu. Gerbang juga biasa terletak di depan rumah sebelum masuk pintu utama rumah.
Seterusnya, mari kita tengok building element yang ada pada pada Rumah Kutai.
Lantai yang tinggi daripada ground floor iaitu tanah. Tinggi banyak juga iaitu setinggi dua meter. Bijak orang zaman dulu dulu sebab buat lantai tinggi tinggi sebab satu, boleh elak rumah dinaiki air kalau musim banjir. Dan sebab yang kedua nak membenarkan pengudaraan keluar masuk dari dalam ke luar rumah dan sebaliknya.
Rumah Kutai didirikan atas tiang sebanyak 12 atau 16 tiang yang dipanggil tiang seri atau tiang adat. Banyak betul tiang kan? Sebab itulah Rumah Kutai ini masih kukuh berdiri sampai sekarang.
Dinding Rumah Kutai pula biasanya dibina daripada buluh atau kelarai dan juga kayu.
Rumah Kutai ada dua pintu masuk iaitu satu untuk lelaki dan satu lagi untuk perempuan. Pintu dibuat rendah untuk para tetamu tunduk ketika masuk ke dalam rumah. Kiranya, tanda hormat kepada tuan rumah lah.
Menarik sebenarnya rekabentuk rumah tradisional. Tak kisahlah rumah tradisional negeri Terengganu ke Perak ke Negeri Sembilan ke dan lain-lain lagi sebab rumah tradisional itu ada keunikan tersendiri. Ada ukiran ukiran yang menarik yang diukir oleh nenek moyang kita dulu-dulu.
Assalamualaikum, terujs dengan keunikkan rumah kutai, sangat halusi orang melayu, besar hati menyambut tetamu dengan bergerbang, tetamu pula tunduk hormat, mashaAllah tersentuh di hati. Rumah bertiang tu untuk mengelakkan banjir? Macammanapun tersergam indah..
ReplyDeleteWaalaikumussalam, betul tu, bertiang tinggi untuk elak banjir dan jugak ancaman binatang liar. Memang betul tersergam indah. Sebab tu kalau ada rumah tradisional macam ni, kena pulihara betul betul biar dapat mengekalkan identiti rumah tersebut.
DeleteSayang kan rumah lelaam ni kalau x dijaga.. Sama mcm kg k ret belah arwah mak.. Rumah tu btul2 tradisinal xde sebarang paku... Drg hanya guna pasak je.. Tp tu laa xde rezeki kami nak simpan rumah kg tu.. K ret pun suka tgk rumah lama2 ni sbb dia ada keunikan tersendiri kan
ReplyDeleteKannn, saya pun suka tengok rumah lama lama sebab seni bina yang ada pada rumah tu yang buat rumah tu jadi lagi cantikkkk. Itulah, tak ada rezeki nak simpan, jaga rumah belah arwah mak kak ret tu. Tapi, yang belah arwah ayah tu masih elokk kan sebab dijaga kan kak ret
DeleteSalam singgah dan follow. complicated juga ek rumah perak ni hahhaa..unik betul
ReplyDeleteHahaha complicated tapi unik. Hasil seni ukir orang dulu dulu.
DeleteTerima kasih ya sudi baca, komen dan follow :)
Thanks for sharing, Atiqah. Terperinci betul penerangan tentang rumah tradisional Perak ni.
ReplyDeleteSama sama jannah! :)
DeleteBaru tahu pasal rumah tradisional ni
ReplyDeleteMoga moga bermanfaat hehehe
DeleteSeronok juga baca pasal Rumah Kutai.
ReplyDeleteKannn akak, saya pun seronok kalau baca pasal seni seni rumah ni, sejarah ke hehehe
DeleteMacam pernah tengok rumah lama camni kat Bota Kanan, sebab dulu masa boleh rentas daerah, akak suka pergi pasar pagi Bota Kanan. Rumah lama camni kalau takde orang duduk, ada benda lain yang duduk. Hehe.. Boleh parking kereta bawah rumah, sebab tinggi.
ReplyDeleteRumah lama sangat ditinggalkan, memang 'dia' datanglah hahaha. Tapi saya masa tu lagi takut dengan binatang bernama ular hehehe. Haah parking bawah rumah, jimat tak payah buat garaj dahh hehehe.
DeleteWah.. byk terms baru juga tau hari ni. Rumah macam ni memang cantik. Rasa tenang je..
ReplyDeleteSamalah dengan saya kak naniey, masa buat assignment haritu baru tahu terms terms ni semua hehehe. Memang tenang, pengudaraan pun bagus kalau rumah lama lama ni.
DeleteCantiknya.. Sayang betul tak terjaga. Thanks sharing. Banyak betul tiangnya, patutlah kukuh.
ReplyDeleteKan kak sal, sayang sebab tak dijaga, kalau buat muzium pun boek jugakkk hehehe.
DeleteItu lah tu, sampai sekarang kukuh lagi, memang bertahan sungguh tiangnya.
