Google AdSense Personal Identification Number (PIN) Selamat Sampai!

Alhamdulillah akhirnya surat yang ditunggu tunggu telah selamat tiba di bumi Terengganu! Aku melompat bila buka peti surat dan nampak ada surat dari Google AdSense! Mujur tak ada orang disekeliling aku masa tu. Kalau tak, tak malu pun sebab pakai mask HAHAHA. Habis habis orang nampak mata je. 


Niat asal turun check peti surat sebab nak check samaada hadiah dari Kak Shida dah sampai ke belum, alih alih surat Google AdSense pun dah selamat sampai. Tak tahulah bila sampai sebab setiap hari kakak ketiga aku check memang tak ada. Memang tak adalah sebab dia dah jatuh berbaring dalam peti surat. Kakak aku just tengok bahagian luar peti surat je sebab dia tak bawa kunci, jadinya tak nampaklah isi dalam peti surat rumah kami. 

Personal Identification Number (PIN) dari Google AdSense akan sampai bila akaun AdSense kita dah cecah 10 USD. Mula mula aku dapat email yang mengatakan PIN AdSense akan dihantar kepada aku pada tarikh 24 June 2021. Tapi sebulan menunggu masih tak kunjung tiba, aku request PIN lagi sekali pada 24 Julai 2021. 


Aku dah bercadang nak pergi pejabat poslaju dalam minggu ini atau minggu depan. Tapi nasib baik tak sempat pergi! Ish seronok dia lain macam bila dah dapat PIN AdSense ni. Padahal bukan apa sangat pun hahaha.


Dah selamat verify address, maka hilanglah warning merah di dashboard akaun AdSense. Akhirnya. Harap harap lepas ni tak ada dah naik warning apa apa lagi. Tak suka betul kalau ada naik warning macam tu. 

Kepada sesiapa yang tengah tunggu PIN AdSense, aku doakan surat PIN AdSense kamu semua selamat sampai. Mungkin lambat sikit sebab pandemik Covid-19 kan, jadi jangan expect akan sampai dalam masa sebulan. Lepas sebulan tak sampai juga, request lagi. Tak sampai juga lagi, request lagi sampailah surat tu sampai. Ingat besar sampul suratnya, sekali sampai kecil je. Macam payslip pun ada juga. Tapi tak kisahlah kecil besar, janji sampai. Dan yang penting, aku tak payah pergi pejabat poslaju HAHAHA. 

Musim pandemik ni memang malas nak keluar rumah sebab takut. Gila tak takut dengan macam macam jenis varian delta sekarang ni, siap ada delta plus lagi. Dah macam smartphone dah. Nak pergi kedai pun malas sebab takut tak pasal pasal jadi close contact. 

44 comments

  1. Saya punya kertas tu dah hilang entah ke mana. Duit Adsense pun tak pernah merasa lagi . Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak merasa lagi duit adsense hahaha, takpe nanti in shaa Allah dapat merasa jugak duit adsense tu hehe

      Delete
  2. Tahniah
    Bolehlah menjana pendapatan sampingan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih wak, betul wak boleh la jana pendapatan sampingan sambil sambil blogging ni kannn.

      Delete
  3. Tahniah Atiqah. Mudah-mudahan menderu-deru masuk USD setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak amie, aamiin, mudah mudahan begitulah kak amie hahaha :D

      Delete
  4. Tahniah Atiqah. Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak fiza. Betul kak fiza, lega rasanya bila dah sampai hahaha

      Delete
  5. Semoga terus sukses lagi di dalam dunia blogging.. :D

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, tahniah, Atiqah. Nanti dah cash out bolehlah belanja adik beradik makan sedap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maceh Sk, hajatnya begitulah Sk tapi macam lambat lagi nampaknya hahaha.

      Delete
  7. Replies
    1. Alhamdulillah sha, sampai jugak suratnya hahaha

      Delete
  8. Adsense tak cecah 10usd lagi.Ki3. Tunggu jelah jawabnyer😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe kak syu, pelan pelan kumpul! Fighting! :D

      Delete
  9. ha? ada delta varian plus? Allah...punyalah dah lama tak keluar, gitu pulak jadinya.
    Kita pun kalau takde sebab, semua beli online je. keluar untuk panaskan enjin kereta. siap.

    Tahniah Atiqahhhhh!!! really happy for you! ganmbatte!!! chaiyok!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah AO, macam macam jenis varian dah sekarang ni, lagi teruk kesannya :')
      Kannn, senang beli online je. Biarlah orang nak kata apa, bukan pakai duit dia pun hahaha.
      Maceh AO! ;)

      Delete
  10. Alhamdulillah finally sampai juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak naniey, finally sampai jugak, lega hati hehehe

      Delete
  11. Alhamdulillah selamat sampai. Kiranya surat itu hantar PIN yang pertama kan sebelum Atiqah minta kali ke-2. Kira kena sabar tunggu sampai rupanya. Mesti lega sangat beban di fikiran supaya hilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul tu akak, tu kira PIN yang mula mula sekali before saya request 24 Julai tu. Betul, memang kena banyak bersabar hahaha. In shaa Allah akan sampai jugak one day nanti.

      Delete
  12. Alhamdulillah. Terkenang earning adsense akak yang tersekat tak gerak-gerak. Cerita travel tak laku dah musim pandemik ni. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan saya kak sal, earnings bukan banyak sangat punnn. Kannn, orang tak travel dah sekarang selagi covid masih ada ni :')

      Delete
  13. k ret x igt dah mmg ada PIN ke sebelum ni hahaha... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaaaa kalau tak sampai, nanti dah cukup 100 us dollar tak boleh transfer ke bank la kak ret hehehe

      Delete
  14. yeyy tahniah.. tak lama lagi boleh emrasa hasilnya pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maceh mama! In shaa Allah dapat merasa hasilnya, tapi macam lambat lagi lah kot hahahaha

      Delete
  15. tahniah
    akak sedang menunggu surat ini sampai

    ReplyDelete
  16. Boleh simpan buat kenangan. Bukan semua bloggers yang mampu dapat surat cinta ni. 😂

    ReplyDelete
  17. Tahniahhh awakk. doakan kita pun boleh apply adsense ni juga nanti!. teringin tapi belum ready hahahaha tah apa2 je.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah.. Tahniah Atiqah..
    lepas nie boleh cashout pula..

    ReplyDelete
  19. Huyyyoooooo! Tahniahhhhh! Saya faham perasaan ituuuu... Teringat masa first time dapat tuuuu... Hahaha.. Moga cepat jugakkl capai 100usd ye.. leh cashout . hehe

    ReplyDelete
  20. Tahniah!! adsense saya tak laku laku sangat. tapi naik lah satu bulan satu sen macam tu haha kira naik lah dari tak naik

    ReplyDelete
  21. bertambah bersemangat laa nmpk nya nk berblogging 👍👍👍

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah, dah selamat sampai. Moga terus ada rezeki untuk jana income :)

    ReplyDelete
  23. Finally sampai juga selepas menunggu lama. Alhamdulillah..Semoga makin lebat adsense dan merasa gaji pertama adsense :)

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)