Alhamdulillah, akhirnya selamat juga bernikah! Tapi jangan salah faham, bukan aku yang menikah hehehe. Tapi kawan baik aku. Simple wedding sahaja. Tak ada makan makan pun. Pagi menikah di pejabat agama, kemudian balik rumah ambil gambar sebagai memori.
Macam macam masalah yang timbul sebab pkp sekejap, lockdown sekejap, member pun frust nak kahwin banyak betul masalahnya HAHAHA. Tapi berjaya juga nikah. Sedih memang sedih sebab sanak saudara yang duduk jauh tak dapat datang, tapi apakan daya. Buat apa yang mampu sahaja. Tapi, kalau tengok dari sudut lain, jimat kan kalau wedding simple? Baik simpan duit untuk kegunaan masa akan datang.
Dari kiri (depan): Farena, Atiqah, Aishah
Dari kiri (belakang): Shamimy, Azyan
Wah hidung aku memang tak boleh cover eh HAHAHA. Hidung penyek ni ikut belah mak ya teman teman hahaha. Hanya mampu video call sebab masa ni tengah meraikan Farena 'bride to be'. Aku jauh nun di Seri Iskandar, memang tak dapat balik untuk meraikan hari hari terakhir Farena sebagai wanita bujang sebab kebiasaannya minggu minggu akhir semester memang huru hara sikit dengan submission assignment, presentation dan sebagainya.
Jadi, video call saja lah yang mampu. Itu pasal aku duduk dalam telefon hahaha. Sedih memang sedih sebab tak dapat join sekali tapi keadaan tak mengizinkan. Aku kenal Farena, Azyan dengan Shamimy masa aku pindah dari Sekolah Menengah Kebangsaan ke Sekolah Menengah Teknik. Aishah aku kenal masa darjah 2 lagi. Alhamdulillah, masih utuh persahabatan kami walaupun jarang jarang berjumpa.
Tiga daripada lima orang dah off market, tinggal lagi dua orang yang masih bujang trang tang tang iaitu aku dengan shamimy.
Aishah dan Amin
Farena dan Firdaus (tak ada dalam gambar)
Azyan dan suaminya (lupa nama)
Cantik cantik kawan kita dalam pakaian perkahwinan! Farena tu pengantin lama. Dah ada anak dah si Farena tu hahaha. Saja letak gambar dia sekali dengan pengantin baru. Biar dia baca dan acah acah rasa macam pengantin baru.
Farena nikah 07 Disember 2019, Azyan nikah 16 Jun 2021 dan Aishah 16 Julai 2021. Sebulan saja beza tarikh perkahwinan Azyan dengan Aishah. Atiqah? Shamimy? In shaa Allah bulan Disember tapi tahun bila tak tahu lagi HAHAHA. Lamberttt lagi. Muda lagi kan 24 tahun? Ini kalau arwah nenek aku dengar mesti dia akan cakap 'Aku masa umur 24 tahun dah berderet anak anak.'
Uish, nak bandingkan zaman dulu dengan sekarang susahlah. Dulu lain, sekarang lain. Nenek aku berumur 24 tahun pada tahun 1948. Itu kalau ikut kad pengenalan dia yang nyatakan nenek aku lahir pada tahun 1924. Tahun 1948 pun tak merdeka lagi. Memang jauh sungguhlah perbezaannya kalau nak dibandingkan dengan zaman sekarang.
Kahwin bukan ikut trend semata mata, tapi kahwin bila kita dah bersedia untuk pikul tanggungjawab yang mendatang. Ke pendapat korang lain? Kahwin saja, ready ke tak ready ke belakang cerita. Ke macam mana? Zaman sekarang, semua pakai duit. Tak ada pakai air liur. Takkan nak makan pasir? Betul tak? Tak salah pun kahwin lambat, yang salahnya bila ada manusia yang suka jaga tepi kain orang lain. Hehehehe.
Apa-apapun, Selamat Pengantin Baru aku ucapkan kepada Aishah dan Azyan. Semoga perkahwinan awak berdua kekal hingga ke hujung nyawa, dikurniakan anak anak yang soleh dan solehah dan berbahagia selalu!
