Siapa sini yang mampu jaga wuduk dia dari solat Zohor ke solat Asar? Ataupun solat Maghrib ke solat Isyak? Angkat tangan! Hebatnya kamu! Hehehe. Kalau tanya aku, aku tak mampu nak jaga wuduk walaupun daripada solat Maghrib ke solat Isyak 😂 Solat Zohor ke solat Asar tak payah cakaplah, lagi tak mampu nak jaga wuduknya HAHAHA.
Walaupun singkat je waktu Maghrib, most of the time aku tak mampu jaga. Tak tahulah kenapa, kadang kadang tak buat perkara yang membatalkan wuduk pun tapi aku akan tetap ambil wuduk baru. Kalau dah was was tu, baik ambil wuduk baharu je. Baru yakin!
Mana tahu ada terkentut tanpa sengaja kan? Jadi jalan selamat, aku ambil wuduk baharu. Tak susah pun. Tak sampai dua minit ambil wuduk. Dah selesai dan dah boleh tunaikan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Jadi, yang mana satu lagi afdhal? Jaga wuduk sampai solat seterusnya atau ambil wuduk baharu?
Jaga wuduk dan juga sentiasa dalam keadaan berwuduk merupakan salah satu perbuatan yang terpuji. Sebab apa? Sebab kita dapat bersedia dan lebih memudahkan untuk beribadah tak kira ibadah fardhu mahupun sunat. Walaupun kita dapat jaga wuduk dari solat Zohor ke solat Asar, kita disunatkan untuk memperbaharui wuduk kerana ia merupakan salah satu sunnah dan kebiasaan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Jadi, yang mana satu lagi afdhal? Ambil wuduk baharu adalah lebih afdhal dan baik kerana perbuatan tersebut tergolong dalam kelebihan orang yang banyak berwuduk. Perbuatan memperbaharui wuduk setiap kali solat merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Satu hadis yang diriwayatkan daripada Saidina Anas bin Malik yang bermaksud,
'Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berwuduk setiap kali solat. Aku bertanya: Bagaimanakah kalian (para sahabat) lakukan? Anas r.a. menjawab: Pada kami cukup hanya satu wuduk sahaja jika tidak berhadas.'
Terdapat beberapa pandangan berbeza tentang syarat-syarat bagi seseorang yang disunatkan memperbaharui wuduk dalam kalangan para ulama mazhab al-Syafie. Iman al-Nawawi berkata:
Para ulama' mazhab al-Syafie berpandangan disunatkan untuk memperbaharui wuduk iaitu seseorang yang yang sudah berada dalam keadaan suci daripada hadas kemudian dia berwuduk buat kali kedua tanpa sebab hadas.
Pertama, disunatkan memperbaharui wuduk bagi sesiapa yang telah mendirikan satu solat samaada solat fardhu mahupun sunat. Kedua, tidak disunatkan kecuali bagi sesiapa yang mendirikan solat fardhu sahaja. Ketiga, disunatkan bagi sesiapa yang ingin melakukan sesuatu perbuatan yang tidak sah kecuali dengan bersuci seperti memegang al-Quran dan sujud tilawah. Keempat, disunat walaupun tidak melakukan apa-apa ibadah yang memerlukan wuduk dengan syarat hendaklah disenggangkan waktu antara berwuduk dan perbuatan memperbaharui wuduk itu dengan satu kadar waktu yang sama dengan perbuatan mengambil wuduk sebagai satu pemisah.
Memperbaharui wuduk bukanlah perkara wajib. Hanya sunat sahaja. Tak jadi masalah pun kalau kita jaga wuduk sediaada dan dibawa ke solat seterusnya. Tak ada masalah. Boleh. Janji kita yakin yang wuduk kita masih belum batal. Kelebihan kelebihan orang yang sentiasa berwuduk antaranya ialah sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
'Apabila seseorang muslim atau mukmin mengambil wuduk, lalu dia membasuh wajahnya, maka keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua-dua matanya melalui air atau titisan air yang terakhir. Ketika dia membasuh kedua-dua belah tangannya, maka keluarlah daripada kedua-dua belah tangannya setiap dosa yang dilakukan oleh tangannya itu bersama titisan air yang terakhir. Ketika dia membasuh kedua-dua belah kakinya, makan keluarlah dari kedua-dua belah kakinya itu setiap dosa yang dilangkah oleh kedua-dua kakinya itu bersama air atau titisan air yang terakhir sehinggalah dia selesai berwuduk dalam keadaan bersih daripada dosa-dosa.'
(Riwayat Muslim - 360)
WaAllahu a'lam
Sumber: Al Kafi li al Fatawi
Kak ret pun prefer amek wuduk baru. Sebab kdg kita x sedar perbuatan kita dalam beberapa jam tu kan..
