Bila sebut kucing, mesti ramai yang membela kucing sebagai haiwan peliharaan kan? Tidak kurang juga yang tidak membela atas sebab-sebab yang tertentu seperti takut kucing, masalah kesihatan dan sebagainya. Aku sendiri tergolong dalam golongan orang yang suka bela kucing di rumah. Dululah. Sekarang tak bela dah sebab duduk rumah bertingkat. Kesian dengan kucing nanti sebab terperap je dalam rumah. Tak bebas.
Kucing kucing aku bela semua kucing kampung. Tak pernah lagilah beli kucing sebab tak mampu. Kadang kadang geram juga tengok kucing orang lain, semua bulu kembang setaman. Manja. Kaki pendek. Hidung penyek. Tapi bila fikir semula, kalau semua orang pakat beli kucing, kucing kampung nanti siapa nak bela? Kucing kampung pun ada je yang comel comel. Nak kucing gangster, belalah kucing warna oren. Memang gangster kampung pisang!
Kalau ada sesiapa yang masih ingat, aku pernah cerita tentang dua ekor kucing kepunyaan kakak kedua aku yang bernama Sayang dan Hitam. Sadly, Sayang dah mati (kami semua fikir dia dah mati) sebab dah lama tak balik rumah walaupun kakak kedua aku dah habis pantang. Dah balik rumah di Marang semula dah. Sayang tetap tak balik balik.
Kami (baca: aku, kakak ketiga dan kakak kedua) fikir Sayang mati sebab sebelum kakak kedua aku start cuti bersalin, Sayang macam ada luka atas hidung dan atas kepala. Memang teruk. Dia punya luka tu dah jadi berair, berdarah. Mula mula luka kecil je, tapi lama lama macam makin merebak sampai ke pipi sikit. Kiranya dah tak nampak macam hidung dah, nampak luka yang makin besar dan setompok atas hidung Sayang.
Puas kesat sebab ingatkan luka biasa je tapi masih tetap sama. Tak sempat bawa pergi klinik haiwan sebab aku dan kakak ketiga dah berpindah ke rumah sewa di Kuala Terengganu. Kakak ketiga kena pergi kursus selama beberapa hari sebelum masuk bekerja. Kakak kedua aku pula dah start cuti bersalin dan duduk di rumah mentua dia buat sementara waktu.
Kami rasa Sayang mati sebab penyakit sporo. Google google tentang penyakit sporo, rasa macam betul dah Sayang kena sporo. Penyakit sporo bahaya ya teman teman, memang boleh bawa mati dan boleh merebak kepada manusia dan juga kucing kucing yang lain kalau tak dirawat. Nak rawat kucing kena sporo ni memang memerlukan kesabaran, kena selalu bagi semangat dekat kucing. Biar dia terus kuat untuk lawan penyakitnya.
Pendek cerita, Hitam masih setia balik ke rumah kakak kedua aku tu. Balik, makan dan terus keluar semula. Dasar kucing jantan! Dah rasa diri tu besar, memang tak melekat dekat rumahlah kan. Tapi tak apalah as long as dia masih balik makan, masih sihat, itupun dah bersyukur. Sekarang dah pandai memancut. Berapi kepala kakak kedua aku bila Hitam memancut dekat sofa mahal dia 😆
Jadi ada satu persoalan yang bermain main dalam fikiran aku iaitu bila dah kiamat nanti boleh ke kalau kita nak jumpa semula kucing kucing yang pernah kita bela. Selalu orang cakap, in shaa Allah nanti di akhirat sana di syurga sana boleh jumpa semula kucing kucing kita. Tapi betul ke?
Bila tak tahu betul atau salah, kita pun google. Terus jumpa satu artikel yang ditulis oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Jadi jom kita baca adakah kita boleh berjumpa semula kucing kesayangan di syurga nanti ataupun tidak.
Sebuah riwayat dari Abu Hurairah R.A. bahawa beliau berkata yang bermaksud,
'Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan makhluk kesemuanya (pada hari akhirat kelak) iaitu setiap haiwan, burung-burung dan juga manusia. Lalu Allah berkata kepada haiwan-haiwan dan burung-burung, jadilah kamu tanah.'
