Al Quran dan Terjemahannya

Alhamdulillah my new collection dah selamat sampai! Dah sampai dua hari lepas dan excited gila tunggu bila check tracking, parcel dah out for delivery. al-Quran beserta terjemahannya ni dalam bahasa Melayu, bukan dalam bahasa Indonesia. 


Walaupun kita serumpun dengan Indonesia tapi ada juga sesetengah perkataan Indonesia yang aku tak faham maksudnya. Tapi normal kan? Tak semua orang akan faham bahasa negara lain, begitu juga sebaliknya. 


Dah lama sebetulnya nak beli al-Quran yang ada terjemahan ni tapi macam biasalah seketul atiqah najihah, tak beli beli juga. Beli benda lain ingat pula contohnya makanan kikiki. Bukan tak ada al-Quran sebelum ni, tapi al-Quran lama tak ada terjemahan. Memang ayat ayat suci al-Quran semata mata. Jadi teringinlah nak beli yang ada terjemahan. Boleh baca. 


Macam mana boleh beli? Alkisahnya tengah syok scroll twitter, ternampak ada orang promot buku terjemahan al-Quran ni. Terus rasa nak beli sebab nampak menarik. Terus search di shopee sebab nak free shipping hehehe. Sebab tu, kalau nak beli apa apa, memang aku akan tuju shopee dulu. Bagus sebab ada free shipping, dan lagi bagus kalau ada cashback sekali hihihi.


Bila dah jumpa dekat shopee, tengok pula harga. Memang murahlah harganya di shopee kalau dibandingkan harga yang aku nampak di Twitter. Before proceed checkout, baca review macam biasa. Tengok semua bagi feedback positif, kita apa lagi terus checkoutlah.



Lagi murah sebab aku redeem coins shopee sebanyak RM 6.48. Jadi total akhir yang aku bayar ialah RM 19.42. Harga asal RM 25.90. Murah ke mahal? Memang puas hati dengan servis kedai baranganibudanbayi ni. Pos buku pada hari yang sama aku beli. Sebelum pos, siap hantar lagi gambar buku sebelum dimasukkan dalam flyers ninjavan. Bubble wrap pun tebal. 

Dua hari kemudian, buku pun selamat sampai. Biasa staff courier akan letak je parcel kami (baca: aku dan housemates) atas lantai tapi memandangkan dalam parcel ni ada ayat ayat suci al-Quran, staff ninjavan call aku. Pass by hand. 


Siap letak sticker atas parcel untuk mengelakkan parcel tersebut dicampak, dilangkah atau dibaling sesuka hati. 


Bahagian depan


Bahagian belakang


Antara isi isi kandungan dalam buku ini. Setiap surah ada diletakkan dalam kurungan mengenai apa. Senang nak rujuk bila dah tulis siap siap macam tu.


Memang puas hati dengan jenis tulisan yang digunakan. Saiz tulisan pun tak kecil dan tak besar. Memang pekat hitam tulisannya. Tak pudar pun. Memang senang untuk dibaca. Tapi, ada tapinya. Tulisan ayat ayat suci al-Quran tu macam kecil sikit sebab lebih utamakan terjemahannya. Tapi, masih boleh dibaca. Mungkin sesiapa yang ada masalah rabun akan mengalami sedikit masalah untuk baca sebab kecil.

Tak tahulah kenapa mood sekarang rasa nak membeli buku HAHAHA. Dua minggu lepas mood membeli coklat. Kali ini mood nak membeli buku. Bukan buku romantik yang selalu diadaptasi ke drama tu, tapi buku sejarah ke agama ke seram ke tak kisahlah janji bukan novel melayu romantik. Dah tak kuasa nak layan novel genre macam tu hehehe. 

Penuh cart shopee dengan buku buku. Sebelum beli or add to cart, search juga review orang lain. Bukan beli buku semberono je. Tapi tak boleh beli banyak banyak sekaligus, mahu empat hari empat malam kena bebel dengan kakak aku. Kena habiskan satu satu baru proceed beli buku yang lain. 


Nota jemari: Tengah tunggu tiga buah buku baru hehehe

15 comments

  1. Murah sangat dah tu.Akak teringin nak beli Al-quran yang ada tag tu.Macam senang jer nak buat rujukan, tak payah nak terselak2 satu😁💕.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah bagus juga ada al-Quran dengan terjemahan.

    ReplyDelete
  3. dah murah sgt tu hrga camtu.. kat kedai buku pon xdpt hrga bwh rm30.. hihik..
    berbaloi jgk la beli kat shopee..
    alahmdulillah..

    ReplyDelete
  4. Template baru. Cantiknya. Alhamdulillah, pembelian yang berfaedah. Selamat mengaji

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah
    seronok baca yg ada terjemahan baru blh faham
    selamat mengaji ye

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..besar tulisannya, mudah baca..

    bagus, banyak beli buku2..selamat mengaji & membaca..

    ReplyDelete
  7. Membaca Al Quran dengan terjemahan buat kita lagi faham isi sebuah Al Quran. Menarik juga jenis Al Quran terjemahan simple macam ni. Tapi itulah ayat dia halus juga tulisannya. Tapi bagi mata normal okaylah kan. Yang kurang jelas kena beli Al Quran saiz besar sikit.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. sedap mata memandang nak baca terjemahan tu. Kalau yang rabun kena beli yang besar sikit.. baru sedap nak baca.

    ReplyDelete
  9. Murah harganya sekarang
    Kalau jaman dulu nak beli terjemahan Al-Quran ni beratus ringgit harganya

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah
    bacalah al Quran sentiasa

    ReplyDelete
  11. Murah harganya tu Atiqah.
    Moga terus istiqamah baca Quran dan fahami terjemahannya.

    ReplyDelete
  12. Murah tu. Memang dah lama nak cari Quran terjemahan. Tulisan tu pun jelas.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulilah, semoga tiqah mendapat manfaat dengan quran terjemahan ni...

    ReplyDelete
  14. harga berpatutuan, ada shopee coin mmg syok la. semoga bermanfaat quran dan terjemahann ni

    ReplyDelete
  15. murah juga tu...mudah-mudahan bermanfaat. aminnn����

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)