MashaAllah comel pula bergedering dalam telepon.. Kawan dari sekolah, mesti rapat, moga kekal selamanya bff kan.. InshaAllah
ReplyDeleteMemang rapat, in shaa Allah kekal berkawan sampai bila bila :)
Deleteinsyaallah jodoh akan tiba
ReplyDeletehappy kan tgk kwn2 rapat naik pelamin
In shaa Allah, cepat atau lambat aje hehehe.
DeleteBetul, memang happy tengok sorang sorang kawan dah naikk pelamin hehehe
Haha cepat betul mereka kahwin. Apapun jodoh kan.
ReplyDeleteWah sudah tetapkan bulan Disember akan kahwin. Insya Allah. Hehe.
Sampai seru dah mereka semua hahaha.
DeleteYa Allah akak, saya gurau je bulan Disember tu hahaha, tahun bila tak tahu lagi :D
Kahwin time PKP ni memang jimat banyak . Selesai yang mana paling wajib aje dulu .
ReplyDeleteBetul tu CCL, buat yang wajib je dulu sekarang ni. Janji selesai akad nikahnya hehehe
DeletePKP ni mmg dugaan buat bakal pengantin.. tp dr sudut positifnya dpt berjimat..
ReplyDeletealhamdullillah.. selamat jadi isteri org..
eh akk dulu kawen umo 27tahun tau.. 24tahun tu masa utk bersuka ria lg.. haha
Memang jimat sangat sebab tak ada makan makan tu hehehe.
DeleteHahahaha betul tu akak, 24 tahun untuk bersuka ria lagi kannn :D
Hahaha 24 masih mudaaa! Enjoy dulu kikiki. Ain pun bestfriend semua dah kahwin & beranak pinak. i masih menungguh putera raja., lahhhh tibahhhh hahaha gurau2 #Staysafe
ReplyDeleteTakpe lah, kita tengok jelah dulu bestfriend kita kawin kan ain, turn kita lambat lagi kannn hahaha. Stay safe too ain! :D
DeleteMusim PKP ni kawen jimat banyak bukan jimat sedikit.. Nanti-nanti lepas tamat PKP bolehlah buat jamuan sedikit.. Berapa orang anak buah saya bernikah masa PKP..
ReplyDeleteBetul, memang jimat banyakkk sebab buat yang wajib je. Tak ada jamu jamu orang, door gift dan sebagainya kannnn.
DeleteEh eh ingatkan Atiqah tadi. Selamat pengantin baru untuk kawan Atiqah, pengantin baru mahupun lama. Semoga berbahagia sampai syurga. Aaaminnn...
ReplyDeleteInshaAllah lepas ni Atiqah dan Shamimy menyusul pulak. Jimat dan mudah majlis nikah PKP ni kan. Comelnya anak Farena. Sedap namanya
Hahahahaha kita lamberttt lagi kak fiza, tak sampai seru lagi.
DeleteAamiin aamiin ya rabbal alamin.
In shaa Allah, sampai jodoh, kahwinlah saya hehehehe.
Kita pun ingat ATiqah yang bernikah. Semoga aura tu terjangkit kat kamu sekali ye, atiqah. Lambat atau cepat itu semua urusan Allah. Tapi bila bff kita nak kawen, kita pun auto jadi semangat dan teruja lain macam kan.
ReplyDeleteHahahaha aamiin, kita aamiin kan dulu SS sebab tak tahu lagi bila kahwin hehehe. In shaa Allah kalau sampai jodoh, kahwin jugak saya satu hari nanti.