Tafsir Al Thabari (24/181)
Keadaan haiwan ≠ dengan keadaan manusia di akhirat kelak. Haiwan tak akan dihisab seperti manusia dari segi kebaikan dan keburukannya. Dan haiwan-haiwan juga tak akan dimasukkan ke dalam syurga seperti manusia yang bertakwa. Maka, jadilah debu semuanya.
Ya, itulah jawapannya. Kita tidak akan dapat berjumpa dengan kucing kesayangan di syurga nanti. Tapi para penghuni syurga boleh minta apa sahaja yang mereka mahukan, mungkin mereka boleh minta untuk bertemu dengan kucing mereka?
Setiap manusia itu lebih utama untuk berusaha memastikan dirinya dapat masuk ke syurga Allah semasa di akhirat kelak. Jadi, jaga kebajikan haiwan-haiwan juga merupakan salah satu perbuatan amalan soleh yang boleh membawa seseorang menuju ke syurga.
Bila seseorang itu sudah berada di syurga, pasti semua kemahuan dan kehendaknya akan ditunaikan dan dituruti sebagai ganjaran dari Allah s.w.t kepada hambaNya yang taat padaNya.
Sumber: Al Kafi li al Fatawi
Wah,, begitu ya sayangkan kucing. Bagusnya. Aien suka kucing. tapi takut. Haha
ReplyDeleteGood sharing Atiqah..
ReplyDeleteK. Naniey pun kucing kampung, papa jumpa kat dalam enjin kereta. Lepas tu beranak pinak sampai berapa generasi tapi semua mati dah. Now tinggal seekor je kucing yang kutip kat bus stop sbb die nak ikut balik jugak. tak tahu berapa kali beranak dah semua anak die dah mati. Dia je masih ada sihat lagi kat rumah jadi penjaga kat rumah tu.
Kak ret x bela kucing hehe mmg dr kecil penakut walau arwah uwan k ret mmg penggemar kucing tp anak cucu jarang yg bela.
ReplyDeleteTmbh plk bdk2 kt rumah sume pun ada penyakit semput hehe.
Klu nak main kucing, harapkan kuxing2 jiran je la dtg menyinggah..
Si uyum pun siap bg nama sbdri kat kucing2 yg dtg tu hahaha..
Yea, akak pun ada dengar jugak dengan soalan nie dan akhirnya dapat jawapan dah.. Hihi akak memang ada bela kucing jugak, pun sama kucing kampung jea sebab kucing kampung nie lebih tahan lasak jika dibandingkan kucing yang have-have nie... hihihi
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeleterabia pun sebenarnya tak bela si beauti tu pada awalnya
sbb rabia sendiri ada masalah kesihatan
tp alhamdulilah lepas bermain dgnnya rabia akan basuh tgn dgn sabun
asthma pun tak ada skrg
sbb dlu doktor dah pesan jgn bela kucing
tp kesian si beauti mak dia tak nak jaga dia
kalau sy dan keluarga sy tak ambik dia jaga dia mesti dia dah mati
Tapi ada baca haiwan tertentu masuk syurga. Mungkin akak silap baca.
ReplyDeleteTq untuk penerangan semula.
Nice sharing. Sedih pulak akak baca pasal Sayang tu. Lama dah tak bela kucing. Suka jugak, tapi hidung tak tahan bulunya.
ReplyDeleteKucing memang manja. Paling sedih bila terpaksa berpisah. Walaupun kucing boleh jaga diri sendiri, tapi kita yang dah lama bela, rasa tak sanggup nak tinggalkan.
ReplyDeleteNice sharing Tiqah.Selalunyer kucing yang kita paling sayang memang umur tak panjang. Penyakit spoto ni bahaya. Kalau sekor kucing kena, mesti akan jangkit dengan kucing2 lain 😔.
ReplyDeletealaa kesiannya lat Sayang... tingat kucing pendatang umah sy dulu. dia kena sporo jg.
ReplyDeletebtw terima kasih atas perkongsian👍👍
Kucing saya dulu pun kena sporo. tak dapat diselamatkan. Huhu..sedih!
ReplyDeleteBaca entri ni terus teringat kucing-kucing akak yang dah mati...
ReplyDelete