Cantik design rumah Kutai. Bagus mana mana orang kampung yang masih mengekalkan seni bina rumah kutai. Jarang dah nampak rumah tradisional sebab masing masing dah runtuhkan rumah baru jadi rumah batu. Seronok dapat tengok rumah tradisional setiap negeri. Ada kelainan dan keunikan masing masing. Saya paling kagum dengan ukiran papan pada rumah tradisional. Cantik buatannya.
ReplyDeleteBetul kak fiza, ramai yang runtuh rumah lama dan bina rumah batu sekarang ni. Sayang memang sayang tapi apa boleh buat kannn. Samalah, ukiran papan tu memang cantikkk sungguh, bukan biasa biasa orang dulu dulu menukang kan kak fiza, memang berseni sunggguh.
DeleteNampak sejuk dan nyaman ja ruamh mcn ni..diperbuat dari kayu..ada pengaliran udara keluar masuk..
ReplyDeleteBetul tu akak, rumah lama lama memang ada pengudaraan yang bagus, memang sejukkk je.
DeleteBoleh tau lokasi dan contact nmber waris rumah.. Kwn lectr or others
DeleteBonda Kak Amie asal dari Perak.
ReplyDeleteCantik berseni rumah kutai ni.
Teringat Kerajaan Kutai Kartanegara sewaktu kami berkunjung di sebuah muzium Kalimantan Timur.
Wahh first time dengar kerajaan kutai kartanegara tuuuuu, nak kena google ni sebab macam menarikkk aje
DeleteSuka rumah - rumah macam ni..klasik..kalau amik gambar memang cantik sangat....
ReplyDeleteBetul tu kak SA, ambik gambor pun lawo kalau rumah klasik macam ni hahahaha
DeleteSelalu tengok rumah macam ni kat logo Adabi je. Teringin nak ada rumah macam ni bila mampu beli nanti.
ReplyDeleteDari segi OSHA, Rumah Kutai ni selamat ke dari api in case ada kebakaran? Sebab tengok banyak elemen kayu digunakan selain lantai dan tiang batu.
Sekarang, kalau nak bina rumah macam ni lagi mahal daripada rumah batu. Tapi kalau mampu, apa salahnya kannn hehehe.
DeleteAlamakkkk! Soalan pasal fire safety pulak hahaha. Tapi kalau dari segi fire safety, rumah macam ni tak selamat mana sebab main element pakai kayu kannnn. Jadi, api lagi senang merebak berbanding batu.
Rumah Melayu tok nenek dulu memang mendahului zaman.. Nyaman dan sejuk tak perlu berkipas, tak perlu hadap banjir tiap tahun, susun atur rumah pun sgt bermakna..
ReplyDeleteBetul CCL, tidur malam malam memang menggigil la, tak payah aircond pun. Natural ventilation. Jimat letrik hahaha.
DeleteCantik rumah niii sebenarnya. Duduk rumah ni paling best sejuk2 gittuw. Skng asyik panas jaa 😆😆
ReplyDeleteHahahaha betul kak nadyya, sekarang panas jugakkk lah kannnn. Kalau duduk rumah kayu gini, tidur malam malam memang menggigil la hahaha
DeleteAkk orang Perak, orang kuale kangsar, rumah kutai ni ada byk nmpk kt kpg Kota Lama Kiri...
ReplyDeletecantik senibina nya, tapi sayang, terbiar.. rumah kayu ni kalau x dijaga, takut anai2..
Benor tu. Kota Lama Kanan pun ia jugak.
DeleteCantik senibinanya.. Tapi rumah lama memang tinggi-tinggi.. Siap dekat bawah tu pasang buaian, bila petang lepak bawah rumah.. Sejuk je.. hehehe
ReplyDeleteasslm akak blh x saya nk tau ukurn floor plan yg lebih jelas huhu sbb saya un buat kajian psl rmh niii....saya bdk bach archi seri iskandar. floor yg akak tnjuk tu x brp jelas haha harap akak blh mmbntu uhuuu
ReplyDeleteMacam mana saya boleh contact cik ye? Saya ada persoalan. Cik ada email atau socmed yang lain?
ReplyDeleteBoleh email saya di jiehahzak@gmail.com :)
DeleteTahniah alumni ITM pasei buat kajian pasei romah tradisional Perak kita ni. Saya memang suke benor kalau ade orang buat artikel pasei warisan Perak ni, ini jadi rujokan kepada generasi sekarang bior deme tau pasei warisan Perak. Kat Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar ada jugak rumah macham ni. Chuma ada satu Rumah Kutai kat Kota Lama kanan tu udah terbior je tepi jalan. sayang betui.
ReplyDeleteYa, teman asei Perak. Lahernya di Talang, Kuala Kangsar. Membesor di Taiping. Kat belah Lempor Hilior pon ade jugak romah lama kampong arwah bapak. Di Beruas, kampong belah mak pon ade jugak rumah lama Perak ni..
ReplyDeleteChuma yang seronok tengok romah lama ni di belah Bota, Kota Lama Kanan dan Kiri nun.. chantik betui.