DeleteMemang jimat nikah time musim covid ni. Nak jemput orang kenduri pun tak boleh, buat yang wajib je. Akak umur 24, dah ada sorang anak. Hehe.. nanti tunggu Disember nanti, giliran Atiqah pulak. :)
ReplyDeleteBetul kak nur, nak jamu orang kampung pun tak boleh, jadinya memang jimat lah, doorgift pun tak payah sediakan. Wahh dah ada anak sorang ye kak nur hahaha. Ehhh yang bulan Disember tu saya gurau aje hahaha, tahun bila tak tahu lagi tuuuuu :D
DeleteCantiknyaaaaaa pengantin tuu. Ingat Atiqah kawen. Baru nak happy! Tapii happy jugak untuk kawan Atiqah tuu.hehe
ReplyDeleteMacehhh kak nadyya! Saya sebagai kawan, berbangga sebab orang puji kawan saya hahahahaha tiber! :P Kita lambertt lagi kak nadyya, bagi kawan kawan dulu kahwin hahahaha
DeleteKenapaaa lambat sgt ni Atiqah.. hahahahahah
DeleteLahh adikk lah ni
ReplyDeleteAkak 25 tahun ni
Kahwin bukan bab main2 tau . Tanggungjawab tu penting and semoga dpt jodoh dgn lelaki yg baik2. Zaman skrg kita kena hati2 pilih bakal suami . For akak lah tak salah kahwin lambat asal tak salah pilih suami .
ReplyDeleteHaah rabia, kita beza setahun aje hehehehe.
DeleteBetul tu, cari calon suami bukan macam cari baju di kedai kann, so kena hati hati.
Selamat pengantin baru. Nikah musim pandemik ni jimat wang. Buat yang betul2 wajib sahaja dan cukup rukun nikah, settle. :)
ReplyDeleteApapun tanggungjawab selepas nikah..
Betul tu kak naniey kannn, buat mana wajib aje. Yang lain lain tu kemudian hari takpe.
DeleteSelamat pengantin baru tiqah.. Eh silap.. Kawan kawan tiqah.. Hahaha semog kekal selamanya.. Utg nikah time2 ni mmg jimat kan..
ReplyDeleteHAHAHAHAHA jangan silap gitu kak ret :P
DeleteAamiin aamiin ya rabbal alamin. Haah kak ret, dengar kawan kawan cerita memang banyak lah jimat nya sebab akad nikah je. Habis habis sewa baju dengan pelamin sikit.
Esok lusa Tiqah pulak.Hi3.Bagus kawen time2 pandemik ni.Jimat belanja!!BTW,barakallah untuk kawan-kawan Tiqah.
ReplyDeleteEsok lusa tahun bila tak tahu lagi kak syu HAHAHA :p
DeleteBetul, memang jimat sebab sewa baju dan pelamin aje, makan makan tak payah dah, doorgift pun tak payah dah hehehe.
Semua comel2 aih...awak bila pulak..
ReplyDeleteGiliran saya tak tahu lagi bila akak hehehe. In shaa Allah dalam dua atau tiga tahun lagi ;)
DeleteBarakallah, selamat dah jd isteri orang..24thn muda lg..lepas ni raikan Atiqah & Shamimy pulak..
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat jadi isteri orang semuanya.
DeleteHahaha in shaa Allah kak nohas, sampai seru saya dengan shamimy nanti hehehe
In shaa Allah sampai juga nanti jodoh Atiqah.
ReplyDeleteBiar pun musim pandemik, kalau jodoh dah sampai, tak akan ke mana orang kata.
Tahniah buat semua kawan Atiqah yang sudah melangsungkan perkahwinan.
In shaa Allah kak amie, suatu hari nanti sampai seru saya untuk berkahwin hehehe.
DeleteTerima kasih kak amie.
Alhamdulillah.. Dah selamat dah kawan Atiqah..
ReplyDelete24 masih muda trang tang tang lagi hehehe
ReplyDeleteSelamat pengantin baharu buat kawan Atiqah. Moga rumah tangga yang dibina sentiasa diberkati Allah.
Sejak PKP, lama dah tak bau nasi minyak. 😂
ReplyDeletebarakallahulakunna...
ReplyDeletesemoga berbahagia hgga ke syurga aminnn
Yaa. masih muda la 24 tuu.. kahhh.. akak 28 pun x kawen lagik.. sobbss! Tahniah to your friendss! Moga cepat giliran awak pulak... Kata kwn akak, ready tu takdelah ready sangat... Sebab memang belum pernah kawen kan.. tapi ada sedikit persediaan dah mencukupi, lelain belajo lepas kawen... Gituhhhhh. hehehe
ReplyDelete