ReplyDeleteKan kak ret kan, kalau jenis kentut halus tak sedar tu, baik ambik baru je hahaha
DeleteTerima kasih atas perkongsian.. Jika was-was elok ambil wuduk baru semasa nak tunaikan solat.
ReplyDeleteBetul, senang cerita ambik baru je untuk elakkan was was tu.
DeleteSelalunya setiap kali solat rasa lebih selesa perbaharui wudhu'. Lagi2 mak2 ni. perasaan was was tu sangat kuat. :)
ReplyDeleteKann, better ambik baru je wuduk. Ohhh perasaan was was dalam kalangan mak makan kuat ke? Baru saya tahu.
Deletelebih baik ambil air wudhu balik kan...
ReplyDeleteBetul, kalau saya pun lagi suka ambik wuduk baru sebab tak yakin hehehe
Deletekalo akk maghrib ke isyak jela mampu.. haha..
ReplyDeletealhamdulillah.. perkongsian yg baik.. =)
Alhamdulillah akak mampu tahan, kalau saya memang kirim salam la HAHAHA.
Deletesy tgk pd keadaan. mcm maghrib isyak tu waktu pendek. so nk jg wuduk mengaji laa lama sket. tu je cara nk jg wuduk. zohor asar jarang dpt jg wuduk sbb mostly time tu kite bekerja, mkn, tido etc😁😊😆
ReplyDeleteBetul tu, zohor asar jauh jugak gap tu, memang tak mampu lah nak bertahan selama beberapa jam hahahaha
Deletekdg terbabas jg nk kol 4 br zohor adoiiiii lalai sggh🙈
DeleteRabia pun ambil wuduk baru juga
ReplyDeleteKdg2 tak sedar takut terkentut ke
Kita samalah rabia, takut terkentut tak sedar kann hahaha
DeleteAda orang boleh bertahan. Macam kak PC kadang boleh bertahan maghrib ke isyak, tapi memang biasanya akan ambil wuduk semula lagi puas hati.
ReplyDeleteKan kak PC, memang puas hati lagi kalau ambik wuduk baruu.
DeleteAha suka ambil wuduk baru walaupun ada wuduk. Kadang-kadang ambil wuduk baru rasa segar badan.
ReplyDeleteBetul, bila badan kena air tu memang rasa segar kannn akak.
DeleteAkak sblm sedut buang air dari perut hari tu..mmg pergerakan terbatas..so akak solat asar ..tunggu sampai maghrib..tunggu smp isyak..duduk la atas kerusi tu berjam2 lamanya..
ReplyDeleteHebat akak! Mampu tahan berjam jam lamanya, saya selalu amazed dengan orang yang dapat jaga wuduk lama lama sebab memang hebat, like dalam berapa jam dia langsung tak batalkan wuduk dia macam kentut ke makan ke.
DeleteAmbik wudhuk baru lagi yang terbaik. Takde rasa ragu2 wudhuk ada lagi atau pun tak. BTW cantik theme blog Tiqah yang baru ni. He3😁💕
ReplyDeleteSaya tengah mengedit ni kak syu hahahaha, kantoi pulak tukar theme baru >.<
DeleteBiasa wudhuk ni jarang tahan lama. Hehe. Time ada wudhuk la nak kentut. Kalau tak de elok je tak kentut 😁🤣..
ReplyDeleteTp kalau tahan wudhuk lebih prefer ambil wudhuk baru sbb tak tahu kan pergerakan tanpa sedar dah batalkan wudhuk ..
Good sharing ❤️
HAHAHAHA kak naniey, kita geng! Saya pun selalu macam tu, time ada wuduk la nak kentut manjang. Time tak ada, tak ada pulak nak kentut. Betul, baik wuduk baru je untuk elakkan was was. Nak solat pun yakin bila dah ada wuduk baru.
Deleteakk mmg tak tahan wuduk, badan byk angin..mesti nak ambik wuduk baru..
ReplyDeleteKalau antara maghrib dan isyak, memang takde masalah. Masa zaman kampus dulu pun lepas ceramah maghrib dan masuk waktu isyak, jarang nak ambil wuduk baru.
ReplyDeleteAkak biasanya tak mampu hahaha
ReplyDeleteDan disebabkan ketidakmampuan itu, akak memang akan perbaharui wuduk.
Selalu sangat buang angin sampai diri sendiri keliru - aku dah kentut ke tadi?
Teringat masa pergi umrah dulu. Memang cabaran menjaga wuduk. Ada doa yang mutawif ajarkan. Tapi kalau setakat di rumah sahaja memang afdhal ambil wuduk setiap kali nak solat
ReplyDeleteBagus perbaharui wuduhu'. Rasa lebih bersih dan tak was was.
ReplyDeleteMaghrib ke isya' tu okay lagi nak jaga sebab waktu pendek. Selain tu better ambil wudu' baru. Lebih afdhal dan lebih segar nak menunaikan solat.
ReplyDelete